08/06/2026
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah
Menyampaikan info pemakanan dan gaya hidup sihat serta mengupas isu-isu pemakanan terkini
08/06/2026
Jom saksikan Webinar Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil.
E-sijil disediakan untuk penonton yang menghadiri webinar secara langsung (LIVE).
LIKE, FOLLOW, SHARE!
04/06/2026
πΆπ»π₯WEBINAR PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECILπ₯£π
Pemakanan Optimum, Tumbesaran Maksimum!
π
Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
β° Masa: 3.00 Petang
π Platform: FB Live Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah
π Topik Menarik:
β
Mengukur Tumbesaran Si Manja!
β
Nutrisi Untuk Si Cilik!
π E-sijil disediakan bagi penonton yang mengikuti webinar secara langsung (LIVE).
Jangan lepaskan peluang untuk sertai!
LIKE, FOLLOW, SHARE!
26/05/2026
Ramai yang tengah memikir, merancang dan mencari idea menu daging untuk esok ka? Atau tengah buat group discussion dengan family member untuk menu esok?π«’π«’
Seperti yang admin janjikan, admin kongsikan 10 idea menu berasaskan daging yang lebih sihat dan menambat selera.
Sambil-sambil tu guna TIP ini ya:
π‘ Guna rempah ratus asli, kurangkan minyak dan garam β lebihkan perasa semula jadi, tetap sedap, tetap berkhasiat!
π Jom cuba resipi sihat ini untuk Raya Aidiladha tahun ini.
π₯ Tag rakan masak anda dan bersama!
26/05/2026
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, admin ingin mengucapkan :
ππ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ππ
βKorban itu pengorbanan, kesihatan itu amanah.β
Hari Raya Korban sinonim dengan hidangan berasaskan daging lembu seperti sup tulang, rendang, gulai dan sate. Ya, sememangnya daging lembu kaya dengan pelbagai nutrien penting.
π₯© KHASIAT DAGING LEMBU
βοΈ Sumber protein berkualiti tinggi β membantu membina dan membaiki tisu badan
βοΈ Kaya zat besi β membantu mencegah anemia dan meningkatkan tenaga
βοΈ Mengandungi vitamin B12 β penting untuk fungsi saraf dan pembentukan sel darah merah
βοΈ Sumber zink β membantu meningkatkan sistem imun badan
NAMUN AMALKAN PENGAMBILAN SECARA SEDERHANA kerana daging juga mengandungi lemak tepu dan kolestrol. Jadi ikuti saranan pengambilan daging dari kami.
π Saranan Pengambilan:
π 1 hidangan daging = saiz tapak tangan (60 gram)
π Ambil secara berpada dan seimbangkan dengan makanan lain mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia (sukusukuseparuh).
Nanti admin kongsikan resepi daging yang sihat dan menambat selera untuk follower admin yaπ
16/05/2026
Tahniah puan hamil!
Apa perkara utama ibu perlu tahu dan lakukan sepanjang kehamilan supaya ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan selamat?
Ibu, capai berat badan optimum untuk kehamilan yang sihat dan selamat.
1. Ibu perlu tahu berapa BMI sebelum disahkan hamil.
2. Capai kenaikan berat badan yang disarankan mengikut BMI sebelum kehamilan.
3. Amalkan pemakanan sihat, tingkatkan makanan tinggi nutrisi ya bukan tingkatkan kuantiti makanan.
4. Ibu perlu kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan.
5. Amalkan gaya hidup sihat.
Mulakan langkah kecil hari ini untuk masa depan yang sihat si manja.
13/05/2026
Bantut bukan sekadar pendek??
Bantut bukan sekadar pendek! ππ
Bantut merupakan masalah kekurangan zat makanan kronik, di mana kanak-kanak tidak mendapat makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti dalam suatu tempoh masa yang lama. Masalah bantut adalah masalah yang serius dimana kanak-kanak tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya untuk umur mereka.
Tahukah anda, masalah bantut boleh ganggu kehidupan anak secara menyeluruh?
π Fungsi intelektual terganggu (psikomotor, psikologi, sosial, Intelligence Qoutient (IQ) dan Emotional Qoutient (EQ))
π Sistem Imuniti lemah & mudah jatuh sakit
π Risiko penyakit tidak berjangkit meningkat
π Sukar dapat kerja formal bila dewasa
π Masalah bantut berpanjangan
π Risiko Obes
π Kurang keyakinan diri
π Kesan bantut berpanjangan seumur hidup, bukan setakat waktu kecil saja.
π§ πͺ Cegah dari awal! Pastikan anak dapat pemakanan sihat & nutrien yang mencukupi sejak awal usia.
π Dapatkan pemeriksaan kesihatan anak anda di klinik kesihatan untuk mengetahui status pertumbuhan anak bagi mencegah masalah bantut.
12/05/2026
πβ¨ Didik Anak Pilih Snek Kurang Gula! β¨π₯
Snek yang sihat membantu anak lebih cergas, fokus dan ceria sepanjang hari πͺπ
β
Pilih buah-buahan segar
β
Susu & yogurt rendah gula
β
Bijirin penuh
β
Protein sihat seperti telur & kekacang
β
Sayur-sayuran segar
β Kurangkan minuman manis, gula-gula dan makanan segera
π‘ Snek bijak, anak sihat!
Mulakan dari rumah, jadikan pilihan sihat sebagai amalan keluarga β€οΈ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Website
Address
Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri
Alor Setar
05400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 20:00 |
| Wednesday | 08:00 - 20:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |
