Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi

Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi

Share

Official Facebook Institute of Teacher Education, Ministry of Education Malaysia Facebook rasmi Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

24/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππ‰π”π‘πˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 ππˆππ“π€ππ† ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π

πŸ“… Tarikh : 22 Mei 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat : Perpustakaan Ibnu Sina IPG Kampus Tawau
πŸ“š Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

24/06/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„π‘π’π„πƒπˆπ€π€π ππ„ππ’πˆπ‰πˆπ‹π€π π†πŽπŽπ†π‹π„ π‚π„π‘π“πˆπ…πˆπ„πƒ π„πƒπ”π‚π€π“πŽπ‘ 𝐋𝐄𝐕𝐄𝐋 𝟐 ππ„ππ’π˜π€π‘π€π‡ πˆππ†πŠ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔

πŸ“… Tarikh : 26 Mei 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat : Bilik Seri Kinabalu IPG Kampus Tawau
πŸ“š Anjuran : Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Tawau

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

24/06/2026

π“π‘π€πˆππˆππ† πŽπ… π“π‘π€πˆππ„π‘ (π“πŽπ“): ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ πŒπˆππƒπ€ (ππ“πŒ) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππ† πŠπ€πŒππ”π’ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔

πŸ“… Tarikh : 11-12 Jun 2026 (Khamis-Jumaat)
πŸ“ Tempat : Bilik Seri Kinabalu IPG Kampus Tawau
πŸ“š Anjuran : Jabatan Pembangunan Latihan IPG Kampus Tawau

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

24/06/2026

π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡

Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Puan Nurul Hamizah Binti Mohamad Latip, Pegawai Pengurusan Unit Praktikum, atas kejayaan menerima pengiktirafan sebagai Google Certified Trainer yang dianugerahkan pada 12 April 2026.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan hasil daripada komitmen, dedikasi dan kecemerlangan beliau dalam memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam bidang pendidikan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan keupayaan profesional yang tinggi, malah turut mengharumkan nama IPG Kampus Tawau di peringkat yang lebih luas.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepakaran, membimbing warga pendidik serta memperkukuh budaya inovasi dan transformasi digital dalam pendidikan selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Syabas dan tahniah atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPG Kampus Tawau.

tulus ingatan daripada ;
Pengarah, Timbalan Pengarah
dan seluruh warga IPG Kampus Tawau.

IPG Kampus Tawau – Bersama Menggenggam D.U.N.I.A 🌍

24/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π π€πŠπ‘π„πƒπˆπ“π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πŒππ€/π…π€πŸπŸ’πŸ•πŸ–πŸ’

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kampus khususnya kepada YBrs. Dr Kartini binti Abdul Mutalib, Pengarah IPGKPT, Dr. Muhaida Akmal binti Mohamad, Timbalan Pengarah IPGKPT, Ketua Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi), Dr. Muhd Fariz bin Ismail, Ketua Jabatan Pengajian Siswazah, Dr. Ellyza binti Karim, Penyelaras Akreditasi, Dr. Azerai bin Azmi, Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua unit, staf akademik PISP, para pensyarah, pegawai - pegawai pengurusan, anggota khidmat pelaksana, para pelajar serta semua pihak yang telah menjayakan program pada 22 dan 23 Jun 2026 yang lalu dengan penuh komitmen, semangat kebersamaan dan kerjasama yang tinggi.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih khas turut dizahirkan kepada seluruh Jawatankuasa Kerja Pelaksana Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh MQA/FA14784 diketuai oleh Dr. Azerai Azmi yang telah memberikan kerjasama dan komitmen padu dalam memastikan kelancaran program selama dua hari ini.

Semoga IPG KPT akan memperoleh perakuan akreditasi penuh bagi program MQA/FA14784 Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) seterusnya mencipta sejarah baharu dalam kefungsian IPG dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti untuk para pegawai perkhidmatan pendidikan di Malaysia.

Tahniah dan Terima kasih.


24/06/2026

π’π„π’πˆ 𝐏𝐑𝐄-π‚πŽπ”ππ‚πˆπ‹ ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π π€π”πƒπˆπ“πŒπ„

Pada 8 Jun 2026, telah berlangsung sesi Pre-council Penilaian AuditMe yang diadakan di Bilik Perbincangan Pengarah, IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Sesi ini melibatkan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Ketua Subunit Aset dan Perolehan, Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan. Perbincangan yang dijalankan memberi tumpuan kepada status pematuhan, dan penyelarasan tindakan bagi memastikan semua keperluan Penilaian AuditMe dipenuhi dengan teratur dan berkesan.

