Polis Kota Setar

Polis Kota Setar

Share

Laman ini merupakan Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar. Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada Bilik Gerakan (DCC) - 04-7326999.

15/06/2026

๐Ÿ’” โ€œDIA KATA SAYANGโ€ฆ RUPANYA IA ADALAH PERANGKAPโ€
Mula dari kenalan biasa di laman sosialโ€ฆ Setiap hari mesej tak putus asaโ€ฆAmbil berat, manis kata, janji masa depanโ€ฆsemuanya MANIS ๐Ÿ’ฌ
๐Ÿ‘‰ Lama-lamaโ€ฆ mangsa mula percaya. Itu lah Perangkap Cinta Alam Maya..
Ingat!! Bukan semua โ€œI love youโ€ itu Ikhlas.

โ€œCintaโ€ tiba-tiba bertukar jadi alasan:
๐Ÿ’ธ Kemalangan, โœˆ๏ธ Tiket penerbangan,๐Ÿ“ฆ Parcel sangkut, ๐Ÿ“‰ Bisnes bermasalah
๐Ÿ‘‰ Ujungnya: BILA DAH โ€˜CINTAโ€™ DAN PERCAYA, DUIT MULA DIMINTA.

Dan bila dah hantarโ€ฆโŒ Scammer hilang tanpa jejak. Menyesal pun dah tidak berguna.

๐Ÿ” Lindungi diri: Sentiasa amalkan Konsep 3S:
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

๐Ÿ’” โ€œJangan biar cinta palsu musnahkan hidup anda.โ€ ๐Ÿ’”

Sources: JSJK Selangor


Photos from Polis Kota Setar's post 14/06/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐“๐€๐ƒ๐ˆ๐Š๐€ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐ˆ๐๐“๐€๐‘ ๐Š๐„ ๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘

Kota Setar, 14 Jun 2026 โ€“ Seramai 26 orang murid berusia antara 4 hingga 6 tahun bersama 6 orang guru pengiring dari Tadika Asas Pintar, Taman Pandan, Alor Setar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai peranan dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memperkenalkan kerjaya kepolisan kepada generasi muda.

Sepanjang lawatan, murid-murid telah diberi taklimat dan berpeluang melihat beberapa fasiliti serta aset kepolisan. Program turut diserikan dengan sesi taklimat pencegahan buli yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar bagi meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan menghormati dan menjaga hubungan sesama rakan.

Selain itu, para murid turut berpeluang menaiki kenderaan pasukan dan berinteraksi dengan warga polis dalam suasana mesra serta penuh ceria.

Ketua Polis Daerah Kota Setar YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali dan YDH Supt Hilmi bin Ahmad Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, turut hadir menyantuni rombongan tersebut.

Program seumpama ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara PDRM dan masyarakat serta menyemai minat dan keyakinan kanak-kanak terhadap pasukan polis sejak usia muda.

Photos from Polis Kota Setar's post 14/06/2026

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐ˆ๐€๐’๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐Ž๐‹๐Ž๐๐† ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐ˆ๐€๐’๐€๐“

Kota Setar, 14 Jun 2026 โ€“ Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Penyiasat Kanan (SIO), Pegawai Penyiasat (IO) dan Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Perjumpaan tersebut bertujuan memperkukuhkan penyampaian arahan pengurusan, meningkatkan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme dalam kalangan pegawai penyiasat serta memastikan penyiasatan kes dijalankan secara berkesan dan berkualiti.

Turut dibincangkan ialah aspek pengendalian laporan polis, penyelarasan tugasan siasatan serta keperluan memastikan kerjasama yang baik antara semua bahagian bagi menjamin kelancaran proses siasatan.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan IPD Kota Setar dalam memperkasakan kecekapan penyiasatan, memperkukuh integriti dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

13/06/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐๐† (๐Ž๐‡)

Jika mana mana pihak mempunyai pengetahuan tentang keberadaan atau terkesan penama berikut, minta kerjasama untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kota Setar, Sjn Syahidah di talian 0139630772 atau:-
Hotline IPD Kota Setar: 047747222
Hotline IPK Kedah: 047741222


Photos from Polis Kota Setar's post 11/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Ž๐’๐‚๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐’๐„๐ ๐‡๐ˆ๐†๐‡ ๐๐‘๐Ž๐…๐ˆ๐‹๐„ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐ˆ๐๐† ๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐€๐ ๐๐”๐‘ ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐’๐„๐๐€

Pokok Sena, 11 Jun 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar melalui Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) telah melaksanakan Program OSCAR bersama qariah Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.

