16/06/2026
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H/2026.
Semoga tahun ini membawa kejayaan, keberkahan, serta ketenangan hati bagi kita semua
KEADILAN POLITIK BERTERASKAN NILAI DALAM MENERUSKAN AGENDA REFORMASI BERTERUSAN MEMBELA NASIB MARHAEN
16/06/2026
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H/2026.
Semoga tahun ini membawa kejayaan, keberkahan, serta ketenangan hati bagi kita semua
16/06/2026
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI DAERAH SUBIS PADA 16 JUN 2026 (SELASA) PUKUL 11:00 PAGI SEHINGGA SELESAI. HARAP MAKLUM.
07/06/2026
Gangguan Bekalan Air di Miri: Kerjasama Semua Pihak Diminta, Jangan Eksploitasi Rakyat Dengan Kenaikan Harga Air Botol
Seluruh penduduk mengambil maklum tentang gangguan bekalan air yang melibatkan beberapa kawasan di Miri dan Sibuti juga sekitarnya susulan kerja-kerja baik pulih dan kebocoran paip utama baru-baru ini. Kami amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh lebih ribuan penduduk terutamanya bagi urusan harian.
Pihak kami menyambut baik usaha proaktif yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan Sarawak Water Sdn Bhd dalam menyediakan kemudahan penghantaran air serta lori tangki bagi meringankan beban rakyat . Kami juga menyeru penduduk agar tidak panik dan membuat pembelian kecemasan secara berlebihan kerajaan telah memberi jaminan bahawa usaha pembaikan sedang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat .
Bagaimanapun, kami ingin menzahirkan kebimbangan yang amat serius terhadap potensi pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menaikkan harga air minuman botol secara mendadak.
Kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Miri untuk segera mengaktifkan pemantauan harga di pasar raya, kedai runcit, dan stesen minyak. Kami mahu pihak KPDN mengeluarkan amaran tegas bahawa tindakan kompaun serta merta akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati cuba mengambil kesempatan atas penderitaan rakyat .
Oleh itu, kami menyeru:
1. Kepada peniaga: Jadikan ini sebagai ujian integriti. Jangan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga air botol secara mendadak.
2. Kepada pengguna: Laporkan segera kepada KPDN di talian 085- 442266 Talian KPDN Miri atau melalui aplikasi Whatsapp 019 848 8000 sekiranya menemui harga yang tidak munasabah.
3. Kepada Kerajaan: Pastikan pengagihan air tangki sampai ke kawasan perumahan padat seperti Permyjaya, Tudan, dan Lutong, serta kawasan luar bandar seperti Bekenu dan Sibuti .
Kami memahami keperitan yang dialami oleh penduduk Miri dan SibutiJusteru, kita semua mesti berganding bahu—kerajaan membantu, rakyat bersabar, dan peniaga berhemah.
Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P218 Sibuti
07/06/2026
Bantuan PMX, Kerajaan Perpaduan, Malaysia MADANI untuk Rakyat
04/06/2026
TAHNIAH KEPADA YAB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ATAS KELEBIHAN STRATEGIK PROJEK TENAGA SARAWAK UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA
Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas pengiktirafan dan komitmen berterusan beliau terhadap keupayaan tenaga strategik yang dimiliki oleh Sarawak.
Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, kelebihan tenaga Sarawak telah memberikan kedudukan strategik yang kukuh kepada Malaysia dalam memenuhi permintaan tenaga masa depan. Hal ini amat penting, terutamanya untuk menyokong pertumbuhan pesat ekonomi digital, operasi pusat data berskala besar, serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) di rantau ini. Keupayaan Sarawak menjana tenaga boleh baharu seperti hidroelektrik menjadikannya hab tenaga hijau yang kritikal untuk agenda digital negara.
Tahniah juga diucapkan atas penegasan beliau bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan agenda peralihan tenaga negara. Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan tenaga Malaysia, malah menaikkan peranan negara dalam landskap tenaga serantau.
Kami yakin di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan terus melonjakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam tenaga mampan dan ekonomi digital.
https://www.facebook.com/share/1JZSiEhZD2/?mibextid=wwXIfr
Zulhaidah Suboh
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
P218 Sibuti
04/06/2026
BERITA BAIK! Harga minyak TURUN mulai 4 Jun 2026 ⬇️⛽
Tempoh: 4 Jun – 10 Jun 2026
🔻 RON97: RM4.35 (turun 30 sen)
🔻 RON95 (pasaran): RM3.72 (turun 20 sen)
✅ RON95 BUDI MADANI: kekal RM1.99
🔻 Diesel Semenanjung: RM4.67 (turun 20 sen)
✅ Diesel (Timur & SKDS): kekal RM2.15
Apa maknanya untuk rakyat?
✔️ Kos petrol & diesel murah – jimat belanja harian
✔️ Kos pengangkutan turun – barang keperluan lebih stabil
✔️ Peniaga kecil & e-hailing lega
Gunalah secara bijak
Sempena Aidiladha dan sambutan Hari Gawai tahun ini, selaku Penggerak Komuni Pengguna saya mengambil inisiatif mengedar sumbangan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan perhatian.
Namun yang membezakannya, turut diselitkan Risalah Hak Kepenggunaan (8 hak asas pengguna) sekali gus memberi nilai tambah daripada sekadar bantuan demi meringankan perbelanjaan dapur penerima.
Saya yakin penerima bukan sahaja menarik nafas lega , tetapi juga celik hak mereka sebagai pengguna. Dengan risalah ini, penerima dapat mengetahui hak untuk keselamatan, maklumat, pilihan, dan mendapat ganti rugi. Ini penting bagi mengelak penipuan oleh peniaga tidak bertanggungjawab terutama ketika musim perayaan.
inisiatif ini dapat menambah kefahaman komuniti luar bandar yang sering menjadi mangsa isu harga tinggi dan kualiti produk meragukan.
Semoga Aidiladha dan Gawai tahun ini penuh bermakna dengan kesedaran pengguna yang lebih tinggi.
02/06/2026
Perlaksanaan Dasar Baharu Bukti Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Kebajikan Rakyat
31/05/2026
Selamat Mengadap Makan Tahun buat kaum kerabat Kadayan, khususnya di Sibuti.
Semoga segala penat lelah dan perkongsian rezeki diberkati Allah SWT.
Salam Sehati Seketurunan
31/05/2026
Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha.
Sambutan ini mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang sentiasa saling menghormati.
Semoga Hari Wesak ini membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada semua.