Pusat Keluarga LPPKN Melaka

Pusat Keluarga LPPKN Melaka

Share

LPPKN adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif, Pembangunan Keluarga, Kaunseling Keluarga dan KafeTEEN (Remaja). Pusat Keluarga LPPKN Melaka menyediakan :

- Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif & Perancang Keluarga
- Perkhidmatan Pembangunan Keluarga
- Perkhidmatan Kaunseling Keluarga
- Pusat Interaktif Remaja KafeTEEN

Photos from Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara's post 15/06/2026
13/06/2026
12/06/2026

Tahniah kepada KafeTEEN Melaka atas kejayaan menjayakan Festival MalamKita di Pusat Keluarga LPPKN Melaka.

Jutaan terima kasih kepada YB Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka yang hadir merasmikan Festival MalamKita. Terima kasih juga kepada YBhg. Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Encik Suszma Khairitszi Bin Mamat Pengarah LPPKN Melaka yang turut sama hadir menjayakan festival yang julung kali diadakan.

Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada Melayar Jiwa, Lorong Karat Muo, Bawah Pokok Pagoh dan semua ahli jawatankuasa Festival MalamKita 2026 yang menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua peserta, hadirin, dan reruai yang sama-sama memeriahkan program malam ini.

Photos from Pusat Keluarga LPPKN Melaka's post 12/06/2026

Jom hadir memeriahkan Festival dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Pasar Karat, Cabutan Bertuah, Podcast Monolog Jiwa dan persembahan artis jemputan bertemakan Lagu Galau. 🎀🎸

πŸ“ Perkarangan Parkir Pusat Keluarga LPPKN Melaka
πŸ“… Jumaat, 12 Jun 2026
⏰ 5.00 Petang – 10.00 Malam

Terbuka kepada semua remaja! Jangan lepaskan peluang untuk bersantai, berhibur dan mencipta kenangan bersama rakan-rakan. Jumpa anda di sana! ✨

10/06/2026

60 Tahun Demi KASIH ❀️
Kerana KASIH, LPPKN bermula.
Kerana KASIH, LPPKN terus melangkah.
Kerana KASIH, jutaan keluarga Malaysia dibimbing, diperkasa dan disantuni.

Enam dekad bukan sekadar angka. Ia adalah perjalanan 60 tahun menyemai nilai Kasih Sayang, Akhlak, Sihat & Selamat, Ilmu dan Harmoni dalam setiap fasa kehidupan rakyat Malaysia.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua pihak sepanjang perjalanan ini.

60 Tahun LPPKN Demi KASIH, Menerajui Kesejahteraan Keluarga. πŸ’œπŸ’š





Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 20844, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00