14/05/2026
Pelbagai aduan, cadangan serta permasalahan telah dikemukakan. InsyaAllah, setiap perkara akan diteliti dan diambil tindakan sebaiknya demi kesejahteraan bersama.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke Pejabat PKM ADUN Batu Rakit semalam.
Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan setiap usaha yang dilaksanakan membawa manfaat kepada rakyat.
14/05/2026
Kuasa besar dunia sedang melawat negara2 asian bagi memperkukuhkan lagi kekuasaannya. Inilah kerja2 orang kafir tiap2 hari bahkan tiap2 detik memikirkan untuk mengukuhkan penguasaan mereka keatas negara2 seluruh dunia. Kita orang Islam camne??
- hanya untuk ajak sahabat2 merenung...
13/05/2026
Ziarah kematian keluarga Allahyarham Pok Manah di Kg Gong Awang Lib yang telah kembali ke rahmatullah akibat strok.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
13/05/2026
Selesai menyempurnakan solat jenazah Allahyarham Ayahku di Surau Gong Datuk sebentar tadi.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Datuk.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
13/05/2026
KENYATAAN MEDIA
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H
Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.
Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.
Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Tujuan asal kenyataan saya hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.
Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahupun kepimpinannya.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan.
YB Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh
13/05/2026
Aduan - Turun - Selesai
Aduan berkaitan tong sampah yang menghalang pandangan keluar masuk di simpang 3 Kg Tanjung Kedepan.
Alhamdulillah, tindakan segera telah diambil bagi memastikan laluan lebih selamat dan tidak mengganggu pengguna jalan raya.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan keselamatan penduduk sentiasa terjaga.
13/05/2026
Ziarah kematian keluarga Allahyarhamah Rohayu di Kg Tanjung Gelam yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
13/05/2026
Sarapan pagi di Pantai Tanjung Gelam singgah di Warung Kak Aro sebelum memulakan ziarah di kawasan sekitar.
Alhamdulillah, menu sarapan pagi di sini memang sedap-sedap belaka. Nasi dagang, nasi minyak dan pelbagai lagi pilihan yang membuka selera. Semoga perniagaan Kak Aro terus maju dan dimurahkan rezeki.
12/05/2026
Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Kenyataan Berhubung Ceramah YB Datuk Ustaz Nik Zawawi Salleh
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum dan memandang serius polemik yang timbul susulan ceramah YB Datuk Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh di Kuala Terengganu.
2. Setelah meneliti sedutan rakaman ceramah tersebut serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan, DUPP mengakui bahawa terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para Sahabat Rasulullah ﷺ, khususnya Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.
3. DUPP menegaskan bahawa para Sahabat Rasulullah ﷺ merupakan generasi terbaik umat ini yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka. Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman Jahiliyyah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih.
4. DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada YB Dato’ Ustaz Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam, khususnya dalam perkara yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para Sahabat Rasulullah ﷺ.
5. Pada masa yang sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih. Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat.
6. DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab Islam.
Sekian.
YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
12 Mei 2026 Miladi bersamaan 25 Zulkaedah 1447 Hijriah
12/05/2026
Penjelasan YB Ust Nik Zawawi atas isu yang hangat sekarang..