Jabatan Digital Negara

Jabatan Digital Negara

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Digital Negara, Government Organization, Cyberjaya.

15/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐“๐”๐†๐€๐’

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Mohd Zamri bin Selamat atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO), Jabatan Digital Negara berkuat kuasa pada 25 Mei 2026.

Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh agenda transformasi digital sektor awam serta memacu penerapan teknologi, inovasi dan penyampaian perkhidmatan digital yang lebih berkesan demi manfaat rakyat dan negara.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Digital Negara.





Photos from Jabatan Digital Negara's post 11/06/2026

๐Ÿ“ข ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ: ๐Œ๐”๐€๐“ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐€๐๐‹๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐’๐๐Ž๐“-๐Œ๐ž ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

Dimaklumkan bahawa Aplikasi SPOT-Me Versi Baharu akan mula digunakan secara rasmi pada 15 Jun 2026.

๐Ÿ“ฒ Muat turun aplikasi bermula 15 Jun 2026 melalui Portal GAMMA:
๐Ÿ”— https://gamma.malaysia.gov.my/app-details/783

Untuk maklumat lanjut:
๐ŸŒ SPOT-Me: https://www.spotme.gov.my
๐ŸŒ GAMMA: https://gamma.malaysia.gov.my/app-details/783

Photos from Jabatan Digital Negara's post 08/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Komunikasi telah berlangsung pada 8 Jun 2026 di Dewan Serbaguna, Aras B1, Menara Komunikasi, Putrajaya bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi.

Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN), Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat bersama barisan pengurusan tertinggi dan warga JDN turut mengikuti sesi ini secara penstriman langsung bagi mendengar amanat serta pengumuman penting yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.

Antara intipati amanat yang disampaikan adalah Perlembagaan Persekutuan dan nilai MADANI sebagai asas pentadbiran negara, kepentingan amalan toleransi dan hormat-menghormati dalam memelihara perpaduan, pelaksanaan tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang serta keperluan pegawai awam melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan terus memperkukuh penyampaian dasar kerajaan kepada rakyat.

Semoga amanat yang disampaikan menjadi pemangkin kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk terus memperkasa penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berfokuskan kesejahteraan rakyat.





08/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Š๐„ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐๐”๐Š๐” ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Unit Perpustakaan, Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan sesi lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada 5 Jun 2026. Program ini telah disertai oleh seramai 43 orang warga JDN sebagai usaha membudayakan amalan membaca dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga jabatan.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengunjungi pelbagai reruai pameran buku, mendapatkan bahan rujukan yang bersesuaian dengan bidang tugas serta meninjau penerbitan terkini dan perkembangan industri perbukuan negara. Program ini turut membuka ruang kepada warga JDN untuk menambah ilmu pengetahuan serta memperkukuh budaya ilmu dalam persekitaran kerja.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga JDN.





06/06/2026

๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐’๐๐Ž๐“-๐Œ๐ž & ๐Œ๐ฒ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ

Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik SPOT-Me & MyMesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… 8 โ€“ 9 Jun 2026
๐Ÿ•ค 9.30 pagi โ€“ 5.30 petang
๐Ÿ“ Aras 4, Blok D, Jabatan Digital Negara, MKN Embassy, Cyberjaya

Kehadiran adalah secara walk-in kepada pengguna dan pentadbir sistem yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, panduan serta bantuan teknikal berkaitan aplikasi SPOT-Me dan MyMesyuarat.

Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi secara terus bersama pasukan teknikal bagi meningkatkan kefahaman dan penggunaan aplikasi digital kerajaan.

Photos from Jabatan Digital Negara's post 05/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐€๐†๐ˆ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Perhimpunan Bulanan Jabatan Digital Negara bagi bulan Jun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Jun 2026 di Ruang Legar Utara, Aras 6, Jabatan Digital Negara. Program anjuran bersama Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (BPKK) dan Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan Digital (BPG) ini membawa tema โ€œHarmoni Sejiwa, Pekerja Berwibawaโ€.

Perhimpunan ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kebersamaan, mempererat hubungan silaturahim serta menyemarakkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga JDN. Pelbagai pengisian turut diadakan bagi menghargai sumbangan dan komitmen warga jabatan dalam menjayakan agenda pendigitalan sektor awam.

Program turut diserikan dengan sambutan genap setahun kepimpinan YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara bertemakan โ€œSetahun Menerajui, Selamanya Menginspirasiโ€. Sambutan ini mencerminkan penghargaan warga JDN terhadap kepimpinan, dedikasi dan komitmen beliau dalam menerajui jabatan ke arah kecemerlangan digital.





05/06/2026

๐Ÿ“น ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž | ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐€๐†๐ˆ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Perhimpunan Bulanan Jabatan Digital Negara bagi bulan Jun 2026 telah berlangsung pada 4 Jun 2026 di Ruang Legar Utara, Aras 6, Jabatan Digital Negara dengan tema โ€œHarmoni Sejiwa, Pekerja Berwibawaโ€.

Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan sambutan genap setahun kepimpinan YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara yang bertemakan โ€œSetahun Menerajui, Selamanya Menginspirasiโ€.

Sambutan tersebut menjadi simbol penghargaan terhadap komitmen, kepimpinan dan dedikasi beliau dalam menerajui agenda transformasi digital sektor awam serta memacu kecemerlangan JDN sepanjang tempoh tersebut.





01/06/2026

โœจ๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ โœจ

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Digital Negara (JDN) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

YBrs. Ts. Nik Zalbiha Binti Nik Mat, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara atas penganugerahan Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang telah dikurniakan pada 1 Jun 2026.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memacu transformasi digital negara.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Warga Jabatan Digital Negara

01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Jabatan Digital Negara (JDN) menzahirkan setinggi-tinggi sembah takzim serta doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta hidayah-Nya dalam menerajui negara tercinta.

Sembah takzim daripada:
Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Digital Negara





31/05/2026

๐Ÿชท๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š

Jabatan Digital Negara (JDN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan memperkukuh semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk negara kita.

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Digital Negara





Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Cyberjaya