PUMAS POKOK SENA

PUMAS POKOK SENA

Share

BERSATU, BERSETIA BERKHIDMAT COGANKATANYA
-Merasai Denyut Nadi Rakyat-

10/06/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN POKOK SENA BIL. 2/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena Bil. 2/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 10 Jun 2026 (Rabu), jam 9.00 malam bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Pokok Sena, Taman Amira.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Said Ali bin Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena. Pelbagai perkara berkaitan pengukuhan organisasi, persiapan Mesyuarat Perwakilan, kebajikan rakyat serta perancangan program parti telah dibincangkan bagi memastikan UMNO Bahagian Pokok Sena terus relevan dan berperanan sebagai wadah perjuangan yang membela rakyat.
Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir dan memberikan komitmen serta pandangan yang membina demi memperkukuhkan gerak kerja parti di peringkat bahagian dan akar umbi.
Bersatu • Berkhidmat • Berbakti

Photos from PUMAS POKOK SENA's post 10/06/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ASNAF 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Asnaf Anjuran Yayasan KOSMA pada 10 Jun 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Belia dan Bimbingan, Alor Setar.
Program ini merupakan usaha murni dalam membantu golongan asnaf serta meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi manfaat dan keberkatan kepada para penerima.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kebajikan ini.
"Bersama Membela Kebajikan Rakyat, Prihatin dan Berbakti."

Anjuran: UMNO Bahagian Pokok Sena & Yayasan KOSMA

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Photos from PUMAS POKOK SENA's post 22/05/2026


Alhamdulillah, selesai Majlis Penyerahan Tauliah Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha JPKKP Parlimen Pokok Sena yang telah disempurnakan oleh Said Ali Syed Rastan selaku Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ariffin bin Man, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Aziffah Binti Abd Rahman, Farhan bin Ahmad serta semua Pengerusi dan Setiausaha JPKKP Parlimen Pokok Sena.
Majlis yang berlangsung di Dewan Bimbingan Belia Jalan Langgar ini menjadi simbol amanah dan tanggungjawab dalam memperkukuhkan perpaduan serta gerak kerja demi kebajikan rakyat di Parlimen Pokok Sena.
Semoga semua yang menerima tauliah dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, ikhlas dan semangat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

16/05/2026

Fakta nak masuk IPTA guna UEC???

15/05/2026

Persidangan UMNO Cawangan 15 Mei 2026 (Jumaat) 3.00 ptg
1. Lacuk Ekmat
2. Bendang Lanjut
3. Namput

Photos from PUMAS POKOK SENA's post 25/01/2026

Alhamdulillah, petang ini bersama YBhg. Dato’ Ketua UMNO Bahagian, Tuan SUB, Ketua Penerangan, serta AJK Bahagian Sdr. Sofian Baharom dan Asmi Abu telah berkesempatan bertemu dengan AJK UMNO Cawangan Kg Padang Hassan di rumah Tuan Hj. Fisol.
Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Dato’ Ketua UM NO Bahagian telah mengupas dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa.
Selepas itu, YBhg. Dato’ Ketua UMNO Bahagian sempat menziarahi veteran UMNO, Pandak Jib di Kg Bukit Teriak yang kini sedang uzur. Semoga beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

25/01/2026
Photos from PUMAS POKOK SENA's post 24/01/2026

✨ Festival Antarabangsa Interkultural 2026 & Majlis Penyerahan Geran Pindahmilik Desa KEDA Zon 8 ✨
Telah berlangsung dengan jayanya Festival Antarabangsa Interkultural 2026 bersempena Majlis Penyerahan Geran Pindahmilik Desa KEDA Zon 8 yang diadakan dengan butiran seperti berikut:
🗓 Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Desa KEDA Seberang Paya Kerchut
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Mahathir Khalid, Pengerusi KEDA, yang dalam ucapannya menekankan komitmen dan tanggungjawab KEDA dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam aspek pemilikan tanah, pembangunan desa serta peningkatan sosioekonomi masyarakat luar bandar. Inisiatif seperti penyerahan geran ini mencerminkan usaha berterusan KEDA dalam memberi jaminan masa depan yang lebih teratur dan sejahtera kepada rakyat.
Majlis turut dihadiri oleh:
• YBhg. Dato’ Said Ali bin Syed Rastan
• YBhg. Dato’ Ariffin bin Man
• Barisan Pemimpin Masyarakat setempat
Semoga penganjuran majlis ini dapat terus memperkukuh hubungan antara KEDA dan masyarakat serta menjadi pemangkin kepada pembangunan desa yang mampan dan inklusif. 🌾🤝

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No 1 Taman Amira Jalan Langgar
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00