Wanita Amanah Gombak

Wanita Amanah Gombak

Share

Amanah, Progresif, Peduli

Photos from Wanita Amanah Gombak's post 30/05/2026

30/5/2026

Program gotong royong masak memasak di Kemensah sempena Aidiladha.

26/05/2026

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - SELASA - 26 Mei 2026
Zuhur 🇸🇦 12:19pm
Maghrib 🇸🇦 7:01pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - SELASA - 26 Mei 2026
Waktu 🇲🇾 5:19pm
Waktu 🇲🇾 12:01am


- FB Suara Hati Media

Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada hari ISNIN 25/5/2026 dikira Puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah) manakala Puasa pada hari SELASA 26/5/2026 (9 Zulhijjah 1447H) dikira Puasa Arafah.


DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH UNTUK DIAMALKAN

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah ﷺ

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah ﷺ, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arasy Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam diriku.

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu ﷺ

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu.

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud kepadaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kami semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi ﷺ telah bersabda: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Ya Allah, siapa pun juga yang komen Aamiin dan menekan butang Share, LIMPAHKANLAH REZEKI kepadanya, SIHATKANLAH badannya, PANJANGKANLAH umurnya.

Kun Fayakun. Balaslah dengan menulis Aamiin 🤲

Aamiin Ya Rabbul Alamin.

26/05/2026

*PESAN HAJI : ARAFAH HARI BERHIMPUNYA MANUSIA, ANUGERAH & NIKMAT*

Sabda Nabi saw…

Haji itu adalah Arafah.

Arafah adalah hari perhimpunan agung, menghimpunkan seluruh jiwa yang telah ditakdirkan hadir dalam keadaan apapun.

وَاَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوْكَ رِجَالًا وَّعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَّأْتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍۙ
[Al Haj 27]

(Wahai Ibrahim), serulah manusia untuk (mengerjakan) haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta kurus (kerana perjalanan yang jauh) yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

Tempat ini dinamakan Arafat seperti mana difirmankan Allah dan semuanya tidak akan terkecuali darinya melainkan hadir. Tiada apa yang membezakan mereka, semuanya adalah setara darjat.

ثُمَّ اَفِيْضُوْا مِنْ حَيْثُ اَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللّٰهَۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
[Al baqarah 199]

Kemudian, bertolaklah kamu dari tempat orang-orang bertolak (Arafat) dan mohonlah ampunan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah telah menempelak Arab Jahiliyyah yang menyangka mereka lebih mulia dari orang kebanyakan dan tidak keluar dari tanah Makkah itu sebagai penghormatan kepada Kaabah dan Tanah Haram pada pandangan mereka yang menyalahi Manasik yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim as.

Inti kepada ibadah adalah menzahirkan kehambaan, taat kepada perintah Allah SWT dengan ikhlas. Tiada beza diantara mereka yang kaya & miskin, berpangkat & orang kebanyakan, putih & hitam, Arab mahupun bukan Arab.

Kesamarataan, kesederhanaan & keabdian ini menunjukkan kepada kita akan keagungan & kemuliaan Allah SWT.

Dengan itu pada hari ini, Allah berfirman;

‎إِنَّ اللهَ لَيُبَاهِيْ الْمَلاَئِكَةَ بِأَهْلِ عَرَفَاتٍ يَقُوْلُ: اُنْظُرُوْا إِلىَ عِبَادِيْ شَعْثًا غَبْرً

Sesungguhnya Allah membanggakan orang-orang yang wukuf di Arafah kepada para malaikat. Allah berkata kepada mereka: Lihatlah para hamba-Ku, mereka dalam keadaan kusut dan berdebu. (HR. Ahmad 2/305, Ibnu Khuzaimah 2839)

Dalam firman yang lain;

‎ ثم يباهي بهم الملائكةَ فيقول : ما أراد هؤلاءِ

Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga di hadapan para malaikatnya serayaberkata: Apa yang mereka inginkan?. (HR. Muslim)

Ya, inilah harinya…inilah harinya!

Hari yang mana Allah taala sangat pemurah dan dengan penuh bangga menjanjikan apa sahaja yang dihajat oleh hambaNya. Hari anugerah, hadiah dan penghormatan hanya kepada mereka yang hadir berwukuf.

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: “Hadits ini jelas sekali menunjukkan keutamaan hari arafah”.

Bermula waktu zohor sehinggalah terbenamnya matahari, manfaatkanlah setiap detik yang ada untuk memohon doa & hajat kepada ArRahman. Selangilah doa kalian dengan talbiah & tahlilan seperti yang diajarkan oleh sebaik-baik Qudwah Ar Rasul SAW.

‎أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَأَفْضَلُ مَا قُلْت أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sebaik-baik doa, doa hari Arafah dan apa yang aku dan Nabi-nabi sebelumku katakan; Tiada tuhan selain Allah yang esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Segala kekuasaan dan pujian bagi-Nya. Dia kuasa atas segala sesuatu.

*JANGAN SESEKALI LALAI!*

*MANFAATKAN SETIAP DETIK UNTUK BERDOA WALAU SEKECIL-KECIL HAJAT.*

*REBUTLAH PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP INI HANYA UNTUK MEREKA YANG HADIR BERWUKUF!*

Semoga Allah taala menerima wukuf kita dan segala hajat, doa serta keinginan kita dimaqbulkan dengan kemulian hari ini.

Hj. Mohd Athif Bin Mohd Kamel
26 Mei 2026

23/05/2026

Doa untuk keselamatan Dan kemakmuran Malaysia pada hari Arafah

17/05/2026
15/05/2026

Mesyuarat Tahunan AWAN Wanita Amanah Gombak

TikTok · DrMujahidRawa 13/05/2026

Reaksi pimpinan Amanah terhadap Nik Zawawi

TikTok · DrMujahidRawa 537 likes, 23 comments. “Respon terhadap Hinaan kepada Sahabat Nabi SAW #”

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan AU 4/11
Kuala Lumpur