PAS Taman Rasmi Jaya, Ampang

PAS Taman Rasmi Jaya, Ampang

Share

Pas Cawangan Taman Rasmi Jaya, Ampang Selangor

13/06/2026

Catatan Duha
Orang yang berjaya bukan kerana hidupnya mudah, tetapi kerana dia tidak menyerah ketika diuji. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 27 Zulhijjah1447, 13 Jun 2026 Sabtu

13/06/2026

🗳️ PRN JOHOR & NEGERI SEMBILAN 2026

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

📌 PRN Johor
▪️ Penamaan Calon: 27 Jun 2026 (Sabtu)
▪️ Pengundian Awal: 7 Julai 2026 (Selasa)
▪️ Hari Mengundi: 11 Julai 2026 (Sabtu)

📌 PRN Negeri Sembilan
▪️ Penamaan Calon: 18 Julai 2026 (Sabtu)
▪️ Pengundian Awal: 28 Julai 2026 (Selasa)
▪️ Hari Mengundi: 1 Ogos 2026 (Sabtu)

Pastikan anda menyemak status pengundi dan merancang perjalanan lebih awal bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

10/06/2026

Catatan Duha
Apabila sesuatu keputusan dibuat melalui perbincangan yang mendalam, pandangan yang pelbagai dan disusuli dengan tawakkal kepada Allah, hati akan lebih tenang kerana kita telah menunaikan ikhtiar yang terbaik. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 24 Zulhijjah1447, 10 Jun 2026 Rabu

10/06/2026

Catatan Duha
Keputusan yang lahir daripada musyawarah yang teliti, pertimbangan yang matang dan tawakkal kepada Allah tidak akan membawa penyesalan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 23 Zulhijjah1447, 9 Jun 2026 Selasa

28/05/2026

Catatan Duha
Ibadah korban adalah syiar ketaatan dan bukti kehambaan kepada Allah. Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang diberi peluang melaksanakannya. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 11 Zulhijjah1447, 28 Mei 2026 Khamis

25/05/2026

Di bumi Arafah, jutaan manusia berhimpun dengan pakaian yang sama, merendahkan diri di hadapan Allah SWT, memohon keampunan, rahmat dan kasih sayangNya.

Hari Arafah mengingatkan kita tentang besarnya nilai pengorbanan, keikhlasan serta kepatuhan seorang hamba kepada perintah Allah SWT. Ia juga menjadi peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amalan soleh.

Buat para jemaah haji khususnya rakyat Terengganu yang sedang berada di Tanah Suci, kami doakan semoga segala ibadah diterima Allah SWT, dipermudahkan setiap urusan dan dikurniakan haji yang mabrur. Kami di tanah air juga memohon agar didoakan kesejahteraan dan keberkatan buat semua.

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَالِ

Indahnya Hidup Bersyariat




25/05/2026
25/05/2026

Catatan Duha
Akal yang cerdas adalah anugerah, tetapi hati yang tunduk kepada Allah adalah kemuliaan. Jangan sampai kebijaksanaan menjadikan kita lupa diri. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 8 Zulhijjah1447, 25 Mei 2026 Isnin

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Taman Rasmi Jaya
Ampang
68000