Humid Tropics Centre Kuala Lumpur

Humid Tropics Centre Kuala Lumpur

Share

UNESCO Category II Water Centre.

The Regional Humid Tropics Hydrology and Water Resources Centre for South-East Asia and the Pacific (HTCKL) is under the Department of Irrigation and Drainage, Ministry of Environment and Water

Photos from Humid Tropics Centre Kuala Lumpur's post 10/06/2026

[MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PAKAR BIL. 2/2026]

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pakar Bil. 2/2026 telah diadakan pada 9 Jun 2026 bertempat di Bilik Latihan HTC Kuala Lumpur, dipengerusikan oleh YBrs Ir. Azren bin Khalil merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), JPS Malaysia.

Mesyuarat ini diadakan sebanyak empat kali setahun secara penggiliran tugas urus setia dalam kalangan bahagian di bawah Sektor Pakar, di mana HTC Kuala Lumpur telah diamanahkan sebagai urus setia bagi edisi kali ini.

Sesi ini amat penting sebagai platform utama untuk memantau status pelaksanaan KPI, RKT dan Pelan Strategik, meneliti tindakan susulan bagi isu-isu semasa yang berbangkit, serta membincangkan pelaporan, perancangan kewangan, dan hal-hal berkaitan tadbir urus bahagian.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan organisasi, mesyuarat ini melibatkan komitmen bersama daripada keseluruhan bahagian di bawah Sektor Pakar JPS Malaysia dan dihadiri oleh Pengarah / Timbalan Pengarah Bahagian iaitu:

• Encik Mohd Hazri bin Moh Khambali (Timbalan Pengarah, Bahagian Rekabentuk dan Empangan - BRE),
• Puan Ir.Ts. Hajah Hapida binti Hj. Ghazali (Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal - BPME),
• Cik Norazizah binti Abdul Kadir (Pengarah, Bahagian Bangunan dan Infrastruktur - BBI),
• Puan Sr. Intan Idayu binti Mohamad (Timbalan Pengarah, Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak - BUBPK)
• Dato’ Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam (Pengarah, Humid Tropics Centre Kuala Lumpur - HTC KL)

Turut hadir bersama adalah Puan Ir. Lily Azyyati binti Johar (Humid Tropics Centre Kuala Lumpur - HTC KL), Ir. Norazila binti Ab Razak (Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal – BPME) dan Encik Ahmad Hakimi Aidil bin Abdul Shukor (Bahagian Bangunan dan Infrastruktur – BBI).

Mesyuarat selesai dan ditangguhkan ke sesi seterusnya di mana Bahagian Mekanikal dan Elektrikal (BPME) telah diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai urus setia dan tarikh cadangan mesyuarat adalah pada 3-4 September 2026 kelak.



Photos from Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS's post 05/06/2026
Photos from Humid Tropics Centre Kuala Lumpur's post 25/05/2026

Bengkel Pelaporan Sustainable Development Goals (SDG) 6.5.2 telah diadakan pada 22 Mei 2026 (Jumaat) yang lalu dan dirasmikan oleh YBrs. Ir. Azren bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar).

Bengkel ini diadakan bagi memantapkan kaedah pengumpulan data, menyelaraskan pelaporan, serta memperkukuh strategi negara dalam mengukur indikator SDG 6.5.2 iaitu komitmen global yang memfokuskan kepada tadbir urus dan kerjasama air yang merentasi sempadan.

Melalui penglibatan aktif semua pagawai yang hadir, pelbagai input kritikal serta solusi strategik telah berjaya dirumuskan demi memastikan kelestarian dan sekuriti air negara sentiasa di tahap yang optimum.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama cemerlang sepanjang penganjuran bengkel ini:

• Bahagian Sumber Air, PETRA
• Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BPSAH)
• Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS)
• Bahagian Pengurusan Pengurusan Zon Pantai (BPZP)
• Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah
• Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri kelantan
• Jabatan Perangkaan Malaysia

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh urus setia serta para peserta atas komitmen padu yang diberikan sepanjang bengkel ini berlangsung. Semoga segala hasil perbincangan ini membuahkan impak yang positif demi masa depan air negara.

