Kaki Rayap

Kaki Rayap

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kaki Rayap, sentul, .

Segala KOMEN & PENULISAN Di Ruang Komen Adalah Pendapat Peribadi Akaun Empunya, Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Dengan Komen Tersebut.Tapi Jika Menyentuh 3R & Melanggar Undang2,Komen Itu Akan Di Padam Oleh Admin, Tanpa Amaran.

Photos from Kaki Rayap's post 01/06/2026

4 ma*t, 2 cedera nahas 5 kenderaan

Kluang: Empat maut manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam, hadapan penjara Simpang Renggam di sini, tengah hari tadi.

Nahas dipercayai berlaku kira-kira 1 tengah hari tadi membabitkan Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes Benz, BMW dan Toyota Vios.

Keempat-empat mangsa yang m*ut ialah Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latip, 33; Semek Mat Soh, 73, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Difahamkan, kesemua mangsa maut beralamat di Taman Setia, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Ismail Mamat, kesemua mereka yang maut menaiki Toyota Vios dengan seorang daripada mereka tercampak keluar dan terjatuh atas bumbung Mercedes Benz.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 tengah hari sebelum menggerakan lima anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi kami mendapati kemalangan berlaku membabitkan lima kenderaan.

"Mangsa lain yang cedera ialah pemandu Perodua Alza, Husnizam Hisamudin, 38, serta pemandu BMW yang belum diketahui identiti," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, lain-lain mangsa yang selamat ialah Muhammad Amirul Hazim Misnon, 22, yang juga pemandu Proton Wira.

"Empat lagi mangsa terselamat ialah mereka yang menaiki Mercedes Benz iaitu Mohd Azhar Ahmad, 63; anaknya Muhammad Hariz Mohd Azhar, 23; Rahimar A Rahman, 57, dan seorang lagi penumpang wanita yang belum diketahui identiti," katanya.

Sumber Berita:HarianMetro
Sumber Gambar:Perakam

29/05/2026

pelajar-pelajar yang dikenal pasti berada di dalam video tersebut adalah pelajar Tingkatan 1 SMK Inanam dan SMK Kolombong, Sabah

Sumber Video:Perakam

29/05/2026

KUALA LUMPUR - Seorang pesara tentera maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta BMW di Jalan Kampung Pandan di sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan kereta BMW.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melanggar bahagian sisi kanan BMW yang keluar dari simpang secara melulu.

Mangsa maut di lokasi.

Sumber CCTV: Pemilik

26/05/2026

Pendaki sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim pada Sabtu lepas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditemui meninggal.

Nur Izzati Humaira, 18 dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru.

Sumber Berita Kematian:Bernama

26/05/2026

Kutipan caj jalan raya (tol) bagi kenderaan yang memasuki Genting Highlands akan bermula rasmi pada Khamis, 28 Mei 2026. Bayaran ini dikendalikan oleh syarikat Lingkaran Cekap Sdn Bhd selaku operator rasmi Jalan Genting Highlands untuk menampung kos penyelenggaraan jalan persendirian tersebut

Kadar tol ini dikenakan sekali masuk (per entry) di dua pintu masuk utama iaitu Genting Sempah dan Gohtong Jaya:
Kereta & Van (Kelas 1): RM5.00
Teksi: RM3.30
Bas: RM5.00
Lori Sederhana: RM15.00
Lori Berat: RM25.00

25/05/2026

Program CSR pelepasan ikan yang diadakan oleh PT Prima Paper Indonesia (PPI) di Wonogiri, Jawa Tengah, menjadi viral. Ikan yang dilepaskan meluncur perlahan ke air, menggunakan gelongsor tapi belum meluncur bebas dah diambil oleh penduduk.

Kejadian ini mendapat kecaman dari warganet. kerana, perancangan pelestarian ekosistem sungai dengan menangkap serta menebar ikan tersebut berakhir antiklimaks, karena tidak lama setelah ditebar, banyak ikan yang langsung tak sempat hidup di sungai dan diambil oleh warga sekitar.

