Hospital Orang Asli Gombak

Hospital Orang Asli Gombak

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Orang Asli Gombak, Government Organization, KM 24, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Perkhidmatan akan diberikan dalam persekitaran yang selesa, sesuai dan selamat dengan menggunakan kaedah, peralatan serta kemudahan yang sesuai dan berfungsi baik.

05/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Hospital Orang Asli, Gombak ingin mempelawa tawaran Sebut Harga bagi Kerja-Kerja Pemasangan Sistem Pendingin Hawa Di Wad Hospital Daerah Dan Kerja-Kerja Lain Berkaitan Di Hospital Orang Asli, Gombak .
3. Tuan/Puan yang berminat dipelawa untuk menyertai tawaran sebut harga tersebut.
Sekian, terima kasih.

30/04/2026

29 April 2026.

Pengurusan Tertinggi Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) mengucapkan tahniah kepada 18 orang kakitangan HOAG yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Peringkat Jab. Kesihatan Negeri Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kem. Kesihatan Malaysia bertempat di Bangi Avenue Convention Centre.

"Kecemerlangan Perkhidmatan Kesihatan, Memacu Aspirasi MADANI".

23/04/2026

22 April 2026.

Program Penyerahan Sumbangan Kaki Palsu kepada penerima Orang Asli anjuran bersama Yayasan UNITI dan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah berjaya dilaksanakan di HOAG. Program ini telah mendapat sokongan penyumbang daripada Yayasan Waqaf Malaysia, Affin Islamic Bank Berhad, Tenaga Nasional Berhad & UMW.

Program bertujuan membantu meningkatkan kualiti hidup penerima melalui penyediaan bantuan mobiliti.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil agensi penyumbang, JAKOA dan Jab. Kesihatan Negeri Selangor. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat serta sinar baharu kepada para penerima dalam menjalani kehidupan harian dengan lebih baik.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

Photos from Hospital Orang Asli Gombak's post 23/04/2026

22 April 2026.

Program Penyerahan Sumbangan Kaki Palsu kepada penerima Orang Asli anjuran bersama Yayasan UNITI dan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah berjaya dilaksanakan di HOAG. Program ini telah mendapat sokongan penyumbang daripada Yayasan Waqaf Malaysia, Affin Islamic Bank Berhad, Tenaga Nasional Berhad & UMW.

Program bertujuan membantu meningkatkan kualiti hidup penerima melalui penyediaan bantuan mobiliti.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil agensi penyumbang, JAKOA dan Jab. Kesihatan Negeri Selangor. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat serta sinar baharu kepada para penerima dalam menjalani kehidupan harian dengan lebih baik.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

✨ Bringing Smiles to Little Hearts! ✨

The Rotary Club of Subang joined hands with @latinwam (Latin Women’s Association Malaysia) and INTI International College Subang to create a joyful play space at Hospital Orang Asli Gombak 🏥💛

Bookshelves, sensory boards, tables & chairs, seesaw rockers, mats, and baby & mother care kits — all set up for the little ones and new mums! 🧸📚👶

It was heartwarming to see the children’s faces light up with joy! 💕

We were honoured to have Dr. Izandis (Pengarah of Hospital Orang Asli Gombak), Dr Noor Aishah (Hospital Orang Asli Gombak), Ms. Diana Lecorne (President of Latin Women’s Association Malaysia), and Ms. Veronica Jaime (Representative from Latin Women’s Association Malaysia) with us.

President Diana shared her personal reflection:

“As the President of LWAM, supporting this initiative with the Rotary Club of Subang is solidarity in action — a playground for children and care packages for mothers of newborns, leaving a real and meaningful impact.”

Veronica also shared her reflection:

“Hello… Being part of LWAM is incredibly rewarding, and working with you at the Rotary Club Subang has been wonderful. Helping the Orang Asli mothers and preparing the small playground for the children has been very gratifying for me. Thank you, Haslina, and your entire team for making this possible! Helping those in need is priceless in this life!” 💫

🌈 Together, we can make even the smallest spaces full of hope.

