Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah, Government Organization, Pusat Khidmat Parlimen Alor Gajah, Alor Gajah.

Photos from Adly Zahari's post 14/06/2026
Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah's post 14/06/2026

Jelajah Ai MyMahir dengan kerjasama TalentCorp dan juga pelbagai agensi yang terlibat berjalan lancar dan meriah. Semoga peserta semua dapat manfaat berkenaan seminar ini dan juga dapat meningkatkan pengetahuan berkenaan kecerdasan buatan (Ai) dengan lebih mendalam.

Terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kita dapat berjumpa lagi dimasa akan datang.




Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah's post 13/06/2026

Tuan Seva dan Tuan Zairi mewakili YB Adly Zahari ke dua program pendidikan yang berlangsung di kawasan Parlimen Alor Gajah.

πŸ“ Perasmian Kejohanan Balapan & Padang 2026 SMA Al Asyraf, Gadek

πŸ“ Perasmian Program Kemenjadian Murid-Murid SJKT Zon Tebong (Pertandingan Thirumurai)

Kehadiran wakil Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha pihak sekolah dalam membangunkan potensi murid secara menyeluruh, sama ada dalam bidang sukan mahupun pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui aktiviti kebudayaan serta keagamaan.

Tahniah kepada pihak penganjur, guru-guru, ibu bapa dan para peserta yang telah menjayakan kedua-dua program ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya saing.






Adly Zahari

09/06/2026

Pagi tadi rasminya bermula Program BizKita@AlorGajah sebagai satu inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah dengan kerjasama Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi UiTM untuk membantu para usahawan kecil di sekitar Alor Gajah menguasai pemasaran digital.

09/06/2026

πŸ€–βœ¨ Jelajah AI MyMahir bersama TalentCorp kini di Alor Gajah, Melaka!

Seminar AI PERCUMA buat anda di Melaka.

Nak kuasai kemahiran AI untuk kerja, belajar, buat content dan bisnes dengan lebih mudah? Rebut peluang mendapatkan SIJIL PERCUMA bernilai RM5,000! πŸŽ“

Jom sertai seminar Jelajah AI MyMahir dan pelajari penggunaan AI secara hands-on, santai dan interaktif untuk meningkatkan produktiviti, menjana idea kreatif serta membantu perkembangan kerjaya dan bisnes anda.

πŸ“… 14 Jun 2026 (Ahad)
πŸ•˜ 9:00 pagi – 5:00 petang
πŸ“ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka
πŸ’₯ PERCUMA!
πŸ“± Hanya bawa telefon anda

🎯 Antara yang menanti anda:
✨ Perkongsian dan cara penggunaan AI
✨ Aktiviti interaktif & demonstrasi hands-on
✨ Sesi soal jawab bersama pakar
✨ Sijil penyertaan untuk semua peserta

πŸ“š Dalam sesi ini, anda boleh memilih untuk mempelajari:
✨ AI untuk Kerja & Produktiviti
✨ AI untuk Pembinaan Kerjaya
✨ AI untuk PKS & Pekerja Bebas
✨ AI untuk Pembelajaran & Pembangunan Diri
✨ AI untuk Pembangunan Laman Web (Coding – komputer riba diperlukan)

πŸš€ Jangan lepaskan peluang untuk membina kemahiran masa depan dan meneroka potensi AI dalam kehidupan seharian anda!

πŸ‘‰ Daftar sekarang: https://www.talentcorp.com.my/jam/

☎️Hubungi 01163717867 (waktu pejabat) untuk sebarang pertanyaan.

Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah's post 08/06/2026

Pagi tadi Team Pusat Khidmat Parlimen Alor Gajah turun menghulurkan sumbangan buat Pakcik Karim di Felda Bukit Senggeh kerana isterinya dimasukkan ke Hospital baru-baru ini.

Semoga isteri Pakcik Karim segera sembuh dan diberikan semangat buat pakcik Karim menempuh ujian ini.



Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah's post 04/06/2026

SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN, RINGANKAN BEBAN YANG DITANGGUNG

Alhamdulillah, Team Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah hari ini telah menyampaikan bantuan katil pesakit kepada dua penerima yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di kawasan Parlimen Alor Gajah iaitu di Sungai Petai, Rembia dan juga Kg. Pulau, Durian Tunggal.

Semoga bantuan ini dapat memberi sedikit keselesaan kepada mereka serta memudahkan urusan penjagaan harian oleh ahli keluarga.

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bekerjasama dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian. Insya-Allah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah di bawah YB Adly Zahari akan terus komited membantu rakyat yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada.





Adly Zahari
Ashraf Mukhlis

31/05/2026

Tahniah semua. Moga amalan kita diterima Allah SWT.

Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah's post 18/05/2026

Terima Kasih Cikgu!

Sempena sambutan Hari Guru, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah telah mengambil kesempatan menyampaikan sedikit penghargaan daripada YB Adly Zahari berupa kek kepada semua sekolah di sekitar Parlimen Alor Gajah.

Walaupun sederhana, ia hadir sebagai tanda ingatan dan terima kasih atas jasa para guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak bangsa.

Guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi turut membina akhlak, menyemai nilai dan menjadi inspirasi kepada generasi masa depan negara.

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik.
β€œGuru Bitara Nadi Negara”

Ikhlas daripada
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah 🀝



Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Pusat Khidmat Parlimen Alor Gajah
Alor Gajah
76100