09/06/2026
PKAT TERIMA JEMPUTAN RASMI US INDOPACOM KEPADA ATM SEBAGAI CO-HOST IND0-PACIFIC HEALTH SECURITY ALLIANCE (IPhas) 2026
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2026 – Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) menerima jemputan rasmi daripada United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) yang bertindak sebagai penganjur bersama bagi Indo-Pacific Health Security Alliance (IPhas) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 7-8 Jun 2026 di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Majlis pelancaran penganjuran persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera.
IPhas merupakan platform kerjasama strategik bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin sektor pertahanan, kesihatan dan keselamatan dari rantau Indo-Pasifik bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta tindak balas terhadap ancaman kesihatan global, termasuk penyakit berjangkit, krisis kesihatan awam dan cabaran keselamatan kesihatan rentas sempadan.
Penganjuran IPhas 2026 yang menghimpunkan penyertaan lebih 21 negara bersama pelbagai organisasi rakan strategik antarabangsa bagi membincangkan isu keselamatan kesihatan global, kesiapsiagaan pandemik serta pengukuhan kerjasama serantau melalui perkongsian kepakaran, latihan dan amalan terbaik dalam bidang perubatan ketenteraan serta kesihatan awam.
Persidangan ini turut melengkapi penganjuran Global Health Security Conference (GHSC) 2026 dan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab dialog serta diplomasi keselamatan kesihatan di rantau Indo-Pasifik. Selain itu, program ini akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi utama negara termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi berkaitan selaras dengan pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WOGOS) dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara secara menyeluruh.
09/06/2026
CODE BLUE DASH FUN RUN 2026
Run with purpose. Run for awareness. Run for our frontliners.
Join us for an exciting community fun run held in conjunction with World Emergency Medicine Day 2026, organised by the College of Emergency Physicians, Academy of Medicine of Malaysia together with Military Medical Emergency & Trauma Society
📍 Dataran DBKL
📅 16 August 2026
🕖 Flag Off: 7.00 AM
🏃 Categories: 3KM • 5KM • 7KM
✨ Featuring Official Apparel by HYPERGEAR ✨
Participants will receive an exclusive event tee inspired by HYPERGEAR’s DRY-MAXIMA apparel technology collection (worth RM120 retail value)! 👕🔥
🎉 What’s waiting for you?
✅ Exclusive medal & race bib
✅ Lucky draw prizes
✅ Health & wellness booths
✅ Zumba & fun activities
✅ Family-friendly community vibes
👟 Wear your favourite running shoes or even your favourite scrub — but don’t forget your bib! Everyone is welcome!
🩺 Theme 2026:
“Safe Space for Emergency Medicine Team – Stop Violence Everywhere”
Let’s come together to support healthcare frontliners, promote healthy living, and raise awareness for emergency medicine services.
⚠️ Limited slots available — register now!
🔗 Registration Link:
https://checkpointspot.asia/event/code-blue-dash-fun-run-2026
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga Kor Kesihatan Diraja yang meraikan. 31 Mei 2026.
Ikhlas daripada:
Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Gawai & Pesta Kaamatan kepada seluruh warga Kor Kesihatan Diraja yang meraikan. 30 Mei 2026.
Ikhlas daripada:
Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan
28/05/2026
KEPRIHATINAN PKAT MERENTASI KAWASAN OPERASI
PROGRAM KHATAN 19 RAMD (MEK) SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026
Gubir, 24 Mei 26 - Dalam semangat sambutan Hari Raya Aidiladha 2026, Program Khatan 19 RAMD (Mek) di Op KOTA B/C/D, Kawasan Tanggungjawab (KTJ) 6 Briged telah mencipta sejarah tersendiri apabila julung kalinya dilaksanakan di kawasan gerakan di Kem Gubir.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pegawai Memerintah 19 RAMD (Mek), Leftenan Kolonel Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi warga 19 RAMD (Mek), 6 Briged dan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) dalam memperkukuhkan hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia bersama masyarakat melalui pendekatan berteraskan kebajikan, kesejahteraan dan kesihatan komuniti.
