11/06/2026
MS 376:2024 – Engine Oils (Specification) merupakan standard yang dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) bagi menetapkan spesifikasi dan keperluan kualiti untuk minyak enjin yang digunakan dalam pelbagai jenis kenderaan. Standard ini merangkumi aspek ciri fizikal dan kimia minyak enjin, tahap prestasi, kaedah ujian, keperluan pelabelan serta pematuhan terhadap spesifikasi yang ditetapkan.
Standard ini dijadikan rujukan oleh pengilang, pengimport dan pihak industri dalam memastikan minyak enjin yang dipasarkan memenuhi tahap kualiti dan prestasi yang diperlukan bagi memberikan perlindungan optimum kepada enjin dalam pelbagai keadaan operasi.
Inisiatif ini penting dalam membantu pengguna mengenal pasti minyak enjin yang memenuhi standard dan berkualiti, di samping mengelakkan penggunaan produk yang tidak mematuhi spesifikasi sehingga boleh menjejaskan prestasi enjin serta kecekapan penggunaan bahan api.
Pematuhan terhadap standard ini bukan sahaja membantu meningkatkan perlindungan dan jangka hayat enjin, malah turut menyokong pembangunan industri automotif negara melalui penggunaan produk minyak enjin yang berkualiti, selamat dan memenuhi keperluan pengguna.
10/06/2026
8 Jun 2026 - Pusat Maklumat, Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat JSM Tahun 2026.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga JSM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi Jom Baca Bersama 10 Minit, Buku Pun Ada Tea serta aktiviti interaktif Mystery Syndicate yang berjaya menarik minat para peserta.
Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan serta menggalakkan amalan membaca sebagai gaya hidup dalam kalangan warga JSM.
Selain itu, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca sebagai amalan harian yang mampu menyumbang kepada pembangunan ilmu, peningkatan kompetensi serta pembelajaran sepanjang hayat.
09/06/2026
Happy World Accreditation Day 2026!
Today, we celebrate the power of accreditation in driving innovation, building trust, and supporting sustainability.
Accreditation provides confidence in the products, services, and systems that shape our daily lives, enabling progress while safeguarding quality and reliability.
At JSM, we remain committed to strengthening confidence in conformity assessment and advancing Malaysia’s quality infrastructure for a more sustainable future.
Together, let us continue to innovate with confidence, build trust through competence, and create lasting impact for generations to come.
08/06/2026
🔍 Standard vs Substandard
Sebelum membeli, semak dahulu! Produk patuh standard telah diuji, lebih selamat dan mempunyai jaminan yang sah. Elakkan produk substandard atau tiruan yang boleh membahayakan pengguna.
05/06/2026
“Akreditasi JSM perkukuh kredibiliti Skim Makanan Organik KKM pada peringkat global.”
https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2565037
Akreditasi JSM Perkukuh Kredibiliti Skim Makanan Organik KKM Pada Peringkat Global
JSM, KKM, akreditasi, pensijilan makanan organik,
05/06/2026
Tahniah kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia kini secara rasmi telah memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17065!
Pengiktirafan antarabangsa daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM) ini bukan sekadar sekeping sijil di dinding, tetapi merupakan ‘Gold Standard’ yang membuktikan kompetensi dan kesaksamaan operasi PKKM dalam menguruskan Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia.
Menerusi Forum “Akreditasi MS ISO/IEC 17065 – Pemacu Kredibiliti Pensijilan Makanan Organik di Malaysia” yang berlangsung hari ini, tiga perspektif utama telah dikupas:
✅ PKKM (Badan Pensijilan): Menegaskan prinsip kesaksamaan, pemisahan fungsi, dan ketelusan maklumat bagi menukar ‘kepercayaan tidak berasas’ kepada ‘kepercayaan yang ditentusahkan’ (verified trust).
✅ JSM (Badan Akreditasi): Menjelaskan prinsip “Certified once, accepted everywhere”. Akreditasi ini menghapuskan Halangan Teknikal Perdagangan (TBT) dan memberi laluan ekspres untuk produk tempatan ke pasaran antarabangsa.
✅ Organic Fields Sdn. Bhd. (Pihak Industri): Berkongsi bagaimana pematuhan ini bertindak sebagai perisai daripada isu greenwashing (manipulasi label) serta membina kesetiaan jenama berasaskan integriti.
Dengan akreditasi ini, kredibiliti produk organik negara kini berdiri sama tinggi dengan standard global. Syabas PKKM!
01/06/2026
Seluruh warga Jabatan Standard Malaysia (JSM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Encik Jaya Singam a/l A. Rajoo, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan) MITI, di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII.