AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena

AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena

Share

Daerah Kota Setar & Pokok Sena. Pusat aduan, maklumat dan perkhidmatan sokongan berkaitan dadah. Menawarkan peluang rawatan pemulihan dadah.

Photos from AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena's post 14/06/2026

🚨 SKUAD ANTIDADAH BERSAMA BELIA: 1 JENAYAH, 1 HUKUMAN 2.0 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA! 🚨

Alhamdulillah, selesai sudah Program 1 Jenayah 1 Hukuman 2.0 yang berlangsung di Dewan Raflesia, KOMBES Negeri Kedah kelmarin.

Pihak AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena ingin mengucapkan Syabas & Tahniah kepada Pengerusi SKUAD Antidadah Daerah KSPS & Barisan AJK/ Urusetia atas penganjuran program ini & kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anak muda & warga komuniti yang hadir memeriahkan program ini! Semangat dan komitmen hangpa semua sememangnya terbaik!

Kehadiran belia hari ini membuktikan sokongan padu terhadap usaha Skuad Antidadah dalam melahirkan generasi muda yang cakna undang-undang dan bebas daripada ancaman dadah.

Semoga segala perkongsian realiti dan input kesedaran yang disampaikan oleh barisan panel penceramah hebat kita, En. Haffizie Yahya dan Sarjan Zureen Aizad dapat dijadikan panduan serta benteng diri buat semua peserta.

Syabas belia Kota Setar & Pokok Sena! Korang memang sempoi! Jumpa lagi di program akan datang! 🤝

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
Skuad Antidadah Kota Setar & Pokok Sena





Photos from Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia's post 13/06/2026
13/06/2026
13/06/2026

Program 1 Jenayah 1 Hukuman 2.0

Photos from AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena's post 11/06/2026

🚨 1 JENAYAH, 1 HUKUMAN 2.0 KINI KEMBALI! 🚨

Hangpa warga Negeri Kedah terutamanya dari Daerah Kota Setar & Pokok Sena tak tau nak pi mana Sabtu ni?

Jom pakat mai penuhi masa lapang hangpa dengan ilmu yang bermanfaat!

Skuad Antidadah Daerah Kota Setar & Pokok Sena ingin menjemput seluruh komuniti terutamanya para belia untuk hadir ke program ni.

Banyak perkongsian realiti dan input kesedaran undang-undang dan bahaya jenayah yang bakal dikupas oleh panel penceramah hebat kita!

Butiran Program:
📅 Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
📍 Tempat: Dewan Raflesia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah

Barisan Penceramah Hebat:
👉 En. Haffizie Yahya (Penolong Pengarah PUSPEN Serdang Kedah)
👉 Sarjan Zureen Aizad (Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kota Setar)

Anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar dengan kerjasama erat AADK & Skuad Antidadah Kota Setar & Pokok Sena.

Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa hangpa di sana!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.






Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Jalan Kg Baru
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00