Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia

Share

Facebook Rasmi Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Malaysia

Photos from Humid Tropics Centre Kuala Lumpur's post 11/06/2026
Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 09/06/2026

📍 SESI TAKLIMAT TEKNIKAL & INOVASI
🗓️ 9 Jun 2026

Pada 9 Jun 2026, satu sesi taklimat teknikal dan inovasi telah diadakan di BPME, JPS Malaysia yang dihadiri oleh jurutera dan kakitangan teknikal mekanikal dan elektrikal dari Ibu Pejabat JPS dan JPS Negeri. Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada T.E.M Technology Sdn. Bhd., Heap Wap Barakah Sdn. Bhd. dan Malaysia Microelectronic Solutions Sdn. Bhd.

Taklimat teknikal yang telah dipengerusikan oleh Ir. Norazila binti Ab Razak, Ketua Unit Perancangan dan Dasar ini bertujuan memberikan pendedahan serta perkongsian kepakaran teknikal berkaitan teknologi dan inovasi terkini, di samping memastikan jurutera dan kakitangan teknikal sentiasa peka terhadap perkembangan serta amalan terbaik dalam industri.

Sepanjang sesi taklimat teknikal ini berlangsung, pelbagai perkongsian ilmu, pengalaman industri serta perbincangan teknikal telah diadakan bagi memberi manfaat kepada semua. Sesi ini turut menjadi platform yang terbaik untuk bertukar pandangan, memperluas jaringan kerjasama serta meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan teknologi dan inovasi semasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak T.E.M Technology Sdn. Bhd., Heap Wap Barakah Sdn. Bhd. dan Malaysia Microelectronic Solutions Sdn. Bhd. atas kesudian berkongsi kepakaran, pengalaman serta inovasi terkini bagi menjayakan sesi ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan lagi kerjasama industri serta pembangunan pengetahuan teknikal.




Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 08/06/2026

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK BERSAMA STAKEHOLDER.

Telah berlangsung sesi mesyuarat dan lawatan tapak bersama stakeholder bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kg. Tok Jaafar, Kota Bharu, Kelantan - Kerja-Kerja Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Dan Kerja-Kerja Lain Berkaitan yang dipengerusikan oleh Ir. Azren Bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Turut hadir ialah Ir. Ts. Hjh. Hapida Binti Hj. Ghazali, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Malaysia selaku Government Representative (GR) bersama bagi projek ini.

Mesyuarat dan lawatan tapak ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan, antaranya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selaku pemilik projek, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Jabatan Mineral dan Galian (JMG), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK), Bahagian Koridor Infrastuktur (BKI), Jabatan Pengairan dan Saliran Jajahan Kota Bharu, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, PLAN Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Perbadanan Bandar Baharu Tunjong, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Indah Water Konsortium (IWK) serta Telekom Malaysia Berhad (TM).

Sesi mesyuarat dan lawatan ini bertujuan untuk membincangkan dan menyelaras keperluan utiliti dan teknikal, mengenal pasti cabaran pelaksanaan di tapak serta memperkukuh kerjasama antara semua pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran dan kejayaan projek.

Komitmen serta kerjasama strategik daripada semua stakeholder yang hadir amat dihargai dalam memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan memberi manfaat optimum kepada masyarakat khususnya di Kota Bharu, Kelantan.




Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 04/06/2026

𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐈𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Hari ini, 4 Jun 2026, JPS Malaysia melangkah setapak lagi dalam usaha memperkukuh infrastruktur sistem kawalan banjir di Daerah Marang dan Kuala Terengganu. Satu lawatan tapak dan Mesyuarat Kick-Off telah diadakan bagi projek Kerja-Kerja Membina dan Menyiapkan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal di PAKR Bukit Payong, Bandar Baru Pulau Kambing, dan Kampung Kemunting.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah BPME JPS Malaysia, Ir. Ts. Hjh. Hapida binti Hj. Ghazali. Bagi memastikan projek berjalan lancar, tanggungjawab pelaksanaan telah diserahkan secara rasmi kepada Pengarah JPS Negeri Terengganu, Ir. Ts. Gs. Osman bin Abdullah sebagai Pegawai Penguasa (SO), disusuli dengan Mesyuarat Pra Pembinaan (Kick-Off Meeting) bersama pihak kontraktor.