Program ini diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri Bin Syed Ali bersama Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis IPD Kota Setar, Ahli Jawatankuasa Masjid serta penduduk setempat.

Dalam sesi perkongsian, YDH Ketua Polis Daerah Kota Setar telah menyampaikan penerangan mengenai situasi semasa jenayah di Daerah Kota Setar meliputi jenayah harta benda, jenayah kekerasan dan keselamatan trafik. Beliau turut menekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak serta usaha pencegahan bagi mengelakkan penglibatan dalam gejala sosial yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah.

Turut diadakan ialah taklimat berkaitan jenayah komersil yang disampaikan oleh ASP Mohd Zahrin Bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kota Setar. Taklimat tersebut memberi fokus kepada modus operandi sindiket penipuan (scammer) seperti penipuan e-dagang, pelaburan tidak wujud dan penyamaran agensi penguatkuasaan. Orang ramai juga diberi pendedahan mengenai penggunaan aplikasi Whoscall serta talian 997 National Scam Response Center (NSRC) sebagai langkah tindakan segera sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Inisiatif seumpama ini dilihat mampu mengukuhkan hubungan strategik antara PDRM dan masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran awam mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah demi mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.

Photos from Polis Kota Setar's post 10/06/2026

๐Š๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ (๐Š๐๐ˆ) ๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘

Kota Setar, 10 Jun 2026 โ€“ IPD Kota Setar telah menganjurkan Program LDP โ€“ Kuliah Peningkatan Integriti (KPI) bertempat di Surau Aisyah, IPD Kota Setar. Program ini merupakan anjuran Cawangan Agama BIPS IPD Kota Setar dengan kerjasama JIPS IPK Kedah.

Program ini dihadiri oleh YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH Supt. Hilmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, pegawai kanan, pegawai rendah serta pegawai awam. Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti Kuliah Peningkatan Integriti yang disampaikan oleh YBhg. Sohibul Fadilah Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin, Timbalan M***i Negeri Kedah, dan diteruskan dengan solat Isyak berjemaah serta bacaan Yasin dan doa selamat.

Pelaksanaan program ini bertujuan memperkukuhkan integriti dan sahsiah warga PDRM, meningkatkan kefahaman agama serta memupuk amalan solat berjemaah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga IPD Kota Setar.

Photos from Polis Kota Setar's post 10/06/2026

๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐“.๐‰ ๐“๐„๐Ž๐‡ ๐ƒ๐„๐•๐„๐‹๐Ž๐๐Œ๐„๐๐“ ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ

KOTA SETAR, 10 Jun 2026 โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini menerima kunjung hormat daripada pihak T.J Teoh Development Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Pengarahnya, Datoโ€™ Derren Teoh Teik Jin.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali bersama YDH Supt Hilmi bin Ahmad Timbalan Ketua Polis Daerah serta Ketua-Ketua Bahagian IPD Kota Setar di Bilik Media, IPD Kota Setar.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu bertujuan memberi penerangan berhubung projek The Paradise Memorial Park di Jalan Tun Razak yang dijangka mula beroperasi pada Julai 2026.

Selain itu, sesi tersebut turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, memahami fungsi serta peranan organisasi masing-masing, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama dalam aspek keselamatan, pengurusan operasi dan pembangunan komuniti.

IPD Kota Setar mengalu-alukan jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak bagi memperkukuhkan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat.

