10/06/2026
SELAMAT MAJU JAYA DAN TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT
Warga Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noor Shaadah Binti Ahmad atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bermula 15 Mei 2019 hingga 9 Jun 2026.
Sepanjang berkhidmat, beliau telah memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan negeri, khususnya menerusi penglibatan dalam Unit Belanjawan, MARRIS serta penyediaan Bajet Kerajaan Negeri. Dengan pengalaman, kepakaran dan kepimpinan yang dimiliki, beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam memperkukuhkan pengurusan kewangan negeri.
Sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, jasa dan bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pejabat.
Tahniah juga diucapkan atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kebolehan, pengalaman serta kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan awam. Diyakini bahawa dengan kewibawaan dan dedikasi yang dimiliki, beliau akan terus melakar kejayaan serta membawa kecemerlangan dalam menerajui pentadbiran daerah.
Semoga Puan Noor Shaadah terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta mencapai lebih banyak kejayaan dalam amanah baharu yang dipikul.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat maju jaya dan terus cemerlang dalam perkhidmatan.
31/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Sembah Takzim Daripada :
Pegawai Kewangan Negeri dan Seluruh Kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman
30/05/2026
Warga kerja PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN mengucapkan
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ช๐ฒ๐๐ฎ๐ธ
Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.
Marilah kita bersama-sama memupuk nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian negeri dan negara.
Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.
26/05/2026
Warga kerja PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN mengucapkan
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi semangat ukhuwah serta kebersamaan dalam kalangan kita semua.
Hayatilah makna pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam setiap amal dan kehidupan seharian.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ
โPengorbanan Mengajar Erti Keikhlasanโ
19/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ 1 ๐๐๐๐๐ 2026
Tarikh : 19 Mei 2026 | Selasa
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, PKPK, Aras 3, Blok E, W.D.A..
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Aras 3, Blok E, Wisma Darul Aman. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor, Menteri Besar Negeri Kedah.
YB Dato' Dr. Nadzman bin Mustaffa selaku Pegawai Kewangan Negeri, YBhg. Dato' Haji Mohd. Fauzi bin Mustaffa (Timbalan SUK Pembangunan) dan Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah.
YB Dr. Haim Hilman bin Abdullah dan YB Dato' Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria mewakili Exco turut menyertai Mesyuarat ini.
Semoga dengan berakhirnya mesyuarat ini, Kerajaan Negeri Kedah dapat memberi lebih banyak manfaat kepada semua pihak.
14/05/2026
SEMBAH MENGADAP KEHADAPAN KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH OLEH PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH
14 Mei 2026
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, telah perkenan menerima mengadap Yang Berhormat Datoโ Dr. Nadzman bin Mustaffa, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Sembah mengadap ini adalah yang pertama setelah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah pada 22 Mac 2026 yang lalu.
12/05/2026
๐ฟ๐ด๐๐น๐๐ผ๐ฟ๐ฐ๐ฐ๐ฝ ๐ฑ๐ด๐๐๐ฐ๐ผ๐ฐ ๐๐ฑ ๐ณ๐ฐ๐๐พ' ๐ณ๐. ๐ฝ๐ฐ๐ณ๐๐ผ๐ฐ๐ฝ ๐ฑ๐ธ๐ฝ ๐ผ๐๐๐๐ฐ๐ต๐ต๐ฐ ๐ฟ๐ด๐ถ๐ฐ๐๐ฐ๐ธ ๐บ๐ด๐๐ฐ๐ฝ๐ถ๐ฐ๐ฝ ๐ฝ๐ด๐ถ๐ด๐๐ธ
Perjumpaan bersama YB. Datoโ Dr. Pegawai Kewangan Negeri yang turut menyampaikan amanat kerja kepada seluruh warga pejabat sebagai panduan serta suntikan semangat dalam melaksanakan tugasan dengan penuh integriti, komitmen dan profesionalisme.
Turut diadakan penyampaian hadiah penghargaan kepada Puan Nadziatul Shazwani Binti Nor Aman sempena perpindahan beliau ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Seluruh warga PKPK mendoakan agar beliau terus cemerlang dan maju jaya di tempat baharu.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang ๐๐๐ข๐ ๐ก๐ญ ๐๐จ๐ฌ๐ฌ ๐๐ก๐๐ฅ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ PKPK sebagai galakan kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pejabat.
Seterusnya, telah berlangsung ๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ฐ๐ข ๐๐๐ก๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐-๐ Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman. Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa baharu yang telah dilantik. Semoga kelab terus aktif dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta menjaga kebajikan warga pejabat.
Semoga segala usaha dan aktiviti yang dijalankan terus memberi manfaat dan mempereratkan semangat kekitaan dalam kalangan warga PKPK Kedah.
12/05/2026
โจ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ โจ
Seluruh warga ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐๐๐ก๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ก ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada pegawai yang baru berpindah ke jabatan ini, Encik Muhammad Alif bin Ismail Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan); Encik Muhammad Naโim bin Zainol;
Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Belanjawan) dan Encik Nor Azry Syamil bin Noor Ahmad Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Unit Hasil).
Semoga kehadiran tuan-tuan akan membawa semangat baharu, idea yang bernas serta memperkukuhkan lagi kecemerlangan pengurusan kewangan negeri.
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus maju jaya bersama warga PKPK