Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar

Share

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar
Aras 1, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah,
Jalan Stadium, Alor Setar

Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar's post 14/06/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR BERJALAN LANCAR

ALOR SETAR, KEDAH, 13 Jun 2026 โ€“ Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kota Setar 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, melibatkan penyertaan aktif komuniti setempat dalam suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan.

Sebanyak tiga acara sukan telah dipertandingkan pada kali ini iaitu Acara Bola Tampar Lelaki, Bola Jaring Wanita dan Futsal Lelaki. Penyertaan yang memberangsangkan berjaya direkodkan dengan penglibatan 10 pasukan bagi acara Bola Jaring, 9 pasukan Bola Tampar, manakala 16 pasukan menyertai pertandingan Futsal.

Penganjuran Liga Sukan Komuniti ini merupakan antara inisiatif bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim melalui aktiviti sukan. Menariknya, LSK 2026 turut dilaksanakan secara serentak di kesemua 12 daerah di Negeri Kedah, sekali gus membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti di peringkat akar umbi.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pn. Nazifah Bt. Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar. Turut hadir memeriahkan program ialah Pn. Oii Siew Kim, Presiden Kelab Sukan Kecergasan Rimba; Mr. Lee, Setiausaha Persatuan Bola Tampar Amatur Kota Setar; En. Mohd Akmal, Pengerusi Kelab Belia Tandop; Puan Shaharom, Presiden Bola Jaring Daerah Kota Setar; serta Cik Murni Bt. Ismail, Pembantu Belia dan Sukan merangkap Penyelaras Sukan Bola Jaring.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar mengucapkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang menang dan bertanding. Terima kasih diucapkan kepada semua rakan kerjasama LSK Kota Setar Kelab Sukan Kecergasan Rimba, Persatuan Bola Tampar Amatur Kota setar, Persatuan Bola Jaring Daerah Kota Setar, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar serta Kelab Belia Tandop.

Penganjuran Liga Sukan Komuniti diharap dapat terus menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sihat serta memperkukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.


Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

13/06/2026

Sedang berlangsung Liga Sukan Komuniti Kota Setar Acara Bola Tampar Final diantara pasukan Kebom VC dan Kangkong VC di kompleks belia dan sukan Negeri Kedah

13/06/2026

Program Rakan Muda @ Parlimen Alor Setar !

1 Jenayah 1 Hukuman 2.0

08/06/2026
Photos from Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah's post 05/06/2026

Jom Sertai Himpunan Rakan Muda MADANI Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani pada 7 Jun 2026 (Ahad) bermula jam 7 pagi hingga 7 petang ๐Ÿ”ฅโšก

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Diraja Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada jam 2.00 petang ๐Ÿ

Selain itu, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan pun akan ada sama tau! ๐Ÿ˜‰

Lebih syok lagi, Iman Troye akan buat penampilan istimewa di samping pelbagai aktiviti menarik lain! ๐Ÿ˜ฌ

Kami kongsikan senarai aktiviti dan acara menarik khas buat anda! ๐Ÿ“

Yakin Boleh Rakan Muda, JBSN Komited ๐Ÿ’ช

Photos from Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah's post 05/06/2026

HIMPUNAN RAKAN MUDA MADANI

Jom semua warga Sungai Petani Kedahโœ…

๐Ÿ—“๏ธ 7 Jun 2026 (Ahad)
โฐ 8.00 pagi- 7.00 malam
๐Ÿ“ Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani Kedah

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya:
โœ… Tukar Minyak Motosikal Secara Percuma
โœ… Gunting Rambut Secara Percuma
โœ… Tukar Al-Quran Secara Percuma
โœ… Jamming Aerobic
โœ… Cabaran Esport
โœ… Briskwalk 2.5km
โœ… BMX freestyle show
โœ… Decoupage Art
โœ… Booth Majlis Belia Negeri Kedah
โœ…Jualan Rahmah

Dan bermacam- macam lagi.

Jumpa anda disanaโ€ผ๏ธ Jangan lepaskan peluang๐Ÿ‘Œ๐Ÿป



Taufiq Johari
Mordi Bimol

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Maaf zahir dan batin.

Ikhlas,

Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah

26/05/2026

Seluruh warga KBS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia.

Semoga sambutan tahun ini dirai dengan penuh kesyukuran tidak kira di mana jua kita berada.

Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar's post 25/05/2026

AMINNUDDIN GHAZALI JOHAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH KATEGORI INDIVIDU LELAKI

ALOR SETAR, KEDAH, 24 MEI 2026 - Setinggi tinggi taniah di ucapkan kepada saudara Aminnuddin Ghazali , Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar , Exco Majlis Belia Negeri Kedah , Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar yang telah berjaya merangkul Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kedah dalam Kategori Individu Lelaki

Tahniah diucapkan atas pencapaian yang amat membanggakan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang, berbakti kepada masyarakat di daerah Kota Setar dan Negeri Kedah serta menjadi inspirasi kepada golongan belia yang lain. Teruskan melakar kejayaan dan membawa perubahan positif demi agama, bangsa dan negara. Syabas dan tahniah!



20/05/2026

KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN RENANG @ KOTA SETAR(KLAS) SIRI 1 PERINGKAT NEGERI KEDAH TELAH BERLANGSUNG DI PUSAT AKUATIK NEGERI KEDAH JAM 3.30 PETANG-5.30 PETANG DENGAN SERAMAI 40 ORANG PESERTA BERSAMA JURULATIH DARI SUNGAI PETANI AQUATIC CLUB

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00