Melalui sesi ini, setiap pihak yang terlibat berpeluang menilai tahap kesiapsiagaan institusi secara menyeluruh, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh budaya kerja yang berteraskan kualiti, akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan. Usaha ini mencerminkan komitmen IPG Kampus Pendidikan Teknik dalam memastikan tadbir urus yang cemerlang serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pihak berkepentingan.


24/06/2026

πŸ† π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ ππ€π’π”πŠπ€π πŠπˆπ“ππ„π’ πŒπ„π‘π€ππ†πŠπ”π‹ ππˆππ†π€π“ ππ„π‘π€πŠ πƒπˆ πˆπππŽπ‚π€π‘π„ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ†

πŸ“S**acita dimaklumkan bahawa Pasukan KITPES telah berjaya merangkul PINGAT PERAK dalam 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition (INNOCARE) 2026.

πŸ“Sehubungan itu, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada:

1. Encik Muhammad Nurulamin Bin A. Aziz
2. Pavithra A/P Kanabathi
3. Chouw Sai Kei
4. Nur Farah Hanim Binti Abd Latiff @ Karim
5. Anis Sofia Binti Samsudin

atas pencapaian yang membanggakan ini.

πŸ“Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan kecemerlangan siswa guru dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak positif terhadap kesejahteraan, pembangunan emosi dan komuniti pendidikan.

πŸ“Ucapan penghargaan turut diberikan kepada pensyarah pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan sepanjang proses pembangunan dan pembentangan inovasi ini.

πŸ“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan serta mengangkat nama IPG KPT ke persada yang lebih tinggi pada masa hadapan.


24/06/2026

Tahniah dan syabas πŸ’πŸ’πŸ’kepada

Dr. Loh Su Ling,
Dr. Asmah Bohari
Nurul Faizah Fauzi (Pelajar PISP)

atas kejayaan menerbitkan artikel bertajuk

β€œSupporting Inquiry-Based Learning of Density Using a 3D-Printed Instructional Kit”

dalam

International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS), Volume 10, Issue 6.

Semoga pencapaian ini terus menyemarakkan budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah di IPG KPT


24/06/2026

πŸ“Œ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π„π‚πŽπŒπˆππƒπ€ 𝟐.𝟎

Program EcoMinda 2.0 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Jun 2026 (Jumaat) di Dewan Kuliah IPG KPT, melibatkan 63 orang pelajar dan 5 orang pensyarah IPG KPT dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd.

Program ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus PALS1012: Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan sisa pepejal, amalan kitar semula dan kepentingan kelestarian alam sekitar, selaras dengan aspirasi SDG 13: Tindakan Iklim.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.



24/06/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŒπ„π‹π€π˜π” πƒπˆ π’πŠ π‰πˆπ‰π€π

Pada 19 Jun 2026, Jabatan Pengajian Melayu dan Jawatankuasa Sekolah Pengajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik telah melaksanakan Program Sekolah Pengajar bertajuk Saya S**a Baca (SASUBA) bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Jijan.Program ini melibatkan seramai 43 orang murid Tahun 1 dan Tahun 2 serta 23 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Jabatan Pengajian Melayu.

Program ini dianjurkan bagi membantu meningkatkan kemahiran literasi asas membaca dalam kalangan murid, khususnya dalam penguasaan huruf besar, huruf kecil, huruf vokal dan huruf konsonan melalui penggunaan Modul SASUBA. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pelajar IPG KPT untuk mengaplikasikan pengetahuan pedagogi serta kemahiran pengajaran dalam situasi sebenar di sekolah. membimbing murid mengenal pasti huruf besar, huruf kecil, huruf vokal dan huruf konsonan dengan sebutan yang betul.

Murid juga diberikan latihan pengukuhan bagi menilai tahap kefahaman dan penguasaan mereka terhadap kandungan yang dipelajari. Sepanjang program berlangsung, murid menunjukkan penglibatan yang aktif, bersemangat dan memberikan respons yang sangat positif terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Secara keseluruhannya, Program Sekolah Pengajar SASUBA ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran asas membaca murid, malah berjaya memupuk minat murid terhadap pembelajaran literasi melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan. Di samping itu, program ini turut memberi impak positif kepada pelajar IPG KPT dalam meningkatkan kompetensi mereka sebagai bakal pendidik yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.


Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Block 2250, Jalan Usahawan 1
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00