01/06/2026
Selamat Bersidang dan Selamat Berjuang
Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda, dan Puteri UMNO di seluruh negara sempena Persidangan Tahunan UMNO yang berlangsung bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026
Berdiri megah pada usia 80 tahun, persidangan kali ini menuntut kita semua untuk lebih berani berubah dan tangkas menyesuaikan diri dengan realiti dunia moden. Semoga ruang ini menjadi platform terbaik untuk menyatukan pemikiran, memperkukuh agenda Rumah Bangsa, serta membuktikan bahawa UMNO kekal relevan sebagai wadah yang diyakini rakyat.
Selamat bermusyawarah demi agama, bangsa, dan tanah air.
01/06/2026
🔹*Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional!*🔹
Meniti usia 52 tahun, Barisan Nasional kekal utuh sebagai wadah perpaduan yang membawa agenda kestabilan dan kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia.
Semoga ikatan kerjasama antara parti komponen terus diperkasakan demi mendepani cabaran masa hadapan.
Demi rakyat, demi negara. Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional!
Ikhlas daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Seluruh Kepimpinan Puteri UMNO Malaysia
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.
Sembah Takzim daripada kami seluruh kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Allah Peliharakan Sultan
31/05/2026
🌾*SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAMAATAN 2026* 🌾
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan seluruh kepimpinan Puteri UMNO Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya warga Sabah dan Sarawak yang meraikannya.
Semoga pesta kali ini disambut dengan penuh kemeriahan serta semangat muhibbah dan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dieratkan.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
31/05/2026
Selamat Hari Gawai buat semua yang menyambutnya. Raikan budaya, eratkan persaudaraan. ❤️
26/05/2026
Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan sebagaimana yang ditunjukkan dalam kisah agung Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.
Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi medan untuk kita memperkukuhkan rasa syukur, mempererat ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan demi keluarga, perjuangan dan masa depan ummah diberikan ganjaran serta keberkatan oleh Allah SWT.
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di mana jua berada. Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan rahmat buat semua.
“Pengorbanan yang ikhlas melahirkan kekuatan, perpaduan dan keberkatan.” 🤍
Ikhlas daripada,
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
25/05/2026
Sorotan sekitar Program Jalan Rancak di Kampung Kita Zon Serom.
Terima kasih kepada seluruh warga kampung yang hadir memeriahkan suasana dengan penuh semangat dan senyuman.
Bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi ruang mengeratkan silaturahim dan menyatukan komuniti setempat.
Semoga program seperti ini terus memberi manfaat, menyemai budaya hidup sihat serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat kampung
14/05/2026
Selamat Hari Lahir buat
Semoga Datuk Wira Dr. sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta terus diberi kekuatan dalam memimpin dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan perjuangan yang tidak pernah mengenal lelah. Semoga setiap usaha dipermudahkan dan terus menjadi inspirasi kepada ramai anak muda serta masyarakat.
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran, semoga terus cemerlang, dihormati dan diberkati selalu.