12/06/2026
π’ NOTIS PENUTUPAN PEJABAT JPNM DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH
Harap maklum bahawa JPNM Daerah Bandar Baharu akan ditutup sementara untuk perpindahan ke premis baharu:
Buat sementara waktu, para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pejabat yang berhampiran, iaitu Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulim dan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kerian sehingga pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Bandar Baharu beroperasi semula.
Kesulitan amat dikesali. Sila rancang urusan anda ! π
11/06/2026
MESYUARAT PENUTUPAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) MS ISO 9001:2015 JPN NEGERI KEDAH
11 Jun 2026 (Khamis) | Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Penutupan dan Pembentangan Laporan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 setelah selesai sesi auditan yang berlangsung dari 7 hingga 11 Jun 2026.
Majlis penutupan audit telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Pengarah JPN Negeri Kedah yang berlangsung di Bilik Rekreasi, JPN Negeri Kedah. Seramai 14 orang auditor telah terlibat dalam pelaksanaan audit yang merangkumi semua Pejabat JPN Daerah, cawangan UTC serta JPN Negeri Kedah.
Ketua Audit, YBrs. Encik Hezri bin Othman, telah membentangkan serta mengharmonikan keseluruhan dapatan audit yang telah dilaksanakan dengan lancar sepanjang tempoh auditan.
Pihak pengurusan tertinggi JPN Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua auditor atas komitmen, pandangan serta cadangan yang diberikan demi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus organisasi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga JPN Negeri Kedah atas komitmen, dedikasi dan penghayatan budaya kerja berkualiti yang sentiasa dipraktikkan selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015.
βKualiti Diperkasa, Perkhidmatan Dipertingkat.β
30/05/2026
πππππππ ππππ πππππ ππππ πππ πππππππ ππππππ πππππππππππ, ππππππππππππ ππππ πππ ππππππππ πππππ
30 Mei 2026 | Kulim,Kedah
Pagi ini Jabatan pendaftaran Negara, Negeri Kedah(JPN) telah menyertai Program Sesi Libat Urus KDN Bersama Agensi dan Komuniti. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah mengurusetiakan program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.
Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk KPjR Rosli bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai simbolik kepada nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat perpaduan dalam menyantuni masyarakat.
Program telah menghimpunkan warga kerja agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri(KDN)di Negeri Kedah bersama masyarakat setempat bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan dan komuniti di samping menyantuni rakyat melalui pelbagai pengisian kemasyarakatan serta aktiviti ibadah korban sempena Aidiladha melibatkan beberapa lokasi berikut:
1οΈβ£ Surau Al-Wathan, Kampung Padang Tembak, Kulim
2οΈβ£ Masjid Al-Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim
3οΈβ£ Masjid Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kg. Baharu Darul Aman, Kulim
4οΈβ£ 144D, Kg. Keladi, Kulim
5οΈβ£ Kandang Lembu Jan, Kg. Pondok Labu Seberang, Kulim
6οΈβ£ Kampung Tebuk Mat Rashid, Surau Ar-Rasyid, Bandar Baharu
Sebanyak 50 ekor lembu korban telah diagihkan kepada beberapa agensi dan komuniti setempat.
Turut hadir YBrs.Puan Faraisha Adira binti Yahya, Pengarah JPN Negeri Kedah dan seramai 15 kakitangan JPN hadir bagi menjayakan program ini.
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha πβ¨
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dibawa Aidiladha terus menyatukan hati, mengeratkan ukhuwah serta membawa keberkatan buat kita semua.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Ikhlas daripada warga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). π€
26/05/2026
π’ MAKLUMAN PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI KEDAH
24/05/2026
Selamat Ulang Tahun ke-54 buat YBhg. Datoβ Badrul Hisham Alias, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.
Semoga YBhg. Datoβ Badrul Hisham bin Alias sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin Jabatan ke arah kecemerlangan.
Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang dicurahkan demi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Ikhlas daripada,
seluruh Warga Jabatan Pendaftaran Negara.
16/05/2026
Selamat Menyambut Hari Guru buat seluruh pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membentuk sahsiah dan menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa demi masa depan negara yang lebih gemilang.
βGuru Bitara Nadi Negaraβ
Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi
serta seluruh warga kerja Jabatan Pendaftaran Negara.
15/05/2026
MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
15 Mei 2026 | Jumaat - Lunas,Kedah
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan penyampaian sumbangan lembu korban kepada jabatan, agensi serta komuniti setempat sempena Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution, Taman Sejahtera,Lunas, Kedah.Sebanyak 50 ekor lembu korban telah diagihkan.
Turut diadakan Program Inisiatif Kesejahteraan Rakyat MADANI menerusi penyerahan Sumbangan Ziarah Kasih Aidiladha (eKasih) kepada golongan sasar melibatkan seramai 70 orang di kalangan anggota RELA.Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan secara terus, pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program berlangsung. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Van MEKAR JPN telah membuka kaunter perkhidmatan dan mendapat sambutan baik dari penganjuran. Ini mencerminkan program turun padang mendekati rakyat suatu langkah keprihatinan agensi dengan komuniti.
Turut hadir YBrs. Puan Sarinah binti Apisah TKPPN(O) dan YBrs. Puan Pengarah JPN Kedah serta pegawai- pegawai kanan jabatan.