Datuk Mohamad Alamin

Datuk Mohamad Alamin

Share

Ahli Parlimen P.176 Kimanis
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Photos from Datuk Mohamad Alamin's post 24/06/2026

24 JUN 2026 | DEWAN RAKYAT

Menjawab soalan daripada YB. Mohd. Kurniawan Naim Moktar (Kinabatangan), yang bertanya sama ada kerajaan bercadang mewujudkan dasar atau mekanisme perlindungan khusus bagi membantu usahawan digital tempatan meningkatkan daya saing, produktiviti dan akses pasaran berbanding penjual luar negara yang menikmati kelebihan kos operasi.



Photos from Datuk Mohamad Alamin's post 23/06/2026

23 JUN 2026 | SHAH ALAM

Seminar Usahawan Madani Mega (SUM MEGA) 2026

Alhamdulillah, saya telah berkesempatan hadir dan menyempurnakan perasmian Seminar Usahawan Madani Mega (SUM MEGA) 2026 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam hari ini.

Penganjuran seminar berskala besar seperti ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasa budaya keusahawanan, meningkatkan daya saing usahawan serta membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menimba ilmu, membina jaringan dan meneroka potensi perniagaan baharu.

Saya turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam atas kejayaan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar keusahawanan dengan penglibatan peserta paling ramai, sekali gus mencatat sejarah sebagai antara program keusahawanan terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi dalam melahirkan usahawan yang berdaya tahan, inovatif dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah UiTM dan semua pihak yang terlibat menjayakan SUM MEGA 2026.



Photos from Datuk Mohamad Alamin's post 22/06/2026

22 JUN 2026 | PARLIMEN

Menghadiri Sesi Libat Urus YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional di Bangunan Parlimen Malaysia.

Pelbagai perkara berkaitan pembangunan negara, kesejahteraan rakyat serta keperluan memperkukuh kerjasama antara wakil rakyat dan Kerajaan telah dibincangkan secara terbuka dan konstruktif.

Komitmen kita jelas, memastikan agenda pembangunan terus dilaksanakan dengan berkesan, isu rakyat ditangani segera, dan setiap dasar kerajaan dapat memberi impak langsung kepada masyarakat di akar umbi.

Inshaa Allah, amanah yang diberikan oleh rakyat akan terus kami galas dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan negara dan kesejahteraan bersama.





Photos from Datuk Mohamad Alamin's post 22/06/2026

21 JUN 2026 | MELAKA

Alhamdulillah, perasmian penutup Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir semalam, menghimpunkan usahawan, koperasi serta pelbagai agensi pembangunan usahawan dari seluruh negara.

Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka.

Turut hadir YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap ADUN Duyong, serta barisan kepimpinan kerajaan, ketua-ketua agensi dan komuniti usahawan yang menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi negara.

KHPM merupakan platform yang amat signifikan dalam memperkukuh jaringan perniagaan, memperluaskan akses pasaran dan memperkenalkan pelbagai inisiatif kerajaan bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus berkembang serta berdaya saing.

Semoga program seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan yang berjaya dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.




Photos from Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi's post 21/06/2026
21/06/2026
21/06/2026
21/06/2026

πŸŽ™οΈ 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐒𝐀 𝐝𝐒 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐒𝐯𝐚π₯ π‡ππŒ 𝐄𝐝𝐒𝐬𝐒 𝐌𝐞π₯𝐚𝐀𝐚 πŸ”₯

Dengarkan temubual eksklusif bersama team MELAKAfm yang akan bersiaran luar dari Morten Walk, Melaka sempena Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia Edisi Melaka.

Panel:
YB Datuk Mohamad bin Alamin
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Penampilan Istimewa:
YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem
ADUN Duyong

πŸ“» Melaka FM (102.3 MHz)
πŸ—“οΈ 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ 10.45 pagi
πŸ“± Siaran langsung di FB Melaka FM

Ketahui pengisian menarik, peluang untuk usahawan serta pelbagai aktiviti yang menanti anda di Karnival HPM Melaka 2026.

Steven Sim Chee Keong ζ²ˆεΏ—εΌΊ
Datuk Mohamad Alamin
MELAKAfm
Jabatan Penerangan Negeri Melaka





Photos from Tekun Nasional's post 21/06/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Putrajaya