Seramai 19 orang kanak-kanak telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan keterujaan. Prosedur khatan diterajui oleh Pakar Bedah 96 HAT, Leftenan Kolonel (Dr) Azrul Aminur Rashid bin Yunus, Pegawai Perubatan Kanan 6 Briged, Mejar (Dr) Rizal bin Shukri serta Pegawai Perubatan 19 RAMD (Mek), Kapt (Dr) Amar Amirul bin Zabidin bersama anggota PKAT yang bertugas.
Penganjuran program ini bukan sahaja memudahkan urusan khatan anak-anak komuniti setempat, malah menjadi manifestasi keprihatinan PKAT dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada masyarakat tanpa mengira lokasi dan situasi operasi. Kehadiran pasukan perubatan ATM di kawasan gerakan turut membuktikan kesiapsiagaan dan profesionalisme warga PKAT dalam melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan serta memperkukuhkan konsep Civil-Military Cooperation (CIMIC).
Pendekatan mesra komuniti yang diterapkan berjaya menyemai keyakinan, keberanian dan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak yang terlibat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ATM dan penduduk setempat.
Program seumpama ini membuktikan bahawa kehadiran Angkatan Tentera Malaysia di kawasan operasi bukan sekadar mempertahankan kedaulatan negara, malah memainkan peranan penting sebagai penghubung perpaduan, kebajikan, kesejahteraan dan perkhidmatan kesihatan demi rakyat.
28/05/2026
PERBARISAN HARI ULANG TAHUN KOR KESIHATAN DIRAJA KE-59
Terendak, 22 Mei 2026 - Seramai 12 Pegawai dan 148 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan DiRaja Ke-59 bertempat di Padang Kawad Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT).
Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK) Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh selaku penerima tabik hormat dan disusuli dengan pemeriksaan perbarisan. Perbarisan ini melibatkan tiga detasmen yang terdiri daripada 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), diketuai oleh Lt Kol Hasbullah Mohd Hatta dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, dengan diringi oleh Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja di Padang Kawad INSAN.
Seramai 4 Pegawai, 18 LLP dan 7 Staf Awam telah diangkat selaku penerima Sijil Kepujian Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan. Penganugerahan sijil ini merupakan anugerah yang diberikan kepada individu yang telah menjulang nama Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) melalui apa jua bentuk sumbangan mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Bagi Anugerah Kecemerlangan RSAT terbaik dimenangi oleh 804 RSAT Sungai Ara, Pulau Pinang dan PPAT terbaik dimenangi oleh 709 PPAT Akademik Tentera Udara, Ipoh Perak manakala PGAT terbaik dimenangi oleh Klinik Pergigian Kapal Diraja Sultan Ismail, Tanjung Pengelih Johor. Penganugerahan ini merupakan penghargaan tertinggi kepada unit-unit PKAT yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang secara menyeluruh dalam aspek pengoperasian, pentadbiran, penyampaian perkhidmatan, pengurusan logistik serta kepuasan pelanggan.
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Perutusan Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan Diraja Ke-59 oleh Pengerusi Kor Kesihatan DiRaja (KKD). Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa PKAT perlu berteraskan tiga tunjang utama iaitu Insan, Ilmu dan Amal. Menurut beliau, kekuatan sebenar KKD terletak pada warga kerja yang berintegriti, berpengetahuan serta berdedikasi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik pada setiap masa. Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan ilmu, kepakaran dan amalan profesional yang tinggi agar mutu perkhidmatan kesihatan setanding atau melebihi piawaian ditetapkan.
Selain itu, setiap tugasan perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan nilai kemanusiaan sejajar moto KKD “Khidmat Diutamakan”. Beliau percaya gabungan Insan berkualiti, Ilmu yang mantap dan Amal yang ikhlas mampu melahirkan penyampaian perkhidmatan kesihatan ATM yang “Terbaik & Terpilih” bukan sekadar slogan tetapi satu tuntutan profesionalisme dan kepercayaan warga ATM.
