JKKP / DOSH WPKL
Agensi kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir & menguatkuasakan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia
12/06/2026
- [KUNJUNGAN HORMAT] -
11 Jun 2026 | Kuala Lumpur
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) WP Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada wakil pengurusan Istana Budaya bagi mengadakan sesi perbincangan berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, khususnya melibatkan pengoperasian sistem pentas serta pematuhan keperluan perundangan keselamatan di tempat kerja.
Sesi perbincangan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat teknikal serta memperkukuhkan kerjasama strategik dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan aktiviti dan operasi.
JKKP sentiasa komited dalam memberikan khidmat nasihat serta bimbingan kepada pelbagai sektor bagi memperkasakan budaya kerja selamat dan sihat selaras dengan aspirasi mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.
11/06/2026
- [ AKTIVITI TURUN PADANG EAIC KE PEJABAT JKKP WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA ] -
Pada 10 Jun 2026, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) WP Kuala Lumpur telah menerima lawatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam Program Turun Padang bagi memperkukuh pemahaman berkaitan isu dan cabaran di peringkat pelaksanaan, khususnya dalam aspek penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Program ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai daripada kedua-dua agensi.
Antara pengisian program termasuk sesi taklimat dan pembentangan oleh Seksyen Pemeriksaan Statutori serta Seksyen Analisis dan Pemprosesan berkaitan peranan, fungsi dan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan JKKP. Delegasi EAIC turut dibawa ke lapangan bagi meninjau pelaksanaan pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai JKKP di lokasi pemeriksaan lif serta tapak pembinaan di sekitar Kuala Lumpur.
Lawatan ini memberikan peluang kepada EAIC untuk melihat sendiri proses kerja, cabaran pelaksanaan serta amalan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh JKKP dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa terpelihara.
Semoga hubungan kerjasama strategik antara JKKP dan EAIC terus diperkukuhkan demi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan integriti dalam penguatkuasaan undang-undang negara.
11/06/2026
-[PROGRAM TEKAD – TEMPAT KERJA BEBAS DADAH]-
Pada 8 Jun 2026 (Isnin), telah berlangsung Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi meningkatkan kesedaran warga kerja JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.
Program dimulakan dengan Ceramah Tempat Kerja Bebas Dadah yang disampaikan oleh wakil AADK, diikuti dengan pelaksanaan saringan urin dadah (ujian air kencing) kepada pegawai sebagai langkah pencegahan dan pengukuhan budaya kerja bebas dadah.
Inisiatif seperti ini selaras dengan komitmen organisasi dalam memastikan kesejahteraan warga kerja, meningkatkan tahap integriti serta menyokong usaha kerajaan ke arah mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AADK atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang diberikan dalam menjayakan program ini.
09/06/2026
-[Kerjasama Strategik Latihan]-
9 Jun 2026 | Cheras
Jawatankuasa Latihan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah mengadakan kerjasama strategik bersama Maktab PDRM Cheras dalam pelaksanaan Bengkel Modul Kursus Asas Kertas Siasatan dan Pengurusan Bukti yang berlangsung pada hari ini.
Bengkel ini merupakan inisiatif pembangunan kompetensi pegawai JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan kertas siasatan serta pengurusan bukti yang berkesan, teratur dan selaras dengan keperluan penguatkuasaan.
Semoga usaha kolaboratif ini dapat memberi manfaat kepada para pegawai serta menyokong kecemerlangan penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan tugas siasatan di JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya.
04/06/2026
-[ Kunjungan Hormat]-
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) WP Kuala Lumpur & Putrajaya telah menerima kunjungan hormat daripada Postal Forum pada 3 Jun 2026.
Kunjungan ini telah disusuli dengan sesi perbincangan strategik yang dipengerusikan oleh Ir. Ts. Hajah Habsah binti Md. Ishak, Pengarah JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya, manakala delegasi Postal Forum diketuai oleh Puan Nurhafizah binti Hanifah, Ketua Postal Forum.
Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam industri perkhidmatan pos dan kurier, termasuk aspek pematuhan perundangan KKP, penerapan kod amalan berkaitan serta perkongsian amalan terbaik di tempat kerja.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk JKKP memperkenalkan peranan dan fungsi jabatan kepada pemain industri pos, di samping meneroka peluang kolaborasi yang dapat menyumbang kepada peningkatan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sektor tersebut.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara JKKP dan Postal Forum demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan mampan untuk semua pekerja.
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku
pada
1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Sembah takzim daripada:
Pengurusan Tertinggi
dan Seluruh Warga JKKP Malaysia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
The I-CON, Aras 11 (West Wing)No. 1, Jalan 1/68FJalan Tun Razak
Kuala Lumpur
55000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 17:30 |
