JBPM Zon 1 KOTA SETAR

JBPM Zon 1 KOTA SETAR

Share

ZON1 MERUPAKAN PENTADBIRAN JBPM PERINGKAT ZON YANG MENGURUSKAN BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN, PENYIASATAN KEBAKARAN DAN OPERASI KEBOMBAAN.

MELIBATKAN 7 BUAH BALAI DAN 5 DAERAH IAITU KOTA SETAR, KUBANG PASU, PADANG TERAP, POKOK SENA DAN PENDANG.

Photos from Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah's post 14/06/2026
14/06/2026

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

SALAM MALAYSIA MADANI

YS TUAN/ TUAN/ PUAN,

MAKLUMAN BERITA PEGAWAI BOMBA SAKIT

DIMAKLUMKAN PBK I FARAH BINTI ISHAK, PENYELIA BBP SERDANG (PASUKAN A ), TELAH TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA SEMASA DALAM PERJALANAN KE TEMPAT KERJA DI HADAPAN STESEN MINYAK CALTEX SERDANG, KEDAH. BELIAU MENGALAMI KECEDERAAN RINGAN PADA KAKI KIRI DAN DIBAWA KE HOSPITAL KULIM MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN. BELIAU DILAPORKAN DALAM KEADAAN STABIL.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH.

SYAFAKALLAH (شفاك الله) - “SEMOGA ALLAH MENYEMBUHKANMU
















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Photos from Pejabat  Daerah & Tanah Kota Setar, Jalan S**a Menanti's post 14/06/2026
26/05/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia, khususnya kepada semua warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta seluruh Anggota Bomba di Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini menjadi titik pengukuhan keimanan, pengorbanan dan keikhlasan dalam setiap tugas serta amanah yang dipikul. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan ketaatan Nabi Ismail A.S terus menjadi inspirasi dalam kehidupan kita sebagai insan yang sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Buat seluruh anggota bomba yang sentiasa bersedia berkhidmat demi keselamatan masyarakat walau di mana jua berada, semoga segala jasa, pengorbanan dan kecekalan kalian sentiasa mendapat rahmat, perlindungan serta ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, kedamaian, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim bersama keluarga dan insan tersayang.

“Taqabbalallahu Minna Wa Minkum”
Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita semua.

Ikhlas daripada
Pejabat Zon 1 Kota Setar




















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

Photos from JBPM Zon 1 KOTA SETAR's post 19/05/2026

📌 AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001:2015 & MS ISO 37001:2025
🚒 ZON 1 KOTA SETAR, JBPM NEGERI KEDAH

19 Mei 2026 (Selasa) — Pejabat Zon 1 Kota Setar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah telah menerima kehadiran pasukan audit sempena pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 dan MS ISO 37001:2025.

Sesi pembukaan audit telah dipengerusikan oleh PgKB I Ahmad Aminudin Bin Abd Rahim selaku Ketua Zon 1 JBPM Negeri Kedah.
Turut hadir sebagai pasukan auditor ialah PgB Ts. Mohd Fahmi Bin Musa dari JBPM Negeri Melaka dan TPgB I Abang Azemi Bin Abang Annuar dari Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Sarawak.

Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan serta keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Antirasuah, di samping memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan secara berterusan.

Audit yang berlangsung melibatkan beberapa cawangan di bawah pentadbiran Zon 1 Kota Setar, JBPM Negeri Kedah dan telah berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan ke arah memperkasakan organisasi yang berintegriti, berkualiti dan berprestasi tinggi.

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun dan sebaik-baiknya.” 🤝

Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang, amanah dan profesional demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan organisasi.
















Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

11/05/2026

✨ 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 ✨

𝑆𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎 𝑃𝑒𝑗𝑎𝑏𝑎𝑡 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑇𝑎𝑛𝑎ℎ 𝐾𝑜𝑡𝑎 𝑆𝑒𝑡𝑎𝑟 𝑚𝑒𝑟𝑎𝑘𝑎𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖-𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 𝑡𝑎ℎ𝑛𝑖𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 ENCIK NOR AZRY SYAMIL BIN NOOR AHMAD , 𝑷𝒆𝒏𝒐𝒍𝒐𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 (𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒂𝒕𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒌𝒏𝒊𝒌𝒂𝒍) 𝑃𝑒𝑗𝑎𝑏𝑎𝑡 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑇𝑎𝑛𝑎ℎ 𝐾𝑜𝑡𝑎 𝑆𝑒𝑡𝑎𝑟 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑷𝒆𝒏𝒐𝒍𝒐𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 (𝑼𝒏𝒊𝒕 𝑯𝒂𝒔𝒊𝒍) 𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒏𝒅𝒂𝒉𝒂𝒓𝒂𝒂𝒏 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑡 𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑢𝑙𝑎𝑖 11 𝑀𝑒𝑖 2026 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 22 𝑍𝑢𝑙𝑘𝑎𝑒𝑑𝑎ℎ 1447𝐻.

𝑆𝑒𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑖 𝑃𝑒𝑗𝑎𝑏𝑎𝑡 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑇𝑎𝑛𝑎ℎ 𝐾𝑜𝑡𝑎 𝑆𝑒𝑡𝑎𝑟, 𝑏𝑒𝑙𝑖𝑎𝑢 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑛𝑗𝑢𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑚𝑖𝑡𝑚𝑒𝑛, 𝑑𝑒𝑑𝑖𝑘𝑎𝑠𝑖 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑝𝑎𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑔𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑚𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛.

𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝑬𝒏𝒄𝒊𝒌 𝑵𝒐𝒓 𝑨𝒛𝒓𝒚 𝑺𝒚𝒂𝒎𝒊𝒍 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑐𝑒𝑚𝑒𝑟𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑘𝑠𝑒𝑠 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑢𝑔𝑎𝑠 𝑑𝑖 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑠𝑒𝑛𝑡𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑖𝑘𝑢𝑟𝑛𝑖𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡𝑎𝑛, 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑐𝑒𝑚𝑒𝑟𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑟𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑎𝑤𝑎𝑚.

𝑇𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑗𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑘𝑡𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑐𝑢𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑃𝑒𝑗𝑎𝑏𝑎𝑡 𝐷𝑎𝑒𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑇𝑎𝑛𝑎ℎ 𝐾𝑜𝑡𝑎 𝑆𝑒𝑡𝑎𝑟.

𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝒎𝒂𝒋𝒖 𝒋𝒂𝒚𝒂! 🌟

𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔 𝑫𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂:
𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑲𝒐𝒕𝒂 𝑺𝒆𝒕𝒂𝒓 𝑺𝒆𝒓𝒕𝒂 𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑫𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒏𝒂𝒉 𝑲𝒐𝒕𝒂 𝑺𝒆𝒕𝒂𝒓

04/05/2026

Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia kepada seluruh anggota Bomba & Penyelamat di seluruh Malaysia khususnya di negeri Kedah.

Anggota bomba adalah petugas barisan hadapan yang banyak menabur bakti tanpa mengira masa untuk menyelamatkan masyarakat yang ditimpa kesusahan atau kebakaran.

Teruskan berkhidmat dalam melaksanakan tugas.

"Bomba Tonggak Penyelamat Negara"

04/05/2026

Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 🔥🚒

Keberanianmu lahir dari iman,
Langkahmu digerakkan dengan niat kerana Allah,
Menghulur bantuan tanpa mengira darjat dan insan,
Itulah tanda keikhlasan dalam pengorbanan.

Setiap titisan keringatmu menjadi saksi amal,
Setiap usaha menyelamat menjadi pahala yang mengalir,
Semoga Allah melindungi dalam setiap tugas,
Dan mengurniakan ganjaran syurga atas jasa yang tidak ternilai.

















KPKT MalaysiaMalaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Tun Razak
Alor Setar
05200