12/06/2026
π£ππππππππ πππππππ
ππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ
πππππ πππππππππ ππππππππ πππππππ (ππππ) ππππ
ππ ππππππ ππ πππππ ππππ
12/06/2026
[ππππππ πππππππππ πππππππ ππππππ ππππ ππππ πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππ π/ππππ]
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pusat Tingkatan Enam SMK Munshi Abdullah atas penganjuran Minggu Hala Tuju Pelajar Tingkatan Enam Semester 1 Sesi 2026 yang telah berjalan dengan jayanya!
Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan dengan penuh jayanya oleh En. Mohd Yusri bin Seman, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Melaka Tengah.
Melalui program transisi seumpama ini, diharapkan para pelajar Tingkatan Enam mendapat bimbingan, hala tuju dan suntikan semangat yang jelas demi memulakan perjalanan akademik yang lebih cemerlang di peringkat pra-universiti.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan Enam Semester 1! Teruskan melangkah dengan tekad dan azam yang membara.
12/06/2026
12 Inisiatif Khas Guru Bitara Nadi Negara memberi tumpuan kepada pemerkasaan kebajikan dan profesionalisme guru, peningkatan prasarana pendidikan serta pendigitalan sistem pendidikan.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam memastikan guru terus diperkasa sebagai tunjang utama kecemerlangan pendidikan negara.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
12/06/2026
π½οΈ Insentif sewaan kantin sekolah dan institusi pendidikan.
Pengurangan sewaan kantin sebanyak 50% bagi tempoh enam bulan sebagai langkah membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan yang berpatutan serta menyediakan makanan berkualiti kepada murid dan warga sekolah, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup kesan daripada krisis bekalan global pada masa kini.
Tahun Ini, Tahun Kita
βGuru Bitara Nadi Negaraβ
12/06/2026
[πππππππ πππππππππππππ πππ ππππππ ππ πππ ππππππ ππππππ]
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah telah menerima kunjungan delegasi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baling, Kedah bagi menjayakan Program Lawatan Penandaarasan.
Pertemuan dua hala yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tn. Hj. Ibrahim Md Noh ini memfokuskan kepada perkongsian amalan terbaik, strategi pengurusan, serta usaha jalinan strategik demi memacu kecemerlangan pendidikan di daerah masing-masing.
Semoga perkongsian ilmu dan sinergi yang terjalin ini dapat memberi impak positif yang berterusan dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara. Terima kasih diucapkan kepada PPD Baling atas kunjungan ini. Berkayuh sehaluan, sauh dipaut!
Pautan Google Photo : https://photos.app.goo.gl/rbuFS6FVvHoEZzsD9
26/05/2026
π πππππππππππ πππππππ ππππππππ : πππππππ ππππ ππππ πππππππππ ππππ π
"Satu pengorbanan yang ikhlas adalah asas kepada sebuah transformasi yang dinamik."
Seiring dengan ketibaan Hari Raya Aidiladha, Encik Mohd Yusri bin Seman, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah bersama seluruh warga PPD Melaka Tengah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga pendidikan.
Mari kita jadikan ibadah dan sirah di sebalik Aidiladha ini sebagai inspirasi untuk terus berkorban demi masa depan anak-anak bangsa dan merealisasikan transformasi pendidikan yang cemerlang.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!