03/06/2026
✨ SYABAS & TAHNIAH! ✨
Seluruh warga Persatuan Pegawai-Pegawai Kebudayaan Malaysia (MyBUDAYA) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Jamaliah binti Azman atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N).
Penganugerahan ini telah dikurniakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti dan kecemerlangan demi memartabatkan kebudayaan negara!
02/06/2026
Daulat Tuanku! 👑
Merafakkan Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Sembah takzim dengan penuh hormat dan taat setia daripada kami di Persatuan Pegawai-Pegawai Kebudayaan Malaysia (MyBudaya).
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
02/06/2026
Mekar bagai teratai, damai dalam harmoni. 🪷
Persatuan MyBudaya mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambutnya. Semoga cahaya dan kasih sayang sentiasa menyinari jalan hidup kita serta memupuk semangat saling menghormati dalam masyarakat majmuk kita.
Selamat menyambut Hari Wesak yang penuh keberkatan. 🕊️✨
30/05/2026
🌾 Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai! 🌾
Hari ini kita meraikan kepelbagaian tradisi, keunikan budaya dan hasil tuaian yang melimpah ruah daripada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak. Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada kita semua.
Mari bersama-sama kita lestarikan keindahan budaya Malaysia yang unik dan indah!
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Gayau Guru Gerai Nyamai!
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam dan Ahli MyBudaya.
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan hari raya ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus cemerlang dan harmoni. Maaf zahir dan batin.
27/05/2026
Selamat bersara. Terima kasih atas segala inspirasi, jasa, dan kenangan manis. You will be missed! 🤍
Terima kasih atas segala sumbangan sepanjang menjadi Pegawai Kebudayaan di bawah Skim Bakat & Seni.
27/05/2026
✨ Setinggi-tinggi Tahniah! ✨
Seluruh warga Persatuan MyBudaya mengucapkan syabas kepada Ahli MyBUdaya atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 21 Mei 2026. Dedikasi dan usaha gigih anda adalah inspirasi kami semua. Semoga terus cemerlang! 🏆
05/05/2026
Gema Wahyu, Iringan Doa: Majlis Titipan Safar
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Titipan Safar yang diisi dengan bacaan Yasin dan doa selamat secara hibrid (fizikal dan dalam talian), khusus buat YBrs. Encik Rosnan bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) JKKN, yang bakal berangkat sebagai tetamu Allah ke Tanah Suci tidak lama lagi.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengerusi MyBudaya & barisan JK MyBudaya, Pegawai serta kakitangan JKKN dan Istana Budaya serta mantan Pegawai Kebudayaan.
Seluruh ahli MyBudaya mendoakan agar perjalanan beliau dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang afiyat serta memperoleh Haji yang Mabrur. Semoga beliau selamat pergi dan kembali dengan keredhaan serta rahmat-Nya.
"Ukhuwah terjalin menerusi doa, moga safar ini dipenuhi barakah"
Amin Yarabbal Alamin. 🕋🤲🏻
01/05/2026
Kerja bukan sekadar rutin, ia adalah sumbangan untuk bangsa. Selamat Hari Pekerja daripada kami MYBudaya! Teruslah berkarya dengan jiwa.
22/04/2026
🕋Majlis Titipan Safar
"Setiap Sujud Di Sana, Penuh Makna dan Air Mata"
Dengan penuh kesyukuran, semua warga JKKN dan Ahli MyBudaya dijemput hadir ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran buat sahabat kita yang akan berangkat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
🗓️ 5 Mei 2026 (Selasa)
🕗 9.30 pagi
📍 Aras 18, JKKN Ibu Pejabat Kuala Lumpur
Majlis ini juga akan diadakan secara dalam talian bagi memberi peluang kepada warga JKKN dan ahli MyBudaya yang bertugas di luar Lembah Klang.
https://meet.google.com/zuz-wzzu-yqy
Semoga kehadiran anda membawa keberkatan.