11/06/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ง ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐ (๐๐ฆ๐) ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฌ๐ญ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐
SUNGAI PETANI, 11 Jun 2026 โ Majlis Penutup Kursus Asas Light Strike Force (LSF) Siri 01/2026 Kontinjen Kedah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, YDH ACP Hanyan bin Ramlan di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK), Kuala Muda, Sungai Petani.
Kursus yang berlangsung selama 10 hari bermula 2 hingga 11 Jun 2026 ini melibatkan seramai 99 peserta terdiri daripada 11 Pegawai Kanan Polis dan 88 Pegawai Rendah Polis dari seluruh daerah dalam Kontinjen Kedah.
Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkaitan peranan Light Strike Force sebagai pas**an tindak balas pantas dalam menghadapi situasi ketenteraman awam, di samping memperkukuhkan tahap kecergasan fizikal, disiplin serta semangat kerja berpas**an.
Dalam ucapannya, YDH ACP Hanyan bin Ramlan menzahirkan penghargaan kepada barisan jurulatih dan urusetia yang telah menjayakan kursus ini serta mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus Asas Light Strike Force Siri 01/2026 Kontinjen Kedah. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
11/06/2026
LAWATAN KE BALAI POLIS POKOK SENA
ALOR SETAR, 11 Jun 2026 โ Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah pagi ini telah mengadakan lawatan ke Balai Polis Pokok Sena bagi meninjau keadaan premis serta kemudahan infrastruktur yang berpotensi untuk dinaik taraf demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan kebajikan warga polis.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk melihat sendiri keperluan semasa balai serta meneliti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan efisien.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar dan Supt. Hamdan bin Edwin @ Kamaruddin, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Kedah.
Lawatan seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan pucuk pimpinan Polis Kedah dalam memastikan aspek kebajikan anggota serta kemudahan fasiliti sentiasa diberi perhatian demi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
10/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA POLIS KEDAH
ALOR SETAR, 10 Jun 2026 โ Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. En. Abd Hafiz bin A. Bakar, Pegawai Eksekutif Global Exhibition & Conference Sdn. Bhd., petang ini.
Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah ACP Mohd Redzuan bin Salleh, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Kedah; ACP Ramlan bin Hj. Samiun, Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kedah; serta Supt. Abdell Nasser bin S. Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah.
Kunjungan hormat ini diadakan sebagai salah satu persiapan awal bagi penganjuran pameran dan persidangan aeroangkasa serta maritim antarabangsa, Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2027.
Sesi kunjungan hormat berkenaan diakhiri dengan menandatangani buku pelawat serta sesi bergambar kenang-kenangan sebagai simbolik hubungan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak.
10/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT KONSULAT JEPUN
ALOR SETAR, 10 Jun 2026 โ Ketua Polis Kedah, YDH CP Adzli bin Abu Shah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Minamino Shizuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara Polis Kedah dan pihak Konsulat Jepun, di samping bertukar pandangan mengenai aspek keselamatan serta kebajikan rakyat Jepun yang berada di wilayah utara Malaysia.
Turut hadir Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kedah, SAC A.A. Anbalagan, Supt. Syamsul Anuar bin Saad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah dan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Mohd Radzi bin Abd Halim.
Dalam sesi kunjungan hormat ini, delegasi Konsulat Jepun turut menyampaikan Surat Penghargaan daripada National Police Agency kepada Insp. Sharifah Nurlin Atiqah Wan Idrus, Pegawai Penyiasat IPD Kubang Pasu, atas kejayaan beliau membantu dalam penahanan seorang suspek warganegara Jepun yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Jepun.
Penyampaian penghargaan tersebut mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap profesionalisme dan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan bagi membanteras jenayah serta memastikan keselamatan awam.
09/06/2026
SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..
Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran.
----------//--------------
Daripada Ibnu Umar RA ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai jiran yang akan bergantung (menuntut hak) kepada jirannya pada hari kiamat seraya berkata: โWahai Tuhanku, orang ini telah menutup pintunya untukku, dia tidak mahu memberi miliknya kepadakuโ (HR Hannad dalam kitab Az-Zuhd No 2/58) Status: Hadis Hasan dalam Silsilah Ahadits Ash-Sahihah No:2616.
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga.
2. Dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, kita ada jiran yang terdiri daripada kerabat, ada jiran sesama Islam dan ada jiran bukan Islam. Setiap mereka ada hak yang menjadi tanggungjawab kepada kita untuk ditunaikan. Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah sikap prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Menunaikan tanggungjawab antaranya memberi menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Tidak lupa juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.
3. Berbuat baik kepada jiran dengan menunaikan hak mereka merupakan sebahagian dari tanggungjawab iman kita. Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ู
ููู ููุงูู ููุคูู
ููู ุจูุงูููู ููุงููููููู
ู ุงููุขุฎูุฑู ููููููุญูุณููู ุฅูููู ุฌูุงุฑููู
โBarangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.โ (HR Muslim No: 77)
4. Jangan sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi tertahan kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita.
5. Hadis ini merupakan peringatan yang sangat kuat tentang tanggungjawab terhadap jiran. Rasulullah menggambarkan bahawa pada Hari Kiamat nanti terdapat jiran yang mengadu kepada Allah kerana jirannya hidup dalam keadaan mementingkan diri dan tidak mahu berkongsi kebaikan walaupun mampu.
6. Oleh itu, seorang Muslim hendaklah sentiasa memelihara hubungan kejiranan dengan menunjukkan sikap prihatin, membantu ketika diperlukan, menjaga adab dan mengelakkan sebarang bentuk gangguan. Kejiranan yang baik bukan sahaja mengeratkan hubungan masyarakat, bahkan menjadi sebab memperoleh keredaan Allah SWT dan keselamatan pada Hari Akhirat.
