25/05/2026
*SESI PENGUKUHAN EKOSISTEM PERKESO BERSAMA MAJIKAN.*
Pada 25 Mei 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Royal Chulan Ames Hotel telah diadakan Sesi Pengukuhan Ekosistem PERKESO bersama majikan. Tujuan sesi tersebut diadakan bagi melihat potensi, kemahiran dan nilai pekerja daripada pelbagai latar belakang masyarakat. Dalam sesi tersebut juga telah diadakan Program Forum Pemerkakasaan Kerjaya Veteran dan Komuniti. Panel terdiri daripada Mejar (B) Hairil bin Abd Hamid dari PERHEBAT Negeri Melaka, PP Norul Hisyam Bin Ismail Ketua Bahagian Parol dan Perhidmatan Komuniti Negeri Melaka dan wakil majikan Encik Annual Bin Ab Manaf RECRON (M) Sdn Bhd. Seramai 70 majikan hadir dalam sesi yang dikendalikan oleh pihak PERKESO Negeri Melaka.
15/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA SATELIT A FAMOSA*
Pada 15 Mei 2026 (Jumaat), bertempat di Blok PPI Penjara Satelit A Famosa telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 15 prospek sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Puan Siti Zakiah Binti Izharrudin Pegawai PERKESO, Encik Hafiz Bin Abdullah Pegawai PERKESO dan Ahmad Aizuddin Bin Adam Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) Puan Farzena Balan dari SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama TPP Mohd Syazwan bin Ismail Komandan PS A Famosa.
13/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA DUSUN DATOβ MURAD MELAKA*
Pada 13 Mei 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Kelab Penjara Dusun Datoβ Murad telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 11 Orang Di Selia (ODS) sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Puan Siti Zakiah Binti Izharrudin Pegawai PERKESO, Encik Asyroff Bin Azmi Pegawai PERKESO dan Muhammad Shahril Bin Muhammad Taufiq Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama PKP Wan Huzaiman Bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Datoβ Murad dan KIP Bob Halil Bin Mustapha Pegawai Pemulihan merangkap Pegawai Penempatan Semula (PPS) Penjara Dusun Datoβ Murad.
12/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PUSAT KOREKSIONAL JASIN MELAKA*
Pada 12 Mei 2026 (Selasa), bertempat di Tempat Lawatan Bersemuka ODS Pusat Koreksional Jasin telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 31 Orang Di Selia (ODS) sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Muhammad Shahril Bin Muhammad Taufiq Pegawai PERKESO dan Puan Nur Shahera Binti Nordin Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama PKP Shaharudin Bin Ahmad Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Rafizi Bin Ramli Ketua Seksyen Keselamatan dan Ketenteraman PKJ dan KIP Mohd Rizuan Bin Osman Pegawai Pemulihan merangkap Pegawai Penempatan Semula (PPS) Pusat Koreksional Jasin.
11/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA*
Pada 11 Mei 2026, bertempat di Dewan PPI Penjara Sungai Udang telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 200 prospek penjara sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (5) pegawai PERKESO dan (2) pegawai SOARA Indutries (NGO) hadir bagi sesi yang dijalankan. Turut hadir IP Burhanudin Helmi bin Mohd Nasir Pegawai Penempatan Semula (PPS) Penjara Sungai Udang dan kakitangan PPI Penjara Sungai Udang Melaka.
15/04/2026
π₯ WEH JOMMM SHARE!! π₯
Ada job fair besar dekat Melaka tau!! π
π― National Aspire Career Fair 2026 (UTeM x MYFutureJobs)
π
21 & 22 April 2026
β° 8.00 pagi β 5.00 petang
π Dewan Canselor, UTeM
πΌ Banyak gila peluang kerja!
Lebih 30+ syarikat join β bukan biasa-biasa π
Cohu, Singtel, Mahkota Medical, Xinyi Solar, Kotra Pharma & banyak lagi!
Nak cari kerja? Internship? Nak try luck?
π Ini tempat dia!!
β¨ Jawatan pun macam-macam:
Engineer, Technician, Nurse, IT, Executive & banyak lagi π₯
π² Daftar cepat:
https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=MjE0Ng=
Jom downloand MYFuturejobs app sekarang !
https://myfuturejobs.gov.my/
Jumpa di sana
07/11/2025
*PROGRAM GRADUASI HEADS UP 2025 BERSAMA ODP / OBB & BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT DENGAN KERJASAMA SAORA INDUSTRIES DAN YAYASAN HASANAH DI RUMAH PERANTARAAN ALOR GAJAH MELAKA*
Pada 6 November 2025 bertempat di Rumah Perantaraan, Alor Gajah Melaka, telah diadakan Program Graduasi Heads Up 2025 Bersama ODP/OBB & bacaan yassin, tahlil dan doa selamat dengan kerjasama Syarikat Saora Industries Sdn Bhd.
Antara pengisian program ialah Penyampaian Sijil dan Set kelengkapan pengurusan harian yang disumbangkan oleh Pihak Saora Industries Sdn Bhd Dan Yayasan Hasanah. Seramai 31 ODP/OBB terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada ODP/OBB Program Heads Up selama 5 siri yang telah dijalankan sepanjang tahun 2025.
Selain dari Peyampaian sijil dan set kelengkapan Harian juga di adakan majlis bacaan yassin bersama ODP/OBB Rumah Perantaraan Alor Gajah. Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Ahmad Aizad Bin Adam iaitu guru takmir dari Jabatan Agama Islam Melaka. Program dihadiri oleh PKK Alik Bin Makim Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, PP Norul Hisyam Bin Ismail Ketua Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka, KIP Mohd Reduan Bin Yusup, Pegawai Parol Daerah Melaka Tengah Dan Encik Muhammad Hadi Bin Mahanif wakil daripada Saora Industries Sdn. Bhd.
Turut hadir bersama kakitangan Dan anggota dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah. Program berakhir kira-kira jam 9.30 malam.
18/10/2025
π₯ SAVE THE DATE! Pesta Kraf Paling Dinanti Tiba di Melaka! π₯
Korang cari barang unik & support local? Jom pergi MyPride Fair! Confirm rambang mata! π
β
Kraf tangan 100% buatan Malaysia
β
Tenunan, Batik, Anyaman & Macam-macam lagi!
β
Kualiti premium, harga special offer!
β
Support program pemulihan & beri harapan baru β€οΈ
ποΈ 22-26 OKT 2025
π KIPMall Melaka
β° 10AM - 10PM
Tag kawan korang yang kaki shopping! Jom serbu! πββοΈπ¨