15/06/2026
KEDA Dalam Paparan Media.
Durian Hub lonjak Pedu sebagai pusat pengeluar durian.
Sumber berita: Akhbar Kosmo di kosmo.com.my
Pautan berita: https://www.kosmo.com.my/2026/06/15/durian-hub-lonjak-pedu-sebagai-pusat-pengeluar-durian/
Durian Hub lonjak Pedu sebagai pusat pengeluar durian
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mewujudkan pusat pengumpulan hasil durian atau Durian Hub di lapan lokasi di Pedu, dekat sini menerusi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) Pedu.
15/06/2026
KEDA Dalam Paparan Media.
Durian Hub Pedu kumpul varieti raja buah.
Sumber berita: Akhbar Utusan Malaysia di utusan.com.my
Pautan berita: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/06/durian-hub-pedu-kumpul-varieti-raja-buah/
Durian Hub Pedu kumpul varieti raja buah
Lapan lokasi di Pedu, di sini dijadikan pusat pengumpulan hasil durian atau Durian Hub oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
15/06/2026
KEDA Dalam Paparan Media.
Hab Durian Prospek Pedu: Tingkat Pendapatan Peserta
Sumber berita: Berita Wilayah RTM di youtube.com/c/BeritaRTMBES
Pautan berita: https://youtu.be/eqZkgRs2xbk?si=PBTsf5YEzeSvNSvD
15 JUN 2026 - BERITA WILAYAH - HAB DURIAN PROSPEK PEDU: TINGKAT PENDAPATAN PESERTA
Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial r...
15/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berikut dilampirkan Iklan Sebut Harga Bekalan/ Perkhidmatan untuk makluman dan hebahan semua:
i) KEDA(S)400-5/6/143
Membekal Dan Menghantar Peralatan Bantuan Ekonomi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Tahun 2026 Mukim Pedu Bagi Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
https://www.keda.gov.my/wp-content/uploads/2026/06/IKLAN-SH-6-143.pdf
ii) KEDA(S)400-5/6/144
Membekal Dan Menghantar Peralatan Bantuan Ekopelancongan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Tahun 2026 Mukim Pedu Bagi Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
https://www.keda.gov.my/wp-content/uploads/2026/06/IKLAN-SH-6-144.pdf
iii) KEDA(S)400-5/6/151
Membekal Dan Menghantar Perisian Microsoft Office Untuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
https://www.keda.gov.my/wp-content/uploads/2026/06/IKLAN-SH-6-151.pdf
Sekian, terima kasih.
15/06/2026
DURIAN FEST @ PROSPEK PEDU 4.0 ANGKAT DURIAN PEDU KE PERSADA LEBIH TINGGI
PEDU – Penganjuran Durian Fest @ PROSPEK Pedu 4.0 menjadi platform strategik dalam mempromosikan keunikan dan kualiti Durian Pedu kepada masyarakat sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara produk agro bernilai tinggi di negeri Kedah.
Festival yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) itu bukan sahaja menghimpunkan pencinta durian dari pelbagai kawasan, malah membuka ruang kepada orang ramai untuk mengenali sendiri keistimewaan durian yang diusahakan oleh peserta Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Pedu.
Durian Pedu semakin mendapat perhatian kerana memiliki rasa yang tersendiri, tekstur isi yang lemak serta berkualiti tinggi hasil daripada amalan pertanian yang baik oleh para pengusaha tempatan.
Melalui festival ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai varieti durian yang ditawarkan selain mendapatkan maklumat secara terus daripada pengusaha mengenai kaedah penanaman dan penjagaan kebun.
Pengerusi KEDA, YBhg. Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, berkata Durian Fest merupakan medium terbaik untuk memperkenalkan jenama Durian Pedu kepada pasaran yang lebih luas serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti hasil tempatan.
Menurut beliau, promosi yang berterusan amat penting bagi mewujudkan identiti tersendiri kepada Durian Pedu agar ia mampu berdiri sebaris dengan jenama durian terkenal lain di negara ini.
"Pedu mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai destinasi agro pelancongan berasaskan durian. Melalui festival seperti ini, kita dapat menarik lebih ramai pengunjung, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan pengusaha dan merancakkan ekonomi komuniti setempat," katanya.
Penganjuran Durian Fest @ PROSPEK Pedu 4.0 membuktikan kesungguhan KEDA dalam mengangkat Durian Pedu sebagai ikon baharu agro pelancongan Kedah, di samping memperluaskan peluang pasaran dan meningkatkan daya saing produk luar bandar di peringkat yang lebih tinggi.
14/06/2026
SIDANG MEJA BULAT KOPERASI DESA KEDA ZON 3 PERKASA JARINGAN DAN KELESTARIAN KOPERASI
PENDANG – Usaha memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar terus diperkasa apabila Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menganjurkan Sesi Turun Padang Sidang Meja Bulat Koperasi Desa KEDA Tahun 2026 Zon 3 (Pendang/Pokok Sena) di Dewan Lestari Asam Jawa, Pendang, baru-baru ini.
Program yang menghimpunkan wakil-wakil koperasi Desa KEDA di daerah Pendang dan Pokok Sena itu menjadi platform bagi membincangkan isu, cabaran serta hala tuju koperasi agar terus relevan dan berdaya saing dalam menjana ekonomi komuniti setempat.
Sesi dimulakan dengan taklimat daripada Jabatan Penerangan Daerah Pendang yang disampaikan oleh Puan Syamimi Aaizag binti Ibrahim, yang berkongsi maklumat berkaitan peranan agensi dalam menyampaikan dasar serta maklumat kerajaan kepada masyarakat.
Seterusnya, peserta diberi pendedahan mengenai perkembangan dan inisiatif KEDA menerusi slot Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang disampaikan oleh Encik Muhammad Nasir bin Abdullah.
Turut berlangsung ialah slot Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syahid, yang memberi penerangan mengenai aspek tadbir urus, pematuhan perundangan serta peluang yang boleh dimanfaatkan oleh koperasi untuk meningkatkan prestasi dan daya tahan organisasi.
Kemuncak program diteruskan dengan sesi Sidang Meja Bulat Koperasi yang memberi ruang kepada peserta mengemukakan pandangan, berkongsi pengalaman serta mencadangkan penambahbaikan terhadap pengurusan dan operasi koperasi Desa KEDA.
Melalui penganjuran program seumpama ini, KEDA berharap hubungan kerjasama strategik antara agensi berkaitan dan koperasi Desa KEDA dapat terus diperkukuh demi memastikan koperasi berupaya menjadi pemacu pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar secara mampan dan inklusif.
14/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Hari Derma Darah Sedunia.
Hari Derma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun setiap tahun bagi menghargai penderma darah sukarela yang membantu menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia. Sambutan ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bekalan darah yang selamat, mencukupi dan berterusan, untuk kegunaan pesakit yang memerlukan.
Penderma darah, anda adalah wira!
Setinggi-tinggi penghargaan buat anda.
14/06/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah,
Engkau bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, keberkatan, nikmat, kekuatan, kesihatan, keselamatan dan pintu syurgamu ya Allah.
Engkau permudahkanlah urusan kami pada hari ini.
Amiinn...
12/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
JUMAAT: Sayyidul Ayyam
Ajarilah anakmu dan keluargamu Solat
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud;
"Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa."
- Surah Taha, ayat 132