MOTAC Melaka

MOTAC Melaka

Share

Tel : 06-231800 Faks : 06-2311400
Email : [email protected]

Semarak Pelancongan, Seni dan Budaya

Photos from JKKN Melaka FanPage's post 10/06/2026
Photos from Abdul Razak Abdul Rahman's post 08/06/2026
08/06/2026

𝐀𝐉𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jom ke 𝐀𝐉𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 yang penuh dengan aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat!

📅 14 Jun 2026 (Ahad)
🕗 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Padang Bola Sepak,
Taman Seri Telok Mas, Melaka

Pelbagai aktiviti menanti anda:

🏃‍♂️ Aktiviti sukan lasak (Abseiling, Flying Fox & Rock Climbing)
🧗 Pertandingan Panjat Tiang Licin
👨‍🍳 Pertandingan Memasak
🎯 Sukaneka
🏍️ Program Servis Motor Percuma
⚽ Pertandingan Sukan Rakyat
💪 Pertandingan Tarik Tali
🎁 Banyak hadiah menarik menanti para pemenang dan peserta!

📲 Macam mana nak sertai pertandingan?
Scan QR Code pada poster untuk membuat pendaftaran sekarang!
Penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Jom kita eratkan silaturahim dan semangat komuniti di dalam aktiviti pelancongan yang menarik dan penuh meriah!

𝓜𝓪𝓷𝓪 𝓛𝓪𝓰𝓲? 𝓜𝓮𝓵𝓪𝓴𝓪 𝓛𝓮𝓻...

.0

Ab Rauf Yusoh
Abdul Razak Abdul Rahman
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka

Photos from MOTAC Melaka's post 08/06/2026

𝟔-𝟕 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐋.𝟐 & 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pada 6 dan 7 Jun 2026, 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 telah berlangsung di Auditorium MOTAC Melaka. Seramai 98 peserta yang terdiri daripada Tour Guide, Polis Pelancong, Homestay dan wakil daripda Hutan Percha dan The Baba House Melaka. Kursus tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Hilmi Yusof.

Kursus ini bertujuan untuk melatih petugas barisan hadapan dalam menyambut ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke destinasi pelancongan di seluruh negara. Ia turut menggalakkan penyampaian perkhidmatan yang mesra, profesional dan berkualiti tinggi, serta membentuk individu yang berkemahiran dalam mempromosikan keunikan Malaysia di persada dunia.







04/06/2026

MELAKA RIVER CRUISE PECAH REKOD 6,500 PENGUNJUNG SEHARI

Rekod baharu dicapai pada 31 Mei 2026 (Ahad) apabila mencatat 6,500 pengunjung dalam sehari.

Membuktikan pelayaran menikmati keindahan sejarah, budaya dan Bandaraya Warisan Dunia menelusuri Sungai Melaka terus menjadi pilihan ramai.

Melaka sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan dan tawaran bermacam produk pelancongan yang ada di negeri bersejarah.




Photos from Melaka Hari Ini's post 04/06/2026
04/06/2026

MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN

Melaka dipilih sebagai tuan rumah bagi Festival Teater Zon Selatan 2026 yang akan berlangsung pada 15 hingga 20 Jun di Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ayer Keroh.

Menurut Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias, pemilihan ini merupakan pengiktirafan kepada Melaka dalam menganjurkan program seni berprestij peringkat zon.

Festival ini akan disertai oleh wakil teater dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, yang akan bersaing bagi melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.

Penyertaan masih dibuka dan dijangka bertambah. Edisi kali ini membawa tema patriotik dan sejarah, dengan pementasan yang lebih mendalam serta menonjolkan kekuatan seni teater dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Program ini diharap dapat memperkukuh perkembangan seni teater di Zon Selatan serta melahirkan lebih ramai penggiat seni yang berkualiti.

Sumber: Melaka Hari Ini



Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 1, Kompleks Kementerian Pelancongan
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00