Majlis Perbandaran Sepang

Majlis Perbandaran Sepang

Share

Facebook rasmi Majlis Perbandaran Sepang. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mpsepang.gov.my/en/main/

English:
To disseminate announcements about our events, activities and corporate information. This is NOT a complaints page.It is one of the efforts made to provide updated information on the profile of the Sepang Municipal Council and its various functions and services rendered to the community of Sepang and Cyberjaya. Use our online system to log your complaints and to track its progress at http

Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 12/06/2026

Kerja-kerja menampal jalan berlubang di sekitar Taman Dahlia, BBST telah dilaksanakan pada 9 Jun 2025.

Sebanyak kira-kira 12 lubang jalan telah ditampal dalam kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 11/06/2026

TINDAKAN OPERASI LORI SAMPAH HARAM OLEH JABATAN PENGUATKUASA MP SEPANG

10.06.2026, SEPANG – Unit Kawalan Sampah Haram, Jabatan Penguatkuasaan MP Sepang telah melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan pembuangan sampah haram di sekitar Salak, Dengkil dan Sungai Merab.

Operasi dijalankan hasil pemantauan berterusan serta maklumat awam berhubung aktiviti pelupusan sampah haram yang masih aktif di beberapa kawasan dalam pentadbiran MP Sepang. Hasil operasi, sebanyak 02 buah lori telah ditahan dan disita oleh Jabatan Penguatkuasaan MP Sepang untuk tindakan lanjut.

Tindakan operasi dilaksanakan di lokasi berikut, Lot 1180, Jalan Fatimah, Kampung Salak, Lot 670, Rancangan Revolusi Hijau, Dengkil, Lot 121331, Jalan Air Hitam, Sungai Merab danLot 109343, Bersebelahan Taman Sri Delima, Dengkil

Tindakan penguatkuasaan dijalankan di bawah peruntukan berikut:
-Peruntukan 13(1), Undang-Undang Kecil Pemungutan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MP Sepang) 2007 – memasuki tempat pembuangan sampah tanpa kebenaran majlis.

Majlis Perbandaran Sepang menasihatkan semua pihak agar menggunakan tapak pelupusan yang sah dan tidak terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram. Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kebersihan serta kelestarian alam sekitar dalam kawasan pentadbiran MP Sepang.

Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 11/06/2026

PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR (GRS 2.0) DAERAH SEPANG 2026

10 JUN 2026 (RABU), DAERAH SEPANG - Program Gagasan Rumpun Selangor 2026 (GRS 2.0) yang berlangsung di daerah Sepang merupakan satu inisiatif signifikan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha memperkukuh hubungan antara rakyat, institusi diraja serta agensi kerajaan.

Kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menyemarakkan bersama pelbagai lapisan masyarakat telah menyerlahkan peranan program ini sebagai platform penyatuan komuniti melalui pelbagai aktiviti pembangunan dan kemasyarakatan.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenalkan dengan matlamat memperkasakan pembangunan yang mampan dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Pendekatan yang menekankan semangat kebersamaan, program ini membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang idea, tenaga dan komitmen dalam usaha membangunkan komuniti setempat. Selain itu, pelbagai projek komuniti serta penambahbaikan kemudahan awam turut diketengahkan bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.

Penganjuran program di Sepang juga menjadi wadah penting dalam merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, memberikan inspirasi kepada penduduk setempat untuk terus berganding bahu dalam memajukan negeri. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan turut menekankan nilai perpaduan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial sebagai asas pembentukan komuniti yang harmoni dan berdaya tahan.

Sebagai sebuah daerah yang pesat membangun, Sepang memiliki potensi besar dalam sektor ekonomi, pelancongan dan pembangunan komuniti. Gagasan Rumpun Selangor 2026, berpotensi mengeketengahkan secara lebih berkesan menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang maju, mampan dan sejahtera demi kesejahteraan rakyat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, mengalu-alukan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke Kebun Bandar yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandar di Cyberjaya. Baginda turut melepaskan itik ke dalam sebatang sungai buatan dan memberi makan haiwan ternakan di situ. Raja Muda Selangor juga mengambil peluang membanting padi dan melawat ke teratak.

Indah berseri Taman Tasik Cyberjaya,
Tempat istirehat saujana mata memandang,
MPSepang merafak sembah penuh mulia,
Menjunjung kasih Raja Muda yang datang.

Anak raja turun berangkat,
Meninjau desa di hujung muara;
Sama berganding bahu dan sepakat,
Rakyat jelata hidup sejahtera.

Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 10/06/2026

📢 PERINGATAN MESRA: PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN MPSepang PENGGAL KEDUA KINI DIBUKA! 📢

Warga Sepang yang bertanggungjawab, sudahkah anda menyemak dan menjelaskan cukai taksiran anda? Tempoh pembayaran bagi Penggal Kedua (1 Julai 2026 sehingga 31 Ogos 2026) kini berjalan.

Sila jelaskan bayaran anda sebelum atau pada 31 Ogos 2026 bagi mengelakkan sebarang bayaran denda lewat! 🗓️

Kini segalanya lebih mudah! Anda boleh membuat pembayaran melalui pelbagai saluran digital dan fizikal yang disediakan:
👉 JomPAY (Biller Code: 8052)
👉 Portal PBTPay
👉 Perbankan Internet (AmBank Islamic, CIMB Bank, BSN, Maybank, Bank Islam)
👉 Kaunter Pos Malaysia
👉 Kaunter Bergerak MPSepang (Mudah, Cepat & Dekat dengan anda!)
👉 Laman Web Rasmi: https://ekl.mpsepang.gov.my/sso/

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Sepang di talian 03-8319 0200 (Samb. 266/558/559/603/605/402).