Perbarisan diakhiri dengan sesi bergambar, diikuti acara memotong pulut kuning sempena HUT KKD Ke-59 dan jamuan makan yang diadakan di Dewan Terbuka INSAN AT.
&Terpilih
28/05/2026
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA HARI ULANG TAHUN KOR KESIHATAN DIRAJA KE-59
Terendak, 21 Mei 2026 – Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan Diraja (KKD) Ke-59, telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Surau Asy Syifaq, Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT).
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan tazkirah serta bacaan Yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Lt Afif Radzi bin Azman, Guru Agama INSAN AT. Acara diteruskan dengan jamuan makan malam selepas solat Isyak yang berlangsung di Dewan Makan Pasukan, melibatkan kehadiran pegawai dan anggota KKD.
Penganjuran majlis seumpama ini merupakan sebahagian daripada tradisi rejimental yang bukan sahaja menyemarakkan sambutan ulang tahun kor, malah berperanan dalam memperkukuh aspek kerohanian, memupuk semangat ukhwah, serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KKD.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Kor Kesihatan Diraja, YBhg Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh serta pegawai-pegawai kanan KKD.
.
.
28/05/2026
SESI TAKLIMAT AMH PERKASA KESIAGAAN DAN HALA TUJU STRATEGIK ATM
Terendak, 21 Mei 2026 – Sesi Taklimat Angkatan Masa Hadapan (AMH) telah dilaksanakan di Auditorium INSAN bagi mempertingkatkan kesedaran (awareness) dan memberikan kefahaman mendalam mengenai hala tuju strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sesi taklimat ini dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi PKAT, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan PTTK KKD. Sesi taklimat penting ini dimulakan dengan ‘Gambaran Holistik Angkatan Masa Hadapan’ yang disampaikan oleh Brigedier Jeneral Kaharuddin bin Katan, Pengarah Transformasi, Sekretariat AMH. Pengisian tersebut telah memberi pencerahan berkaitan landskap dan pelan transformasi AMH.
Aturcara diteruskan dengan Sesi bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan (KPPK), Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh fokus kepada penjajaran semula Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) bagi meningkatkan keupayaan dan pembangunan kapasiti PKAT selaras dengan keperluan AMH.
28/05/2026
SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN
Kuala Lumpur, 21 Mei 2026 – Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) telah melaksanakan Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah melibatkan 29 Pegawai, dan 72 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta staf awam yang diketuai oleh Lt Kol (Dr) Puven Viknes Waran a/l Nalathamby.
Majlis menyaksikan Brig Jen Dato’ (Dr) Haji Mohammed Hatta bin Haji Manis menyerahkan tugas kepada Brig Jen (Dr) Faridzal Harrymen bin Mohd Din sebagai Pegawai Memerintah HATTM yang baharu. Majlis diteruskan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera. Turut diadakan adalah upacara kenaikan pangkat PW I anggota HATTM yang dilaksanakan oleh Pegawai Pemerintah yang baharu bersama Mantan Pegawai Memerintah.
Brig Jen Dato’ (Dr) Haji Mohammed Hatta Bin Haji Manis telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah HATTM selama 3 tahun 5 bulan bermula pada 3 Okt 22. Beliau menyusuri perkhidmatan dengan kredibiliti serta dedikasi di sepanjang tempoh pemerintahan dan telah banyak melakar kecemerlangan kepada pasukan. Seluruh warga Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Brig Jen Dato’ (Dr) Haji Mohammed Hatta bin Haji Manis di atas jasa dan sumbangan bakti beliau selama memegang tampuk kepimpinan sebagai Pegawai Memerintah.
Sekalung tahniah juga kepada Brig Jen (Dr) Faridzal Harrymen bin Mohd Din yang telah dilantik untuk menerajui kepimpinan sebagai Pegawai Memerintah HATTM yang baharu. Majlis diakhiri jamuan ringan dan acara Street Lining.