05/06/2026
𝐉𝐎𝐌 𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀!
📅 Tarikh: Sabtu, 11 Julai 2026
🕖 Masa: 7.00 Pagi
📍 Tempat Berkumpul: Lobi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)
Lagi syok sebab:
🎽 Jersi & Medal eksklusif disediakan untuk semua peserta! Boleh buat kenangan, boleh buat OOTD sekali.📸
Harga Tiket:
* Dewasa: RM60
* Kanak-kanak: RM45
Macam-macam ada nanti:
🎯 The Rescue Challenge – Boleh belajaq cara buat CPR yang betoi, baru la macam hero dalam drama tu!
🎯 HAB Kesihatan & Gaya Hidup
🎯 Zon Santai & Jualan
Bagi yang rasa tak larat nak lari, takpa... jangan ghiso (risau)! Kita ada 2KM Briskwalk ja. Jalan-jalan santai sambil hirup udara segar!
Nak daftar lagu mana?
Mudah ja, hampa boleh Scan QR kat poster tu, ataupun klik link pendftaran https://forms.gle/SpVEFJQsidvyiSXJ6
Hat ada benda apa nak tanya hampa terus WhatsApp Dr kita yang segak-segak ni:
📞 Dr Tan ST: 017-4383328
📞 Dr Aimi: 019-529 6236
Ayuh orang Kedah! Ajak mak ayah, anak cucu, kawan sepejabat dengan jiran sebelah rumah mai bagi ghamai. Kita lari rapat-rapat, ukhuwah pun kuat! 💪🔥
05/06/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐑𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
(Rangkuman 1/2)
05 Jun 2026 | Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian CARINA 2026 anjuran CHEST Alor Setar, yang telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, YBrs. Dr. Fauziah binti Abdul Wahab. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Dr. Arvindran A/L Alaga (Ketua Jabatan Respiratori HSB), Dr. Sritharan Rao (MMA Kedah) & Puan Zuraini Kamal (Wakil Cancer Survivors Malaysia).
CARINA 2026 telah berjaya menghimpunkan pakar respiratori tempatan dan antarabangsa disatu pentas yang sama untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman dalam perawatan penyakit barkaitan sistem pernafasan. Penganjuran CARINA 2026 mencerminkan komitmen Hospital Sultanah Bahiyah dalam membudayakan inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Turut memeriahkan lagi majlis ini ialah pelancaran Dr. Fauziah-CHEST Alor Setar Travel Grant oleh YBrs Puan Pengarah di mana ia telah dianugerahkan kepada dua pegawai perubatan iaitu Dr. Tan Xiao Wei
dan Dr. Esafirah dari Jabatan Respiratori. Ia bertujuan untuk mengembangkan bakat baru di persada antarabangsa yang berkait rapat dengan pembentangan kajian (research publication).
Diharapkan CARINA 2026 akan terus menjadi pemangkin dan memberi impak positif kepada organisasi, warga kerja dan masyarakat secara keseluruhannya.
04/06/2026
𝗕𝗔𝗦𝗜𝗖 𝗘𝗬𝗘 𝗖𝗢𝗨𝗥𝗦𝗘 𝗙𝗢𝗥 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗘𝗥𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟰 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
Pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Basic Eye Course for Medical Officers bertempat di Pusat Pendidikan Lanjutan, Hospital Sultanah Bahiyah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Kabirurahman Abdul Rashid yang turut menzahirkan penghargaan atas usaha penganjuran program dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran pegawai perubatan dalam bidang oftalmologi.
Program ini menampilkan perkongsian ilmu daripada 7 orang Pakar Oftalmologi yang membentangkan pelbagai topik berkaitan penjagaan dan pengurusan kes-kes berkaitan mata.
Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan kompetensi profesional demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah, urus setia dan peserta yang telah menjayakan program ini.