Ayuh bersama-sama kita menyumbang demi pembangunan dan kesejahteraan daerah Sepang!

Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 09/06/2026

SIMULASI LATIHAN PRAKTIKAL PENGGUNAAN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED) & LATIHAN CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) UNTUK WARGA KERJA MPSEPANG

09 JUN 2026 (SELASA), AUDITORIUM SEMARAK HALL@CYBERJAYA - Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah menganjurkan Simulasi Latihan Praktikal Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada warga kerja MPSepang.

Simulasi ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak Worldwide Medivest Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan penggunaan AED serta meningkatkan tahap kewaspadaan warga kerja MPSepang untuk memberikan bantuan kecemasan.

Melalui latihan praktikal ini, para peserta akan memperoleh ilmu pengetahuan dan berkeyakinan untuk bertindak segera sekiranya diperlukan.





Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 09/06/2026

Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
Masa: 5.00 pagi
Tempat: Dataran Warisan, Kuala Kubu Bharu

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MPSepang telah menyertai program Hulu Selangor Half Marathon (HSHM) yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MPSepang dari pelbagai jabatan dan unit telah mengambil bahagian dalam kategori larian sejauh 21 kilometer, 12 kilometer dan 5 kilometer.

Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif MPSepang dalam membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja, di samping menyokong usaha MPHS dalam mempromosikan Daerah Hulu Selangor sebagai destinasi pelancongan utama bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, khususnya Kuala Kubu Bharu, bersempena Tahun Melawat Selangor 2026.

Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan, khususnya antara MPSepang dan MPHS, yang telah terjalin sekian lama.

MPSepang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MPHS atas jemputan serta penganjuran program yang berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai agensi dan komuniti.

09/06/2026

MAKLUMAN

MEDAN SELERA LOT 10
TELAH BERPINDAH KE TAPAK SEMENTARA

📍 Tapak Sementara Medan Selera Lot 10
Bersebelahan INSPEN, Jalan Gate 1, Putrajaya
43000 Kajang, Selangor

Perpindahan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pembangunan semula Medan Selera Lot 10 yang lebih terancang, selesa dan kondusif.

Kemudahan tandas awam dan surau turut disediakan di tapak sementara ini untuk keselesaan pengunjung.

JEMPUT HADIR DAN TERUS MENYOKONG
PENIAGA-PENIAGA MEDAN SELERA LOT 10

09/06/2026

Jom Follow WhatsApp Communities @ MPSepang!

Ingin mendapatkan maklumat terkini, hebahan rasmi, program komuniti serta pengumuman penting daripada Majlis Perbandaran Sepang dengan lebih pantas?

Sertai WhatsApp Communities @ MPSepang sekarang dengan mengimbas Kod QR yang disediakan dan kekal berhubung dengan pelbagai informasi terkini terus di hujung jari anda.

Jangan lupa ikuti juga semua platform media sosial rasmi MPSepang untuk mendapatkan berita dan aktiviti semasa.

https://chat.whatsapp.com/JQ95RNxI97o4Xdl4S0GKUR

MPSepangOfficial

Photos from Majlis Perbandaran Sepang's post 09/06/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN SPRING CLEANING SELERA@BAGAN LALANG SERTA PUSAT PENJAJA BAGAN LALANG
📅 8 Jun 2026

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah melaksanakan Program Gotong-Royong dan kerja-kerja Spring Cleaning di Selera@Bagan Lalang serta Pusat Penjaja Bagan Lalang mengikut Jadual Spring Cleaning Tahun 2026 yang telah ditetapkan.

Program ini melibatkan penyertaan penyewa Selera@Bagan Lalang, penyewa Pusat Penjaja Bagan Lalang, kontraktor Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta kerjasama Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPSepang. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk pembersihan kawasan premis dan longkang, pengumpulan serta pelupusan sisa pukal, pembersihan semak-samun, pengemasan landskap dan kerja-kerja spring cleaning bagi memastikan kawasan perniagaan sentiasa bersih, selamat dan kondusif.

Selain itu, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPSepang turut menjalankan aktiviti kawalan LILATI (Lipas, Lalat dan Tikus) di sekitar Selera@Bagan Lalang dan Pusat Penjaja Bagan Lalang. Aktiviti ini dilaksanakan sebagai langkah kawalan perosak bagi memastikan tahap kebersihan premis makanan dan persekitaran sentiasa terpelihara demi keselesaan peniaga serta pengunjung.

Pelaksanaan program pada 8 Jun 2026 ini merupakan sebahagian daripada Jadual Spring Cleaning Tahun 2026 yang dijalankan secara berkala setiap bulan di premis-premis di bawah seliaan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Melalui program ini, sejumlah sisa pukal, barangan terbiar, dahan pokok, semak-samun dan pelbagai bahan buangan lain telah berjaya dikumpulkan serta dilupuskan secara teratur.

MPSepang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyewa, kontraktor dan warga kerja yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. Semangat gotong-royong yang ditunjukkan mencerminkan keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan, keselesaan serta imej kawasan tumpuan awam dan pelancongan di Bagan Lalang terus terpelihara

Want your business to be the top-listed Government Service in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Persiaran Semarak Api, Cyber 1
Cyberjaya
63200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00