Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah

Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah

Share

Laman Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah (MKN Kedah)

MKN adalah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkait keselamatan.

Agensi ini bertanggungjawab menyelaras dasar yang berkait keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan.

Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah's post 13/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐’๐€๐’๐Š๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ (๐‚๐๐’๐Œ) ๐ƒ๐Š๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐ˆ๐Š ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐’๐ˆ๐Š, ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah S*k telah berjaya menganjurkan Program Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) DKN 2026โ€“2030 dan Latihan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Bersama Komuniti Mukim S*k Tahun 2026 yang berlangsung di Perkarangan Masjid As-Salam, Kampung Chepir, S*k.

Program yang menghimpunkan kira-kira 400 orang merangkumi peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, pempamer dari pelbagai agensi, ahli jawatankuasa masjid, serta tetamu jemputan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti mengenai konsep keselamatan menyeluruh serta memperkukuhkan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman dan bencana.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti empat slot perkongsian yang membincangkan pelbagai aspek keselamatan dan pengurusan bencana, antaranya peranan komuniti dalam pengurusan bencana, ancaman keselamatan masa kini, pengurusan krisis dan bencana serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa berlakunya bencana.

Program dimulakan dengan empat (4) slot perkongsian yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan, pengurusan krisis dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Slot 1: Keselamatan Komuniti Dalam Pengurusan Bencana
Penceramah: ASP Mustafar bin Mahmud (PDRM)
Perkongsian memberi fokus kepada peranan komuniti dalam membantu agensi keselamatan semasa berlakunya bencana serta kepentingan kerjasama masyarakat dalam mengekalkan ketenteraman dan keselamatan setempat.

Slot 2: Ancaman Keselamatan Masa Kini
Penceramah: Encik Mohd Noor Hisyam bin Ab Latif (MKN)
Penceramah menjelaskan pelbagai bentuk ancaman keselamatan semasa termasuk ancaman siber, penyebaran maklumat palsu, ekstremisme, penyalahgunaan media sosial serta ancaman bukan tradisional yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Slot 3: Pengurusan Krisis dan Bencana
Penceramah: Puan Noor Azizah binti A. Razak (JKM)
Peserta diberi pendedahan mengenai pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS), bantuan kebajikan kepada mangsa bencana serta peranan masyarakat dalam membantu golongan yang terjejas.

Slot 4: Keselamatan Semasa Bencana
Penceramah: PBK II Azizi bin Haji Osman (JBPM)
Taklimat menumpukan kepada langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku termasuk kaedah pemindahan, penggunaan peralatan keselamatan dan tindakan kecemasan yang betul.

Program turut diserikan dengan pameran dan reruai agensi yang melibatkan APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Unit Tabung Darah Hospital S*k. Kehadiran agensi-agensi ini memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta pendedahan berkaitan perkhidmatan yang disediakan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah S*k, YBrs. Encik Faisal Rizal bin Mohammad. Dalam majlis tersebut turut diadakan penyerahan Bakul Kit dan Kit Siaga kepada kira-kira 100 orang asnaf, penyerahan kit pertolongan cemas kepada Masjid As-Salam serta penyampaian sijil dan cenderahati penghargaan kepada agensi yang terlibat.

Antara tarikan utama program ialah demonstrasi penyelamatan di tempat tinggi yang dipersembahkan oleh anggota APM Daerah S*k. Demonstrasi tersebut berjaya menarik perhatian para pengunjung serta memberi gambaran jelas mengenai tindakan dan prosedur penyelamatan yang dilaksanakan ketika berlaku kecemasan.

Turut diadakan adalah perasmian papan tanda maklumat (dashboard) keselamatan komuniti yang akan menjadi medium penyampaian maklumat semasa berkaitan keselamatan, amaran bencana dan maklumat penting daripada agensi-agensi berkaitan kepada masyarakat setempat.

MKN Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pemimpin masyarakat serta penduduk yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga usaha berterusan ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka, cakna keselamatan dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kesejahteraan komuniti dan keselamatan negara terus terpelihara.






30/05/2026

Tik Tok Tik Tokโ€ฆ

Kaih hampa..Ada baki lagi 2 hari sebelum penyertaan ditutup pada 1 Jun 2026..

Dan lagi ni esok bukak kamera telefon nak rekod-rekod yang penting mesej keselamatan negara tanggungjawab bersama tu sampai..

Sambil-sambil hirup sup daging tuโ€ฆ

๐ŸŽฌ Ada cerita yang perlu kita sampaikanโ€ฆ
Tentang keselamatan. Tentang tanggungjawab. Tentang kita semua.

Sempena Bulan Keselamatan Negara 2026, MKN Negeri Kedah membawakan:

๐Ÿ”ฅ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡๐Ÿ”ฅ
๐ŸŽฅ Bertemakan: โ€œ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜›๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ซ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ขโ€
๐Ÿ’ก Idea anda. Kreativiti anda. Untuk negara kita.

๐Ÿ—“Tarikh penyertaan: 1 Mei โ€“ 31 Mei 2026
๐Ÿ† Peluang ke Grand Finale menanti pemenang tempat pertama peringkat negeri.

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR untuk sertai sekarang!

