15/06/2026
Pernah tak rasa macam nak buat benda baik, tapi tiba-tiba ada suara dalam kepala cakap "Alah, benda kecil je, bukannya boleh ubah dunia pun" atau "Kau pun bukannya baik sangat, tak payahlah nak tunjuk baik"?
Jujurnya, saya pun selalu rasa macam tu.
Tapi baru-baru ni saya tersedar satu benda. Dunia ni sebenarnya dah cukup "bising" dengan berita buruk, kecaman, dan perkara negatif. Kalau kita pun pilih untuk simpan kebaikan kita hanya sebab kita rasa ia "kecil", kesianlah dunia kita ni.
Mungkin senyuman anda pagi tadi tu yang buat kawan anda tak jadi nak “resign”.
Mungkin RM5 yang anda sedekah kat pakcik tepi jalan tu yang cukupkan duit dia nak beli susu anak.
Kita tak perlu tunggu jadi "sempurna" baru nak buat baik. Buat je apa yang mampu, walaupun sekecil zarah. Sebab kita takkan pernah tahu, benda yang kita rasa kecil tu sebenarnya mungkin bermakna buat orang lain.
Teruskan jadi orang baik ya? Kita perlukan lebih banyak orang macam anda.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
14/06/2026
🤝 KELUARGA PENGGERAK KEJAYAAN KEPULIHAN🤝
Program Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga (KSKK) telah berjaya dilaksanakan di Senjana Glamping Resort, Sungai Ruat, Yan, Kedah dengan penyertaan seramai 89 orang klien dan ahli keluarga pada 13 Jun 2026.
Program ini bertujuan membina rangkaian sokongan yang kukuh antara klien dan individu yang dipercayai, meningkatkan kesedaran keluarga tentang peranan mereka dalam proses kepulihan serta membantu mencegah risiko pengulangan penyalahgunaan dadah.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Md Razif bin Wan, Pengarah AADK Negeri Kedah. Turut hadir sama Puan Rajesvari a/p Gonoselan, Penolong Pengarah AADK Negeri Kedah.
Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuhkan institusi keluarga sebagai tunjang utama dalam menyokong proses kepulihan dan kesejahteraan masyarakat.
13/06/2026
Pernah tak suatu hari anda tiba-tiba dapat motivasi untuk pergi joging setiap hari 10km selama seminggu?
Masuk minggu kedua, semangat hilang. Anda tak lari walaupun 1km. Terus rasa ‘burnout’ dan malas nak buat.
Jujurnya, ramai orang alami benda sama macamni. Kita terlalu obses nak nampak hasil besar dalam sekelip mata. Nak terus fit, terus pandai, terus kaya. Tapi sebenarnya, rahsia orang yang berjaya bukan sebab mereka buat benda luar biasa, tapi sebab mereka konsisten dengan benda kecil.
Cuba amalkan cara “1% Progres”
Tak larat baca 20 muka surat? Baca 1 muka surat je.
Tak sempat lari 10km? Buat 1km je.
Tak mampu kemas satu rumah? Kemas satu laci meja je.
Nampak macam tak ada impak kan? Tapi sebenarnya, tujuan 1% ni bukan untuk hasil serta-merta, tapi untuk membina disiplin. Lama-lama, tabiat tu jadi automatik. Bila identiti dah kuat, hasil akan datang sendiri tanpa kita sedar.
Ingat, 1% setiap hari selama setahun akan buatkan anda 37 kali ganda lebih hebat daripada anda yang sekarang!
Jangan pandang rendah pada langkah kecil. Sebab gunung tak runtuh dengan sekali baling batu, tapi dengan setiap ketukan yang tak pernah berhenti.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
13/06/2026
📌 KESUDA Hadir Program Empower NGO Kedah
Kelab Sukan dan Kebajikan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Darul Aman (KESUDA) telah menghadiri Program “Seminar Pengurusan Pertubuhan Berkualiti Peringkat Negeri Kedah, Empower NGO Kedah” yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kedah pada 13 Jun 2026.
Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Wong Chia Zhen, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam serta NGO Negeri Kedah.
Turut hadir mewakili KESUDA ialah Pengerusi KESUDA, Tuan Nikmat Mohamad bin Md Yusop bersama barisan jawatankuasa kelab.
Penyertaan ini memberi pendedahan berkaitan tadbir urus pertubuhan yang berkualiti, pengurusan kewangan, penyediaan dokumen serta pematuhan peraturan bagi memperkukuhkan pengurusan organisasi yang lebih cekap, telus dan berkesan.
13/06/2026
🚫 RUGI KALAU TERJEBAK!! 🚫
Sekali tersilap langkah, masa depan boleh berubah sekelip mata. Dadah bukan jalan penyelesaian, sebaliknya membawa kerugian pada diri, keluarga dan masyarakat.
💪 Pilih hidup sihat.
🎯 Kejar impian.
❤️ Hargai diri dan orang tersayang.
Katakan TIDAK kepada dadah sebelum dadah berkata TIDAK kepada masa depan anda!
12/06/2026
Jika dunia yang kita kejar, maka hanya penat yang kita akan dapat kerana tiada penghujungnya.
Sering kali kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga terlupa bahawa bagi mereka, kitalah seluruh dunia itu, maka luangkanlah masa bukan hanya dengan jasad yang hadir, tetapi dengan jiwa yang mendengar, mata yang memandang penuh kasih, dan tangan yang sedia memimpin.
Kerana pada akhirnya, bukan harta atau kejayaan yang akan kita kenang, melainkan saat-saat hening berbual di meja makan atau tawa kecil yang dikongsi bersama, sebelum kerusi yang mereka duduki hari ini hanya tinggal memori yang tidak lagi mampu diulang.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
12/06/2026
"Tidak ada iman bagi orang yang tidak amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menunauikan janji."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Marilah kita bersama-sama memperkasakan jati diri dengan sifat amanah dalam apa jua tugasan yang digalas.
Teras kejayaan dan kredibiliti sesebuah organisasi bermula daripada nilai integriti yang dijunjung tinggi oleh setiap warganya.
Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
KementerianDalamNegeri
Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
11/06/2026
TERUS JALAN, BEBASKAN DIRIMU🕊👨👩👦
Setiap hari adalah permulaan baru. Jangan pandang belakang lagi!
Kepada sahabat-sahabat yang sedang berjuang untuk bebas daripada penagihan dadah, ketahuilah anda tidak berseorangan.
Usaha & Kuat – Sikit lagi, anda pasti boleh!
Bebaskan Diri – Nikmati indahnya hidup tanpa sisa racun.
Ambil Peluang – Demi masa depan yang lebih diredhai.
_______________________
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.