💙 #ServiceAboveSelf #RotaryClubSubang #LWAM #INTISubang #OrangAsli #TogetherWeServe 30/03/2026

https://www.instagram.com/p/DWct3mEEr07/?igsh=MWhqMWNmdWlvZGx4bw==

✨ Bringing Smiles to Little Hearts! ✨ The Rotary Club of Subang joined hands with @latinwam (Latin Women’s Association Malaysia) and INTI International College Subang to create a joyful play space at Hospital Orang Asli Gombak 🏥💛 Bookshelves, sensory boards, tables & chairs, seesaw rockers, mats, and baby & mother care kits — all set up for the little ones and new mums! 🧸📚👶 It was heartwarming to see the children’s faces light up with joy! 💕 We were honoured to have Dr. Izandis (Pengarah of Hospital Orang Asli Gombak), Dr Noor Aishah (Hospital Orang Asli Gombak), Ms. Diana Lecorne (President of Latin Women’s Association Malaysia), and Ms. Veronica Jaime (Representative from Latin Women’s Association Malaysia) with us. President Diana shared her personal reflection: “As the President of LWAM, supporting this initiative with the Rotary Club of Subang is solidarity in action — a playground for children and care packages for mothers of newborns, leaving a real and meaningful impact.” Veronica also shared her reflection: “Hello… Being part of LWAM is incredibly rewarding, and working with you at the Rotary Club Subang has been wonderful. Helping the Orang Asli mothers and preparing the small playground for the children has been very gratifying for me. Thank you, Haslina, and your entire team for making this possible! Helping those in need is priceless in this life!” 💫 🌈 Together, we can make even the smallest spaces full of hope. 💙 #ServiceAboveSelf #RotaryClubSubang #LWAM #INTISubang #OrangAsli #TogetherWeServe

Photos from Hospital Orang Asli Gombak's post 12/03/2026

Pada 11 Mac 2026, Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah dikunjungi oleh 20 orang Eksekutif Kanan FWD Group Asia Pacific. Para Eksekutif Kanan merupakan Naib Presiden dan Penolong Naib Presiden FWD Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, Australia dan Hong Kong. Kunjungi ke HOAG para eksekutif ini merupakan salah satu lawatan dalam Program FWD Leading Edge Expedition 2026. Lawatan ini telah diselaraskan bersama oleh Global Institute For Tomorrow (GIFT) Hong Kong dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Pengurusan Tertinggi HOAG mengucapkan terima kasih kepada FWD Group Asia Pacific, GIFT dan NKF di atas lawatan yang sungguh bermakna ini. Semoga taklimat dan perbincangan yang telah diadakan memberi manfaat kepada semua pihak terlibat sesuai dengan pendekatan "Public, Private & NGO Partnership" dalam menangani isu kesihatan sejagat.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

Photos from Hospital Orang Asli Gombak's post 12/03/2026

Audit AEMAS 2-Star oleh MGTC – Komitmen Berterusan ke Arah Pengurusan Tenaga Lestari

Pada 11 Mac 2026, satu sesi Audit Pengiktirafan AEMAS (ASEAN Energy Management Scheme) – 2 Star telah dilaksanakan oleh pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) di Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG). Audit ini bertujuan menilai tahap pelaksanaan, inisiatif dan komitmen semua warga HOAG dalam memastikan pengurusan tenaga yang lestari, jimat dan mampan.
Hasil daripada audit tersebut, HOAG telah berjaya memperolehi pengiktirafan Dua Bintang AEMAS.
Pengiktirafan ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa komitmen dan kerjasama yang baik daripada Jawatankuasa Sustainability Programme HOAG serta seluruh warga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Dedikasi dan kesungguhan semua pihak dalam menyokong inisiatif kelestarian organisasi telah memainkan peranan penting dalam memastikan proses audit berjalan dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua ahli jawatankuasa dan warga HOAG yang telah memberikan kerjasama serta komitmen yang tinggi sepanjang proses penyediaan dokumentasi, pelaksanaan program, dan sesi audit berlangsung.
Diharapkan pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan, seterusnya memperkukuhkan lagi amalan pengurusan tenaga yang cekap, berdaya tahan dan lestari demi menyokong agenda pembangunan hijau negara.




Photos from Hospital Orang Asli Gombak's post 21/02/2026

20 Feb. 2026.
Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) telah menerima lawatan sambil belajar para mahasiswa/siswi Tahun Empat, Fakulti Perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semasa lawatan ini, delegasi USIM seramai 47 orang mahasiswa/siswi telah diberikan taklimat oleh Pengarah Hospital, Pegawai Perubatan Tadbir Urus Klinikal 2 dan Ketua Unit Primer/PBOA & NCD. Delegasi USIM turut dibawa melawat ke beberapa fasiliti di HOAG. Semoga lawatan ini akan memberi pengetahuan kepada para mahasiswa/siswi perubatan mengenai peranan HOAG dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti Orang Asli. Akhirnya Pengurusan HOAG menzahirkan ucapan terima kasih kepada USIM di atas kesudian membuat lawatan sambil belajar ini.

"KOMUNITI ORANG ASLI SIHAT, KOMUNITI ORANG ASLI SEJAHTERA".

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


KM 24, Jalan Gombak
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00