29/05/2026

โฐ TINGGAL 3 HARI LAGI! โฐ

Masa semakin suntuk untuk menghantar penyertaan anda bagi Pertandingan Video Kreatif Sempena Bulan Keselamatan Negara 2026.

๐ŸŽฌ Tema:
Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

Inilah peluang anda untuk menzahirkan kreativiti, menyampaikan mesej keselamatan negara dan mengangkat keunikan negeri melalui karya video pendek yang berimpak.

๐Ÿ† Johan Peringkat Negeri
๐Ÿ’ฐ RM1,500
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Layak ke Grand Finale Peringkat Kebangsaan

๐Ÿ“… Tarikh tutup penyertaan:
31 Mei 2026

Jangan tunggu sehingga saat akhir. Hasilkan karya terbaik anda dan hantar penyertaan sekarang!




๐ŸŽฌ Ada cerita yang perlu kita sampaikanโ€ฆ
Tentang keselamatan. Tentang tanggungjawab. Tentang kita semua.

Sempena Bulan Keselamatan Negara 2026, MKN Negeri Kedah membawakan:

๐Ÿ”ฅ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡๐Ÿ”ฅ
๐ŸŽฅ Bertemakan: โ€œ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜›๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ซ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ขโ€
๐Ÿ’ก Idea anda. Kreativiti anda. Untuk negara kita.

๐Ÿ—“Tarikh penyertaan: 1 Mei โ€“ 31 Mei 2026
๐Ÿ† Peluang ke Grand Finale menanti pemenang tempat pertama peringkat negeri.

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR untuk sertai sekarang!

Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah's post 22/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ : ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐๐•๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ง๐ฏ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š Tahun 2026 anjuran ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š (๐Œ๐Š๐) ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก dengan kerjasama ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ๐š๐ฒ๐š ๐€๐ฅ๐จ๐ซ ๐’๐ž๐ญ๐š๐ซ (๐Œ๐๐€๐’) serta ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐€๐ฅ๐š๐ญ๐ฆ๐š๐ซ๐ญ sebagai penaja merupakan kesinambungan daripada ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ข ๐Š๐š๐ง๐ฏ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š yang telah diadakan pada tahun lalu. Program ini bertujuan menerapkan mesej bahawa usaha memelihara keselamatan dan kedaulatan negara merupakan tanggungjawab bersama semua pihak di samping mewujudkan daya tarikan di Bandaraya Alor Setar sempena sambutan Bulan Keselamatan Negara Tahun 2026. Program ini telah bermula pada 10 Mei 2026 dan berakhir pada hari ini.

Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 150 orang pelajar institusi pengajian tinggi daripada SCIMPA, Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Politeknik Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (POLIMAS).

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐“๐š๐ฎ๐Ÿ๐ข๐ช ๐›๐ข๐ง ๐‰๐จ๐ก๐š๐ซ๐ข, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Datuk Bandar Alor Setar, ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐†๐š๐Ÿ๐š๐ซ ๐˜๐š๐ก๐ฒ๐š, ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฅ๐ฆ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐™๐ฎ๐ฅ๐ค๐ข๐Ÿ๐ฅ๐ฒ, Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Kedah yang mewakili Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, ๐˜๐ƒ๐‡ ๐‚๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐€๐๐ณ๐ฅ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐ฎ ๐’๐ก๐š๐ก, Ketua Polis Kedah, ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐™๐ž๐ฉ๐ซ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐’๐š๐š๐, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Kedah, ๐˜๐. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐‘๐š๐๐ก๐ข ๐๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ง, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan) serta wakil daripada Syarikat Alatmart, UUM dan POLIMAS.







Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah's post 21/05/2026

๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ โ€œ๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐’๐€๐“: ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡, ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€โ€

๐๐€๐‹๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿ” - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Baling telah menganjurkan Forum Perdana โ€œAjaran Sesat: Keselamatan Akidah, Tanggungjawab Bersamaโ€ pada 21 Mei 2026 di Masjid Ridzwaniah Pekan Baling.

Program ini menghimpunkan imam, guru agama, guru KAFA serta pentadbir institusi agama sekitar daerah Baling bagi memberi pencerahan berkaitan ancaman ajaran sesat, pemeliharaan akidah dan peranan masyarakat dalam memperkukuh keselamatan ummah.

Forum turut menampilkan gabungan perspektif keselamatan, akademik dan agama melalui perkongsian oleh moderator dan panel-panel berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti YBrs. Syeikh Hakimin bin Hassan (Pegawai Agama Daerah Baling), YDH ACP Ramlan bin Hj. Samiun (Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah), YBrs. Prof. Madya Dr. Bakri bin Mat (Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia) dan YBrs. Syeikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi (Pegawai Agama Daerah Yan).

Semoga usaha ini dapat memperkukuh kefahaman masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga akidah dan keselamatan negara secara bersama.








Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah's post 18/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐๐•๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐‹๐„๐๐’๐€ (๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ“)







Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah's post 17/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐๐•๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐‹๐„๐๐’๐€ (๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ’)







Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah's post 12/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐๐•๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐‹๐„๐๐’๐€ (๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘)







Photos from Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah's post 11/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐€๐๐•๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐‹๐„๐๐’๐€ (๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ)







Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 4, Zon B, Wisma Persekutuan Anak Bukit
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00