Photos from Humid Tropics Centre Kuala Lumpur's post 15/05/2026

13 May 2026 | HTC KL Visit to IAS Laboratory, Universiti Malaya

A technical visit by officers from the Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTC KL) to the Algae Research Laboratory, Institute of Biological Sciences, Universiti Malaya, was conducted with the participation of the appointed consulting team from Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), led by Professor Ling Tau Chuan.

The visit aimed to provide a detailed understanding of the microalgae and bacteria symbiosis process in the treatment of heavy metal pollution through nature-based solutions. It also served as a learning session under microalgae-bacteria symbiosis project for HTC KL.

This project not only emphasises environmental conservation and sustainable water resource management, but also demonstrates the significant potential of green technology innovation in supporting sustainable development and strengthening high-impact research at the national level.


Photos from Humid Tropics Centre Kuala Lumpur's post 13/05/2026

Penghargaan Buat Semua Rakan Strategik Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026

Mesyuarat Post Mortem Hari Air Sedunia (HAS) Peringkat Kebangsaan 2026 telah diadakan pada 11 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Azren bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) selaku Pengerusi Sekretariat Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.

Mesyuarat ini merupakan platform penilaian pelaksanaan program secara menyeluruh, melibatkan aspek penyelarasan teknikal, pengurusan operasi, logistik, komunikasi strategik serta keberkesanan pelaksanaan aktiviti sepanjang penganjuran HAS 2026 di Dataran Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Perbincangan memberi fokus kepada pengenalpastian amalan terbaik yang boleh dijadikan prosedur operasi standard, meneliti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh kecekapan, koordinasi antara agensi dan kualiti penganjuran pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kerajaan Negeri Melaka, agensi, jabatan, pihak berkuasa tempatan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan serta seluruh warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan HAS 2026. Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak serta rakan strategik atas komitmen, sokongan dan kerjasama cemerlang sepanjang penganjuran program ini:
• Bahagian Korporat
• Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka
• Bahagian Perkhidmatan Air dan Pembentungan
• Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
• Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
• Jabatan Bekalan Air (JBA)
• Tenaga Nasional Berhad (TNB)
• Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
• Indah Water Konsortium (IWK)
• Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA)
• Suruhanjaya Tenaga (ST)
• Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
• Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Perbadanan Putrajaya (PPj)
• Universiti Utara Malaysia (UUM)

Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam usaha memperkasa pengurusan sumber air negara yang mampan, inklusif dan berdaya tahan demi kesejahteraan generasi masa hadapan. 💧



Photos from Humid Tropics Centre Kuala Lumpur's post 12/05/2026

May 11, 2026 - Cyberjaya

The Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTC KL) under the Department of Irrigation and Drainage (DID) Malaysia had the honour of receiving a courtesy visit from the official delegation of the Embassy of the Kingdom of the Netherlands.

This meaningful session was chaired by YBrs. Ir. Azren bin Khalil, Deputy Director General (Specialist Sector) of DID Malaysia, together with Dato' Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam, Director of HTC KL.

The Netherlands Delegation:

🇳🇱 Mr. Pieter Blusse (Deputy Ambassador of the Kingdom of the Netherlands)
🇲🇾 Ms. Gyatri Jaydas (Senior Advisor for Economic Diplomacy)

It was a great privilege to participate in a meaningful and productive exchange with the Netherlands delegation. The session served as a valuable platform to share insights, exchange experiences, and strengthen regional collaboration in sustainable water management to ensure long-term water security and resilience.

We look forward to fostering stronger partnerships and enhancing future cooperation between Malaysia and the Netherlands in the water resources sector.

Thank you to the delegation of the Netherlands for the insightful visit and fruitful dialogue 🤝🇲🇾🇳🇱



Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 5 Blok B , Jabatan Pengairan Dan Saliran
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30