11/06/2026
PENJAGAAN KESIHATAN YANG BAIK ADALAH SENJATA PALING KUAT UNTUK BEBAS DARI DADAH
Bila badan sihat, otak pun lebih kuat untuk melawan craving. Bebas bukan sekadar "berhenti", tapi membina semula diri sendiri.
4 tips penjagaan kesihatan yang baik untuk pulih.
Pertama :
Tidur & Rehat yang mencukupi
Kedua :
Makan makanan yang berkhasiat
Ketiga :
Penjagaan kesihatan diri
Keempat :
Pemeriksaan kesihatan secara berkala
Apabila badan rasa sihat, fikiran akan lebih rasional dalam membuat keputusan. Hargai diri sendiri dan pasang niat - "aku jaga diri aku, aku berharga".
Jika anda mengesyaki anak, ahli keluarga atau individu yang anda kenali terlibat dengan penyalahgunaan dadah, dapatkan bantuan awal. AADK menyediakan khidmat nasihat, saringan dan ujian penilaian penagihan dadah secara percuma di pejabat AADK berhampiran anda.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
📞 Talian Bebas Tol AADK: 1-800-22-AADK (2235)
📱 WhatsApp: 019-626 2233
Bersama kita bantu mereka kembali ke landasan kehidupan yang lebih sihat dan produktif.
Antidadah Kebangsaan Malaysia
10/06/2026
PERTANDINGAN “PENTAS CERITA KITA” SEMPENA BULAN ANTIDADAH 2026
“BUKAN SEKADAR CERITA”
Sempena Sambutan Bulan Antidadah 2026, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan “Pentas Cerita Kita” yang bertemakan “Bukan Sekadar Cerita”.
Pertandingan yang melibatkan semua penghuni PUSPEN ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memiliki tekad yang kuat untuk meninggalkan penyalahgunaan dadah. Selain itu, program ini turut menggalakkan peserta menampilkan nilai-nilai positif seperti gaya hidup sihat, semangat kekeluargaan dan kepulihan diri, di samping menyampaikan mesej pencegahan dadah melalui kreativiti dan seni persembahan. Program ini juga bertujuan membina keyakinan diri, semangat kerjasama serta kemahiran komunikasi dalam kalangan peserta.
Antara pengisian program ialah sesi perkongsian oleh Ketua Unit Hal Ehwal Penghuni berkaitan Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2026 serta pertandingan lakonan yang disertai oleh semua penghuni mengikut asrama masing-masing.
Melalui program ini, diharapkan semua penghuni dapat menyedari betapa pentingnya menghargai diri sendiri serta berusaha membina masa depan yang lebih baik tanpa dipengaruhi dadah dan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan kehidupan.
Antidadah Kebangsaan Malaysia
02/06/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026
Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak serta semua yang meraikannya.
Sambutan yang penuh warna-warni adat, budaya dan tradisi ini merupakan lambang kekayaan warisan yang menjadi kebanggaan negara serta mencerminkan keindahan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Sempena pesta menuai yang diraikan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian dan rezeki yang dikurniakan.
Semoga nilai kesyukuran, perpaduan dan kebersamaan yang dizahirkan melalui perayaan ini terus mekar dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ikhlas daripada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan.
Shamsul Anuar Nasarah
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Raja Permaisuri Agong, dan terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.
Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga
Agensi Antidadah Kebangsaan
Shamsul Anuar Nasarah
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.
Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.
Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan
Shamsul Anuar Nasarah
22/05/2026
SEMBELIHAN & LAMBAIAN KAABAH: PENGORBANAN SEBUAH PERJALANAN
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi hari ini telah mengadakan Program Sembelihan dan Lambaian Kaabah yang menggabungkan latihan serta praktikal penyembelihan haiwan peliharaan bersama simulasi Umrah dan Haji dalam suasana penuh penghayatan dan bermakna.
Program ini mendapat penyertaan yang amat memberangsangkan daripada pegawai, kakitangan serta penghuni PUSPEN. Bukan sahaja memberi ilmu dan pengalaman baharu, malah turut menyentuh hati setiap peserta tentang nilai kesyukuran, pengorbanan dan keinsafan dalam perjalanan menuju kepulihan.
Para peserta turut diberi pendedahan berkaitan kaedah penyembelihan yang betul oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum diteruskan dengan pertandingan survival memasak hasil sembelihan yang penuh semangat, kerjasama dan kreativiti.
Semoga program seperti ini terus menjadi medan membina jati diri, mengukuhkan rohani dan menyuntik semangat baharu khususnya kepada penghuni PUSPEN agar terus istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam proses kepulihan.
Antidadah Kebangsaan Malaysia
17/05/2026
BIRO WANITA DAN BELIAWANIS ANJUR PROGRAM RIANG RIA SANTUNI BERSAMA DAN BACAAN YASSIN
Jawatankuasa Biro Wanita dan Beliawanis Surau Madrasah Nurul Yakin PUSPEN Sungai Besi menganjurkan program Riang Ria Santuni Bersama dan Bacaan Yassin hari ini bertempat di PUSPEN Sungai Besi.
Antara pengisian program adalah majlis bacaan yassin, pertandingan mewarna kanak-kanak "Ceria Islami 2026" dan pertandingan memasak "Muster Omelet Challenge" dalam kalangan peserta wanita.
Tujuan utama program tersebut dilaksanakan adalah bagi mengeratkan jalinan silaturrahim antara warga kerja serta penghuni kuaters PUSPEN.
Pengerusi dan ahli jawatankuasa Surau Madrasah Nurul Yakin PUSPEN Sungai Besi mengucapkan ribuan terima kasih serta setinggi penghargaan kepada semua yang hadir dalam program tersebut.
Antidadah Kebangsaan Malaysia
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU : GURU BITARA NADI NEGARA
Warga kerja PUSPEN Sungai Besi mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat semua pendidik hebat. Tanpa seorang pendidik, tiada kejayaan bagi seseorang insan.
Terima kasih atas jasa serta pengorbanan masa dan tenaga yang dicurah untuk anak-anak pelajar.
Semoga usaha serta kesungguhan dan keikhlasan Cikgu sebagai pendidik anak bangsa dibalas dengan kebaikan hendakNya.
Antidadah Kebangsaan Malaysia