CGSO

CGSO

Share

Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkaitan Keselamatan Perlindungan

Photos from CGSO's post 09/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š โ€“ Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar telah menyempurnakan Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP), Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri di Dewan Damar Sari, Putrajaya.

Selain merasmikan majlis tersebut, beliau turut meluncurkan dua (2) sistem utama CGSO iaitu Sistem e-Vetting 3.0 dan Sistem e-PS sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan Keselamatan Perlindungan serta mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan secara digital.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa Teras Penghayatan Nilai dan Tatakelola di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) perlu diterjemahkan dalam konteks Keselamatan Perlindungan melalui pengukuhan akauntabiliti dan integriti sebagai teras utama pematuhan bagi melindungi kerahsiaan maklumat rasmi kerajaan daripada ancaman kebocoran dan sabotaj.

Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, YBhg. Datoโ€™ Mohd Shaiful bin Ibrahim serta YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd.

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada Kementerian, Jabatan dan agensi yang cemerlang dalam pelaksanaan Keselamatan Perlindungan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen berterusan sektor awam dalam memperkukuh budaya keselamatan, melindungi maklumat rasmi serta memelihara aset strategik negara.

Photos from CGSO's post 09/06/2026

๐€๐Š๐Š๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐

๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฆ๐š๐ซ ๐’๐š๐ซ๐ข, ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š โ€“ Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Tahun 2026 merupakan platform pengiktirafan kepada kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jabatan persekutuan, jabatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan serta pematuhan Keselamatan Perlindungan di agensi masing-masing.

Bagi penilaian tahun 2025, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan 118 Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang melibatkan pelbagai agensi sektor awam di seluruh negara. Hasil penilaian mendapati 50 agensi memperoleh penarafan Cemerlang, 65 agensi menerima penarafan Baik, manakala tiga (3) agensi mencapai penarafan Memuaskan.

Pada majlis ini, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar telah menyampaikan anugerah kepada para penerima. Pengiktirafan tertinggi melalui Anugerah Perdana Keselamatan Perlindungan telah dianugerahkan kepada enam (6) penerima utama, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Penganjuran AKKP mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh budaya Keselamatan Perlindungan, meningkatkan tahap pematuhan terhadap dasar dan peraturan keselamatan serta memastikan kerahsiaan maklumat rasmi dan keselamatan aset strategik negara sentiasa terpelihara demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

07/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

Kecemerlangan dalam Keselamatan Perlindungan bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil komitmen, disiplin dan pematuhan yang berterusan.
Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Tahun 2026 bakal mengiktiraf Kementerian, Jabatan dan Agensi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan keselamatan perlindungan sepanjang tahun 2025.
Bersama memperkukuh budaya Keselamatan Perlindungan, melindungi rahsia rasmi dan memelihara aset strategik negara demi kesejahteraan serta kedaulatan Malaysia.

06/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

05/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿฏ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

04/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

Kecemerlangan dalam Keselamatan Perlindungan bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil komitmen, disiplin dan pematuhan yang berterusan.

Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Tahun 2026 bakal mengiktiraf Kementerian, Jabatan dan Agensi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan keselamatan perlindungan sepanjang tahun 2025.

Bersama memperkukuh budaya Keselamatan Perlindungan, melindungi rahsia rasmi dan memelihara aset strategik negara demi kesejahteraan serta kedaulatan Malaysia.

02/06/2026

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Puan Noraizzalin Binti Abu Bakar, Pembantu Keselamatan, Kader CGSO di Parlimen Malaysia.

Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan serta seluruh warga CGSO menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah pada 2 Jun 2026.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah...

ุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู {1} ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ {2} ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู {3} ู…ูŽุงู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฏู‘ููŠู†ู {4} ุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†ู
{5} ุงู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตู‘ูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู…ูŽ {6} ุตูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุถููˆุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ุงูŽุงู„ุถู‘ูŽุขู„ู‘ููŠู†ูŽ {7}

01/06/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

Hari Wesak merupakan hari suci yang memperingati kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan (Parinirvana) Gautama Buddha. Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita terus menyemarakkan nilai kasih sayang, belas kasihan dan toleransi demi memelihara keharmonian serta memperkukuh perpaduan negara yang kita cintai.

01/06/2026

๐Š๐Ž๐“๐Ž๐๐ˆ๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐€๐” ๐“๐€๐†๐€๐™๐Ž ๐ƒ๐Ž ๐Š๐€๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Pesta Kaamatan disambut sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat dan rezeki selepas berakhirnya musim menuai. Lebih daripada sekadar perayaan tradisi, sambutan ini turut menjadi wadah untuk seluruh rakyat Malaysia memperkukuh hubungan kekeluargaan serta mengeratkan perpaduan.

Selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI, prinsip Kesejahteraan dan Hormat yang diterapkan amat bertepatan dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

Semoga sambutan Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh negara, malah terus menyuburkan semangat perpaduan yang menjadi identiti serta kebanggaan kita bersama.

Uniknya Malaysia! Selamat Menyambut Pesta Kaamatan!

31/05/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€
๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐†
๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447Hijrah

Sembah takzim daripada
W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan dan warga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana
Putrajaya
62520

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00