04/06/2026
𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗚𝗜 𝗛𝗦𝗕 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟰 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
Hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Pagi Hospital Sultanah Bahiyah bagi bulan Jun 2026 bertempat di Auditorium HSB.
Perhimpunan Pagi pada bulan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Jabatan Respiratori HSB sebagai urus setia penganjur. Antara pengisian utama perhimpunan kali ini termasuklah slot pembentangan oleh Ketua Jabatan Respiratori, Dr. Arvindran A/L Alaga, yang memaparkan siri pencapaian cemerlang jabatan dalam memberikan perkhidmatan kepakaran kepada pesakit di rantau ini. Turut hadir pada perhimpunan ini ialah barisan Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah.
Perhimpunan kali ini juga menjadi detik bersejarah buat seluruh warga HSB untuk meraikan Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah (Perubatan) HSB, Dr. Nor Raziah binti Sabtu yang menggalas tanggungjawab baharu sebagai Pengarah Hospital Pendang. Pihak pengurusan dan seluruh warga HSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan bakti serta kepimpinan cemerlang yang telah beliau curahkan sepanjang berkhidmat di hospital ini.
Syabas & terima kasih kepada barisan urusetia yang telah merancang & menjayakan perhimpunan pagi pada bulan ini. Semoga terus cemerlang.
01/06/2026
𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan dan semoga terus memayungi negara dengan kepimpinan yang adil dan berwibawa.
Sembah takzim daripada Pengarah serta seluruh warga kerja Hospital Sultanah Bahiyah.
Daulat Tuanku! 🇲🇾
31/05/2026
𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗴𝗲𝗺𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔?
Ketik ‘like’ jika ya.
Antara kebaikan menggunakan TANGGA:
✅ menguatkan otot-otot peha
✅ meningkatkan kesihatan jantung
✅ membakar kalori
✅ meningkatkan kekuatan tulang & pelbagai lagi.
30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.
Semoga sambutan ini membawa kesejahteraan kepada semua.
Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuh perpaduan negara.
28/05/2026
𝗕𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮? 𝗝𝗼𝗺 𝗔𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗧𝗮𝗵𝘂!
Hospital sepatutnya menjadi zon selamat untuk sembuh, namun hakikatnya, isu jangkitan silang atau Healthcare-Associated Infections (HAIs) adalah ancaman sebenar yang jarang kita bincangkan.
Sertai podcast ke-8 kami minggu ini yang membincangkan tajuk kritikal: 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗞𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹. 🏥⚠️
Kami membawakan kepakaran terus kepada anda bersama Dr. Siti Rohani binti Abdul Hadi, Pakar Mikrobiologi & Ketua Unit Kawalan Infeksi dari Hospital Sultanah Bahiyah.
Beliau akan berkongsi tentang realiti kawalan infeksi di hospital, risiko kuman rintang antibiotik (superbugs), dan langkah-langkah pencegahan yang wajib kita semua tahu. Jangan lepaskan peluang untuk tonton perkongsian eksklusif dan penuh info ini.
📅 Tarikh: 28 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 Malam
Kesedaran anda boleh menyelamatkan nyawa.
26/05/2026
𝗚𝗲𝗺𝗮 𝗧𝗮𝗸𝗯𝗶𝗿 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗴𝗮𝗵 𝗝𝗶𝘄𝗮, 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗮𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 🌙
Salam Aidiladha, 10 Zulhijjah 1447H. Hari yang mulia ini adalah anugerah Allah SWT yang sarat dengan limpahan rahmat dan keberkatan buat seluruh umat Islam.
Aidiladha menuntut kita menghayati makna pengorbanan yang sebenar, menyuburkan keikhlasan, dan memperteguh ketaatan yang tinggi kepada Pencipta dalam setiap hela nafas kehidupan. Semoga pengorbanan kita hari ini menjadi saksi keimanan di akhirat kelak.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮
Ikhlas daripada:
Pengarah & seluruh warga kerja Hospital Sultanah Bahiyah.