08/06/2026

๐Ÿšจ ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ! ๐‘บ๐‘ช๐‘จ๐‘ด ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฑ๐‘จ ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐‘ถ๐‘ต๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฌ ๐Ÿšจ

Tawaran kerja sambilan yang menjanjikan komisen tinggi dan keuntungan mudah mungkin sebenarnya satu taktik penipuan. Modus operandi ini sering memperdaya mangsa dengan tugasan mudah seperti Like, Share, Follow atau Rating Produk sebelum meminta mangsa membuat pembayaran bagi mendapatkan komisen yang lebih tinggi.

โš ๏ธ Ciri-ciri Scam Kerja Sambilan:
โŒ Janji komisen tinggi dan cepat
โŒ Tugasan mudah seperti Like, Share dan Rating
โŒ Minta bayaran untuk naik taraf akaun atau membuka tugasan baharu
โŒ Akaun media sosial atau nombor telefon sering bertukar
โŒ Mangsa disekat selepas membuat pembayaran

๐Ÿ›ก๏ธ Langkah Pencegahan:
โœ”๏ธ Jangan klik pautan yang tidak dikenali
โœ”๏ธ Jangan buat sebarang bayaran untuk mendapatkan kerja
โœ”๏ธ Semak dan sahkan maklumat syarikat terlebih dahulu
โœ”๏ธ Laporkan segera jika mengesyaki berlaku penipuan

๐Ÿ“ž Sekiranya anda menjadi mangsa scam, hubungi NSRC 997 dengan segera atau salurkan maklumat kepada JSJK Selangor di talian 03-55146714.

๐Ÿšจ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต โ€œ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘จ๐’€๐‘จโ€ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ด๐‘จ๐’€๐‘จ! ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ, ๐‘บ๐‘จ๐‘ฏ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ช๐‘จ๐’€๐‘จ. ๐Ÿšจ























๐Ÿ“ Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor
๐Ÿ“ž 03-55146714 | NSRC 997
โ€œBersama Kita Bantu Cegah Jenayah Scamโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿš”

Photos from Polis Kota Setar's post 07/06/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘ ๐Š๐„ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐€๐‡๐ˆ๐˜๐€๐‡

Kota Setar, 7 Jun 2026 โ€“ Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali bersama Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta Ahli MCPF Kota Setar telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada hari ini.

Lawatan tersebut bertujuan menziarahi dan menyampaikan sokongan moral kepada dua warga IPD Kota Setar yang sedang menerima rawatan, iaitu ASP Mohammad Khalil bin Khalid, Ketua Cawangan MPV BPJKK IPD Kota Setar yang menghidap kanser hidung, serta Sjn Syahriman bin Zakariya, Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Setar yang mengalami patah tulang rusuk akibat kemalangan jalan raya.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan PDRM dalam menjaga kebajikan warga pasukan serta memberi semangat kepada anggota yang sedang menghadapi ujian kesihatan.

Seluruh warga IPD Kota Setar mendoakan agar kedua-dua pesakit berkenaan dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan untuk kembali bertugas seperti sediakala.

Photos from Polis Kota Setar's post 07/06/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ โ€“ ๐’๐„๐๐€๐Œ๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐๐˜๐€๐๐˜๐ˆ๐€๐ ๐‹๐€๐†๐” ๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐Š๐” ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘ ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐„๐“๐€๐‘

Kota Setar, 7 Jun 2026 - IPD Kota Setar telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat yang melibatkan aktiviti senamrobik serta pelaksanaan amalan nyanyian Lagu Negaraku dan pembacaan Ikrar Rukun Negara di Perkarangan IPD Kota Setar.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri Bin Syed Ali, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH Supt Hilmi Bin Ahmad, barisan Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan Sang Saka Biru, diikuti lafaz Ikrar Rukun Negara serta sesi senamrobik. Program kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat.

Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping menyemarakkan semangat patriotisme, taat setia dan cintakan negara. Selain itu, ia turut membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan mental warga IPD Kota Setar serta memupuk kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan dalam kalangan warga pasukan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Kolam Air
Alor Setar
05000