Ini adalah usaha berterusan JPS untuk memastikan sistem kawalan banjir sentiasa berada pada tahap terbaik, lebih cekap, selamat, dan berkesan.

Projek ini akan bermula pada 11 Jun 2026 dan dijangka siap pada 10 Jun 2028. Semoga pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan, seterusnya memperkukuhkan keupayaan infrastruktur mekanikal dan elektrikal dalam menyokong operasi kawalan banjir di Negeri Terengganu.





01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengarah dan Warga Kerja Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal.





27/05/2026

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi inspirasi untuk kita terus memperkukuh nilai keikhlasan, kesyukuran serta semangat kebersamaan dalam setiap langkah kehidupan.

Di kesempatan ini juga, kami mendoakan agar anda dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan serta kebahagiaan yang berpanjangan.



Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 20/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan BPME yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Pengiktirafan ini merupakan hasil dedikasi, komitmen serta kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.

Diharapkan penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan, mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan serta berbakti dengan penuh integriti demi kemajuan organisasi dan kesejahteraan rakyat.

Sekalung penghargaan atas segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga kecemerlangan ini terus berkekalan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja.



Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 14/05/2026

𝗛𝗬𝗗𝗥𝗢𝗠𝗘𝗖𝗛𝗔𝗡𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗧𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗧𝗢𝗥𝗬 (𝗛𝗧𝗟𝗔𝗕): 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗥𝗔𝗙 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Malaysia mempunyai sebuah Pusat Pengujian Pam yang telah beroperasi melebihi 20 tahun dan kini dikenali sebagai Hydromechanical Testing Laboratory (HTLab).

Pusat ujian ini telah diiktiraf dengan pensijilan MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia sejak tahun 2022 sebagai jaminan kepada kualiti dan ketepatan pengujian yang dijalankan.

Bertempat di BPME Ipoh, HTLab menawarkan perkhidmatan pengujian pam yang mematuhi standard antarabangsa BS EN ISO 9906 iaitu ujian prestasi hidraulik untuk mengesahkan keupayaan pam mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Perkhidmatan pengujian pam yang ditawarkan oleh HTLab tidak terhad kepada JPS sahaja tetapi turut menawarkan perkhidmatan pengujian pam kepada agensi Kerajaan serta sektor swasta yang lain.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, BPME komited untuk terus meningkatkan tahap kepakaran teknikal serta menyediakan perkhidmatan pengujian yang berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Hydromechanical Testing Laboratory (HTLab)
05-3215263 / 05-3215309

Photos from Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal JPS Malaysia's post 12/05/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 (𝐀𝐉𝐊) 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐌𝐄𝐖𝐒

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Sekretariat serta Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan dedikasi yang amat baik sepanjang pelaksanaan Mechanical and Electrical Water Symposium (MEWS) pada 28 April 2026 bertempat di The Everly Putrajaya.

Segala usaha, pengorbanan masa, tenaga serta kerjasama yang diberikan dalam memastikan setiap urusan perancangan, persiapan dan pelaksanaan program berjalan dengan lancar amatlah dihargai. Kejayaan penganjuran program ini mencerminkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme dan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan menjadi pengalaman yang bermakna serta terus menyemarakkan semangat kerjasama dalam menjayakan program-program pada masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mechanical and Electrical Water Symposium (MEWS) 2026.





08/05/2026

Pemasangan Pam Kecemasan Mudah Alih Negeri Pulau Pinang :

Pemasangan pam kecemasan mudah alih telah dipasang di SRP Parit 5 Juru, Seberang Perai Tengah untuk membantu pemindahan air sepanjang tempoh kerja pembaikan screw pump sedia ada dilaksanakan.

kemaskini : 8 Mei 2026



Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal, Wisma JPS, Blok B, Persiaran Rimba Permai
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00