25/05/2026

Parit Buntar: "Sebelum adik keluar ke Cameron Highlands pagi tadi, arwah ibu sempat pesan suruh beli strawberi sebab teringin nak makan, namun tidak kesampaian."

Itu luahan pilu Muhammad Zikri Sahbuddin, 31, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Telok Medan, Bagan Serai, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 4.42 petang itu Sahbuddin Bakar, 65 dan isterinya Noraziyah Jahari, 51, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan Toyota Innova yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

Muhammad Zikri berkata, dia hanya dimaklumkan kejadian itu dari seseorang yang datang ke rumahnya yang memaklumkan kejadian menimpa ayah dan ibunya.

"Pagi tadi saya sempat memaklumkan pada ibu untuk membawanya keluar jalan-jalan petang ini sebab kebiasaannya setiap hujung minggu kami keluar.

"Waktu itu ibu sedang masak dan saya p**a baru habis kerja dan minta untuk tidur sekejap. Tak lama lepas itu ibu maklum kata nak keluar dengan ayah sekejap tapi tak dimaklumkan ke mana," katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Parit Buntar, malam ini.

Menurutnya sewaktu sedang tidur seseorang datang dan memaklumkan ibu dan dan ayahnya terbabit kemalangan dan dia terus tergamam di hadapan pintu rumah.

"Saya dan dua lagi adik tak mampu berkata apa-apa kerana masih terkejut dengan apa yang dimaklumkan.

"Paling saya terkilan apabila ibu sempat memesan buah strawberi kepada adik pagi tadi kerana teringin nak makan.

"Ibu juga berhasrat nak makan daging dendeng masa hari raya Aidiladha nanti dan saya sudah pun membelikannya," katanya.

Tambahnya lagi dia dan keluarga akan berbincang kemudian sama ada untuk membawa perkara ini ke mahkamah atau sebaliknya bagi menuntut keadilan.

Jenazah suami isteri itu kini berada di Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan pada esok hari di Masjid dan Tanah Perkuburan Masjid T**i Serong.

Sahbuddin adalah seorang pesara kerajaan dan berkhidmat sebagai pemandu ambulans Klinik Kesihatan Kedai 4, T**i Serong sekitar 10 tahun lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Jafri Md Zain dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:HarianMetro
SumberVideo:Perakam

23/05/2026

Kuala Lumpur: Pertikaian isu hutang RM20,000 dan konflik cinta dipercayai punca insiden pergaduhan tular membabitkan sekump**an individu di sekitar Sentul Raya, di sini, tengah hari Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, setakat ini empat tangkapan dilakukan membabitkan dua lelaki dan dua wanita tempatan.

"Punca pergaduhan itu adalah akibat masalah peribadi dan juga hutang. Kesemua suspek direman dua hari bermula semalam.

"Tiga lagi suspek sudah dikenal pasti dan masih bebas namun akan ditahan dalam kadar segera. Kesemua suspek mengenali antara satu sama lain. Mereka adalah kawan dan ada hubungan peribadi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, tadi.

Terdahulu tular di media sosial satu video berdurasi satu minit 29 saat memaparkan sekump**an individu bergaduh di tengah-tengah jalan.

Pergaduhan turut membabitkan beberapa wanita.

Sumber Berita:HarianMetro
Sumber Video:Perakam

21/05/2026

Buku Bertemu Ruas

20/05/2026

13 tahun hidup bergelap, keluarga nekad tahan kereta Sultan Pahang demi nasib mereka

Sebak tengok reaksi keluarga ni.

Tindakan berani sebuah keluarga menahan kenderaan Sultan Pahang demi meluahkan masalah rumah mereka yang sudah 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik meraih perhatian ramai.

Menurut mereka, pelbagai permohonan sudah dibuat sebelum ini namun tiada tindakan diambil.

Alhamdulillah, Sultan Pahang memandang serius perkara tersebut dan permintaan mereka diluluskan pada hari yang sama.

Jelas terpancar kegembiraan apabila rumah mereka akhirnya bakal menikmati bekalan elektrik selepas sekian lama.

DAULAT TUANKU

Sumber: TT muhammadramadhan9602
Sumber Berita:Oh My Media

Want your business to be the top-listed Government Service?

Website