14/05/2026
Meet ThreeArt at Wood Wonderland 2026 ✨
Discover unique handcrafted creations blending Islamic art, woodcraft, creativity, and cultural elegance. From decorative pieces to personalised souvenirs and artistic concepts, every design tells its own story.
Visit their pavilion, meet the founder, and experience the beauty of craftsmanship up close.
📍 Wood Wonderland at Borneo Native Festival 2026
🗓 22 – 24 May 2026
📍 Central Market, Kuala Lumpur
⏰ 10 AM – 10 PM
Celebrate art, culture, and creativity with local artisans.
14/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN USAHAWAN KARAS DAN GAHARU BUMIPUTERA (GAHARU) KE MTIB
14 Mei 2026 I Kuala Lumpur - Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Usahawan Karas dan Gaharu Bumiputera (GAHARU) bertempat di Ibu Pejabat MTIB yang diketuai oleh Encik Arfan bin Ramli, Pengerusi GAHARU. Kunjungan hormat ini telah disantuni oleh YBrs. TGr. Tuan Saiful Bahri bin Salleh, Ketua Pengarah MTIB.
Sesi pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta membincangkan hala tuju dan cabaran semasa industri karas dan gaharu di Malaysia.
MTIB sentiasa komited dalam menyokong usaha persatuan bagi memastikan industri komoditi bernilai tinggi ini terus berkembang maju dan berdaya saing.
Terima kasih diucapkan kepada GAHARU atas kesudian mengadakan kunjungan ini. Semoga kerjasama yang erat ini memberikan impak positif kepada seluruh ekosistem industri gaharu negara.
14/05/2026
PERSIDANGAN NATIONAL AGRICULTURAL & FOOD ENGINEERING COVENTION (NAFEC)
MTIB telah dijemput sebagai penganjur bersama bagi persidangan National Agricultural & Food Engineering Convention (NAFEC) yang telah berlangsung dari 12-13 Mei 2026 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. NAFEC ini dianjurkan oleh Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Objektif penyertaan MTIB ke persidangan ini adalah untuk:-
Memberi pendedahan kepada pegawai dan industri mengenai teknologi automasi, pendigitalan, dan AI yang boleh diadaptasi ke dalam sektor perkayuan.
Mempelajari aplikasi kejuruteraan terkini dalam pengurusan sumber asli dan bahan biokomposit selaras dengan hala tuju industri hijau.
Menjalin hubungan kerjasama dengan pakar teknologi dan penyelidik daripada pelbagai agensi (MPOB, MARDI, UPM).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Huang Tiong Sii Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi mewakilkan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi. Majlis perasmian juga dihadiri oleh YBrs. TGr. Ts. Farydatul Nazly Mohd Zin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan dan Komersial) MTIB.
Seramai tujuh (7) orang terdiri daripada pegawai FIDEC/MTIB dan pengusaha industri kayu/biokomposit telahi menghadiri persidangan tersebut diatas. Pegawai MTIB, Ts. ChM. Dr. Loh Yueh Feng, turut dilantik sebagai panel juri bagi penilaian poster terbaik dalam NAFEC ini.
13/05/2026
📢 Pertandingan Fotografi sempena pameran Wood Lifestyle fair Wilayah Timur tema kayu Malaysia kelestarian terus keunggulan‼️
🎁 Hadiah menarik menanti
📅 Tempoh penyertaan:
13 Mei hingga 03 Jun 2026
Kategori:
✅Sekolah Kebangsaan: Tahun 1- Tahun 6
✅Sekolah Menengah: Tingkatan 1- Tingkatan 6
Boleh rujuk poster untuk syarat penyertaan, sepesikasi foto dan cara penyertaan.
Boleh hubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut
13/05/2026
📢 Tingkatkan Kemahiran Seni Ukiran Anda Ke Peringkat Seterusnya‼️
Adakah anda seorang Tukang Ukir kayu dengan pengetahuan asas yang ingin menguasai teknik ukiran yang lebih rumit, halus, dan bernilai tinggi❓Jangan lepaskan peluang keemasan ini‼️
Kami menjemput anda untuk menyertai KURSUS UKIRAN KAYU (PERTENGAHAN) yang dianjurkan oleh Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB):
📅 Tarikh: 21 hingga 24 Jun 2026
📍 Tempat: Desa Ukiran Kayu (DUK) Besut, Terengganu
💰 Yuran Penyertaan: RM50.00 Sahaja
⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD!
PENGUKIR malaysia
12/05/2026
Tingkatkan Kepakaran Industri Kayu Bersama eMall@MTIB
Lengkapkan perpustakaan teknikal anda dengan naskhah rujukan terbaik daripada pakar. Kami menyediakan pelbagai direktori dan panduan khusus untuk pelajar, pemain industri, dan peminat seni pertukangan.
Bukan sekadar ilmu, kami juga menawarkan Cenderamata Eksklusif yang melambangkan identiti kayu Malaysia—pilihan tepat untuk penghargaan rakan strategik anda.
Layari portal rasmi kami hari ini:
🔗 http://emall.mtib.gov.my/
12/05/2026
📢 [SERTAI SEKARANG] JOM GLOBAL! Fahami Rahsia Eksport Berjaya 🌍
Adakah produk anda bersedia untuk menembusi pasaran eksport global? 🤔
Tingkatkan pengetahuan anda mengenai pematuhan produk dan strategi eksport terkini dalam bengkel eksklusif ini!
✅ Sertai Bengkel Eksport Readiness & Product Compliance
Dianjurkan oleh Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera MTIB.
📌 Butiran Acara:
• 🗓 Tarikh: 23 - 24 Jun 2026
• 📍 Lokasi: Selangor (Akan Dimaklumkan / TBA)
• 💰 Yuran: RM100 Sahaja
🚨 TEMPAT ADALAH TERHAD! Jangan lepaskan peluang untuk kembangkan perniagaan anda ke persada antarabangsa. Daftar Segera‼️
Persatuan Kayu Kayan
Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia - PETRA
PENGUKIR malaysia
JULB Malaysia
KBNET
12/05/2026
SELAMAT BERSARA ENCIK ZAINUDDIN BIN MAMAT
MTIB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sekian lama kepada MTIB dan negara.
Didoakan semoga tuan sentiasa sihat dan sejahtera sepanjang tempoh persaraan kelak.
Selamat bersara dan selamat maju jaya dalam fasa baharu kehidupan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati tuan sekeluarga.
"Kayu Berjasa, Bakti Dikenang."
See less
12/05/2026
Masih manual❓❓❓optimakan perniagaan anda dengan AI hari ini‼️
Dunia perniagaan telah berubah. AI adalah kunci untuk mempercepatkan proses, mengurangkan kesilapan manusia, dan menjimatkan kos operasi.
Jom, PMKS Bumiputera, ini masanya untuk upgrade! Sertai kami dan ketahui cara aplikasi AI boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.
📅 Tarikh: 1 Julai 2026
💰 Yuran: RM50 sahaja
📍 Tempat: Dewan Persidangan MTIB Menara PGRM
Sila rujuk poster untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad‼️
Persatuan Kayu Kayan
Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia - PETRA
PENGUKIR malaysia
JULB Malaysia
KBNET