15/06/2026
ππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππππ ππππππππππ πππ πππππ πππππ ππππ πππππππππππ ππππππππππ ππππππππππππππ: π
πππππ ππππππππ πππ ππππ πππππππππ πππππ ππππππππ
14 Jun 2026,Alor Setar- Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pemantapan Tatacara Tuntutan Perjalanan Dan Elaun Lebih Masa Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan: Fahami Tatacara Dan Elak Kesilapan Dalam Tuntutan. Kursus ini diadakan di Dewan Keriang, Kedah Digital Library.
Kursus penting ini telah dianjurkan oleh Unit Kewangan Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang dan dihadiri oleh seramai 33 orang kakitangan yang komited dari pelbagai unit.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Fakrulradzi bin Salamat, Pengarah Pejabat KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang.
π― Tujuan Kursus
Kursus ini diadakan khusus untuk mencapai beberapa objektif utama:
β’Memperkasakan Pengetahuan: Memastikan semua kakitangan memahami dengan mendalam garis panduan terkini berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
β’Meminimumkan Kesilapan: Memberi pendedahan tentang kesilapan-kesilapan lazim dalam pengiraan serta pengisian borang tuntutan agar isu kelewatan atau penolakan (reject) dapat dielakkan.
β’Integriti & Ketelusan: Memupuk kesedaran tentang kepentingan ketelusan, akauntabiliti, dan integriti dalam setiap tuntutan kewangan yang dibuat.
π‘ Kesimpulan & Harapan
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan interaktif. Melalui sesi soal jawab yang aktif, para peserta kini lebih jelas mengenai hak serta tanggungjawab masing-masing dalam urusan tuntutan kewangan.
13/06/2026
WOMEN IN SEARCH OF EXCELLENCE (WISE) 2026
Elevate Women, Enrich Communities
Pejabat MARA Negeri Perlis dengan penuh hormat menjemput usahawan wanita yang terpilih untuk bersama-sama menyertai sebuah program berprestij yang menghimpunkan inspirasi, kepimpinan dan kecemerlangan wanita.
Program WISE 2026 akan diserikan dengan keberangkatan
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
bersama
DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis,
pada sesi malam menjadikannya satu platform eksklusif bagi memperkasa peranan wanita dalam membina komuniti dan masa depan yang lebih gemilang.
π
*Tarikh:* 16 Jun 2026 (Selasa)
β° *Masa:*
* 8.30 pagi β 1.00 petang
* π *Tema Pakaian:*Smart Casual
*
π *Tempat:* Dewan Bakawali, MESS Pegawai Kanan PDRM Negeri Perlis
π© *Penyertaan:* Wanita
πΈ Ayuh melangkah bersama dalam satu perjalanan yang menyemai keyakinan, kepimpinan dan kecemerlangan wanita β demi komuniti yang lebih berdaya maju dan berdaya saing.
*WISE 2026 β Inspirasi Wanita, Aspirasi Negara*
Boleh daftar di link di bawah:
https://forms.gle/Evgo7z7XDVS7Jkpq8
10/06/2026
ππππππππππππ πππππππππ, ππππππππππππ πππππππππ
Malaysia terus berdiri teguh sebagai sebuah negara yang berteraskan prinsip Perlembagaan, menjunjung keluhuran undang-undang serta memelihara hak dan kepentingan setiap rakyat tanpa mengira latar belakang.
Kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara perlu terus diraikan dengan semangat saling menghormati, memahami dan bertoleransi demi memperkukuh perpaduan nasional serta menjamin keharmonian yang berkekalan.
Marilah kita bersama-sama memelihara nilai kebersamaan, mempertahankan prinsip keadilan dan memperkukuh kesatuan demi masa depan Malaysia yang lebih aman, makmur dan sejahtera.
abubakar
10/06/2026
"Luas ladang sama, kenapa hasilnya belum tentu sama?"
Dalam projek perladangan, keluasan hanyalah satu daripada pelbagai faktor yang perlu diambil kira.
Keadaan muka bumi, keperluan ladang, kitaran tanaman dan kos operasi boleh berbeza antara satu projek dengan projek yang lain.
Sebab itu, setiap projek mempunyai cabaran dan keperluan tersendiri.
10/06/2026
ππππ ππππππ ππππ πππππππ ππππππ πππππππ ππππ πππππ
YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menegaskan bahawa peningkatan kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara kepada 95.9% pada 2025 adalah hasil kerjasama erat pelbagai pihak dalam memperkasa potensi bidang tersebut ke arah pembangunan modal insan dan ekonomi negara.
Pencapaian ini menterjemahkan kepercayaan majikan terhadap keupayaan graduan TVET yang dibekalkan dengan kemahiran praktikal dan teknikal bertepatan dengan keperluan semasa industri. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kekal menyokong pemerkasaan TVET sebagai laluan utama peluang kerjaya dan keusahawanan kepada anak muda luar bandar, sekali gus meningkatkan taraf hidup komuniti desa secara mampan.
Klik berita penuh: https://www.kosmo.com.my/2026/06/02/kadar-kebolehpasaran-graduan-tvet-cecah-95-9-peratus-zahid/