WorldSkills Malaysia Belia 2026 menjadi pentas terbaik untuk menghimpunkan bakat-bakat muda yang berkemahiran tinggi dan bersedia mencorakkan masa depan industri negara
Dengan penyertaan daripada pelbagai bidang kemahiran serta wakil-wakil terbaik, WSMB 2026 menjadi pentas untuk mengasah bakat, meningkatkan kompetensi dan mengangkat martabat TVET ke tahap yang lebih tinggi.
Masa depan industri bermula dengan kemahiran. Dan di sinilah tempat bakat-bakat itu dibentuk.
Jom follow CIDBTV untuk melihat lebih banyak perkongsian menarik sepanjang Worldskills Malaysia Belia 2026
CIDB Malaysia
Bina Sempurna
Akaun Facebook Rasmi CIDB MALAYSIA
Disclaimer : Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Worldskills Malaysia Belia 2026 kembali lagi!
Sebanyak 13 bidang kemahiran dipertandingkan, menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari seluruh negeri untuk membuktikan keupayaan mereka dalam industri pembinaan. Daripada welding, cabinet making, plumbing, electrical installations hinggalah digital construction, semuanya bakal berentap untuk menjadi yang terbaik.
Inilah pentas untuk mengangkat kemahiran, bakat dan masa depan TVET Malaysia ke tahap yang lebih tinggi!
Follow CIDBTV untuk mengikuti perjalanan para peserta sepanjang Worldskills Malaysia Belia 2026.
Graduasi ABM Sabah 2026 menjadi bukti bahawa bidang TVET dan kemahiran terus melahirkan tenaga kerja mahir untuk masa depan industri pembinaan.
Melalui pengiktirafan seperti Ikon TVET Pembinaan dan Anugerah Pelatih Cemerlang, ia membuktikan bidang kemahiran terus melahirkan bakat-bakat berkualiti untuk masa depan industri.
Semoga majlis seperti ini terus menjadi inspirasi dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk memilih laluan TVET.
Ikuti perkembangan semasa tentang industri pembinaan Malaysia melalui semua platform CIDBTV!
Hari penuh bermakna buat graduan ABM Sabah & CIDB Technologies!
Majlis Graduasi Tahun 2026 meraikan kejayaan para pelatih yang berjaya menamatkan latihan kemahiran serta menerima SKKP dalam pelbagai bidang industri pembinaan.
Tahniah kepada semua graduan, penerima anugerah dan Ikon TVET Pembinaan yang diraikan. Semoga terus menjadi inspirasi buat generasi muda untuk berani memilih bidang TVET dan kemahiran.
Follow CIDBTV untuk melihat highlight menarik sepanjang majlis erlangsung!
Setiap kejayaan datang dengan cabaran, usaha dan pengorbanan sepanjang perjalanan dalam bidang kemahiran dan pembinaan.
Satu pencapaian yang membuktikan usaha, disiplin dan semangat tidak pernah mengkhianati hasil!
Ikuti perkembangan semasa di CIDBTV untuk melihat lagi interview dan kisah inspirasi daripada graduan ABM Sabah.
12/06/2026
Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang baharu kepada YBrs. Sr Ahmad Farrin Mokhtar.
Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, turut serta dalam majlis tersebut YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan); dan YB Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab, Pengerusi CIDB.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan atas pelantikan ini. Semoga pengalaman, kewibawaan dan komitmen yang dimiliki terus memperkukuh industri pembinaan negara serta memacu agenda pembangunan infrastruktur yang mampan, berkualiti dan berdaya saing.
Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan iltizam demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.
12/06/2026
Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia
CIDB Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad Farrin Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.
Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan komitmen beliau dalam memperkasakan industri pembinaan negara.
Semoga beliau terus memimpin CIDB Malaysia dengan visi yang jelas, integriti yang tinggi serta semangat kolaboratif dalam merealisasikan agenda transformasi industri pembinaan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan.
Selamat menjalankan amanah demi kemajuan industri pembinaan Malaysia.
TVET bukan sekadar pilihan kerjaya tapi platform untuk bina masa depan yang lebih besar untuk generasi akan datang!
Daripada latihan kemahiran hingga bergelar Ikon TVET Pembinaan, perjalanan ini membuktikan bahawa bidang TVET mampu melahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan berjaya dalam industri pembinaan.
Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada anak muda untuk berani memilih laluan TVET sebagai kerjaya masa depan mereka.
Follow CIDBTV untuk melihat lagi interview menarik daripada para graduan ABM Sabah ini!
MKRM Sabah memainkan peranan penting dalam memastikan industri pembinaan di Sabah terus bergerak dengan lebih berkualiti, selamat dan mengikut standard terbaik
Melalui teknologi pengujian moden dan fasiliti bertaraf antarabangsa, MKRM Sabah membantu pemain industri mendapatkan data, ujian dan penyelidikan yang lebih tepat sebelum sesuatu bahan digunakan di tapak pembinaan.
Kalau nak tahu macam mana teknologi terbaru yang digunakan di MKRM Sabah dan bagaimana fasiliti ini membantu industri pembinaan Borneo kena tengok video ni sampai habis!
Follow CIDBTV untuk lebih banyak perkongsian tentang pembaharuan industri pembinaan di Malaysia.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
CIDB Malaysia, Tingkat 11, CIDB 520, The MET Corporate Towers, No 20 Jalan Dutamas 2
Kampong Dollah
50480
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