(JIPS)Kedah
24 hb Zulhijjah1447H
10 hb Jun 2026M
08/06/2026
SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..
Miliki Sifat Zuhud
-------------&&-------
Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Saโad al-Saโidi r.a berkata, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata: โWahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu amalan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.โ Rasulullah SAW bersabda: โBersikap zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan bersikap zuhudlah engkau terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka akan mencintaimu.โ (HR Ibn Majah no. 4102) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Suatu sifat penting yang wajib ada pada diri setiap mukmin ialah sifat zuhud.
2. Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.
3. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. Bukan bererti membenci sehingga s**a agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.
4. Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn โAuf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.
5. Menurut Imam Ahmad ibn Hanbal, zuhud ialah: Tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama hati, walaupun dunia berada di tangan.
6. Hadis ini menghimpunkan satu formula kehidupan yang sangat ringkas tetapi mendalam. Rasulullah mengajar bahawa sesiapa yang ingin memperoleh cinta Allah hendaklah bersikap zuhud terhadap dunia, dan sesiapa yang ingin memperoleh cinta manusia hendaklah tidak tamak terhadap apa yang dimiliki oleh mereka.
7. Zuhud yang sebenar bukan meninggalkan dunia, tetapi menjadikan dunia berada di tangan dan bukan di dalam hati. Apabila hati dipenuhi kecintaan kepada Allah dan keyakinan kepada rezeki-Nya, seseorang akan memperoleh ketenangan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah serta manusia.
(JIPS)Kedah
23 hb Zulhijjah1447H
09 hb Jun 2026M
08/06/2026
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN POLIS KEDAH
ALOR SETAR, 8 Jun 2026 โ Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah, hari ini telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat bagi dua pegawai kanan Kontinjen Kedah yang dinaikkan pangkat daripada Asisten Superintendan Polis (ASP) ke Deputi Superintendan Polis (DSP).
Majlis tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Polis Daerah.
Polis Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan mendoakan agar mereka terus cemerlang dalam menunaikan amanah serta tanggungjawab kepada pas**an dan masyarakat.
Sumber Gambar : D6, JSJ IPK Kedah
07/06/2026
SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..
Doa Iftitah Pembuka Pintu Langit
-----------ยฃยฃยฃยฃยฃยฃ-------+++++
Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: "Ketika kami solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki daripada kalangan Jemaah mengucapkan: 'Allahuakbar kabira walhamdu lillahi katsira wasubhanalla hibukratawwa ashiila' (Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik pada waktu pagi mahupun petang). Selesai solat, Rasulullah SAW bertanya, 'Siapakah yang mengucapkan kalimat tadi?' Seorang sahabat menjawab, 'Saya, wahai Rasulullah.' Baginda lalu bersabda: 'Sungguh aku sangat kagum dengan kalimat zikir tadi sebab pintu-pintu langit dibuka kerana kalimat itu' Kata Ibnu Umar: 'Sejak aku mendengar Rasulullah SAW mengucapkan demikian, aku tidak pernah meninggalkan bacaan itu.' (HR Muslim No 601) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Doa iftitah adalah pembuka dalam solat yang mengandungi pujian dan tasbih kepada Allah. Ia adalah ungkapan keagungan dan ketundukan kepada-Nya sebelum kita memasuki bacaan surah dalam solat. Rasulullah SAW sendiri mengagumi lafaz zikir doa ini kerana ia menyebabkan pintu langit terbuka.
2. Menurut Ibn Hajar al-โAsqalani, kenyataan tentang โterbukanya pintu-pintu langitโ menunjukkan Zikir itu diterima serta-merta di sisi Allah.
3. Imam Muslim menghimpunkan hadis ini dalam kumpulan lafaz-lafaz zikir yang boleh dibaca pada permulaan solat, selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca Surah Al-Fatihah.
4. Jadilah seperti Abdullah bin Umar yang berazam tidak akan meninggalkan doa iftitah tersebut ketika solat dan semoga ia menjadi pembuka pintu Rahmat Allah buat kita.
5. Amalkan bacaan doa iftitah setiap kali kita solat dan sebelum membaca surah al fatihah. Terdapat beberapa lafaz zikir antaranya dengan bacaan ini yang mengandungi kalimah Takbir membesarkan Allah, Tahmid memuji Allah dan Tasbih mensucikan Allah.
ุงูููููู ุฃูููุจูุฑู ููุจููุฑูุงุ ููุงููุญูู
ูุฏู ููููููู ููุซููุฑูุงุ ููุณูุจูุญูุงูู ุงูููููู ุจูููุฑูุฉู ููุฃูุตููููุง
6. Zikir seperti ini menghidupkan hati, menguatkan hubungan dengan Allah dan menanam rasa kebesaran Allah dalam jiwa.
(JIPS)Kedah
22 hb Zulhijjah1447H
08 hb Jun 2026M
07/06/2026
KETUA POLIS KEDAH ZIARAH DAN SANTUNI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MAUT
ALOR SETAR, 7 Jun 2026 โ Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah bersama YBhg. Datin Hasnah binti Sagap, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kedah telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah bagi menziarahi dan menyantuni keluarga Allahyarham L/Kpl Ahmad Shafiq Ahmad Shukri yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Pinang Tunggal, Tikam Batu.
Tragedi tersebut turut mengorbankan lima lagi ahli keluarga Allahyarham manakala seorang lagi cedera parah. Turut hadir di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah ialah ACP Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda; Supt. Abdell Nasser bin S Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kedah; DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan; serta Insp. Mohd Muzamir bin Ghazali, Ketua Polis Balai Nibong Tebal.
Dalam suasana penuh hiba, Ketua Polis Kedah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan seluruh mangsa yang terkorban serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.