LANTUN PANTUN
Diumumkan tiga pemenang Lantun Pantun siaran 9:
- Sufrie Lauser
- Idris Jelani Mem
- Norazlinda Saad
Tahniah!
Ayuh, teruskan berpantun dengan kami!
-70
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Bahasa Jiwa Bangsa
Peranan DBP adalah bersamaan dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan at
15/06/2026
Festival Puisi Dunia Niah 2026 Perkukuh Jaringan Persuratan Global Miri - Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-70, program Festival Puisi Dunia Niah 2026 telah diadakan dengan menghimpunkan
15/06/2026
Festival Puisi Dunia Niah platform martabat sastera dan pelancongan negara: Chiew 2026-06-13T14:38:56+08:00 Jun 13, 2026, Sabtu - 2:38pm Chiew (empat kiri) bersama tetamu kehormat pada majlis makan malam pelancaran Festival Puisi Dunia Niah 2026 di Miri, malam Jumaat. MIRI: Festival Puisi Dunia Niah 2026 berpotensi menjadi platform penting dalam memperkukuh perkembangan industri....
KIRA DETIK 9 HARI: ASAS KUKUH, MATLAMAT JELAS!
Sistem ejaan, istilah, dan penyelarasan bahasa yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada dedikasi para pejuang bahasa dalam siri Konvensyen Bahasa terdahulu. Merekalah yang mempersiapkan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa rasmi dan bahasa ilmu negara.
Kini, legasi 70 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka bakal diraikan tidak lama lagi!
Teruskan setia bersama kami dalam siri hitung detik ini. Tekan butang 'S**a' ❤️, kongsi video ini, dan nyatakan sokongan anda kepada kelestarian bahasa kebangsaan kita! 🎬✨
Sempena Hari Arkib Antarabangsa 2026, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah bekerjasama dengan Perpustakaan Al-Bukhari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Pahang menganjurkan Program Lestari Khazanah Warisan, yang berlangsung pada 11 dan 12 Jun 2026 di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Pahang.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP pada 11 Jun 2026.
Tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis perasmian ialah Hajah Rosnita Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM, Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah DBP Wilayah Tengah, Prof. Madya Dr. Norhapizah Mohd. Burhan, Koordinator Prasiswazah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Dr. Nurul Diyana Sanudin, Koordinator Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, UiTM dan Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pengarah Program Lestari Khazanah Warisan sempena Hari Arkib Antarabangsa 2026.
Program yang bertemakan "Merakam Sejarah, Memahat Peradaban" diisi dengan pelbagai aktiviti seperti wacana Sasterawan Negara, wacana interaktif Jawi, pertandingan khat Jawi dan kuiz istilah DBP menggunakan aplikasi Kahoot.
Turut diadakan pameran tentang sejarah arkib, sejarah UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, dan pameran mengenal Sasterawan Negara serta demonstrasi kerja penjilidan bahan dan penghasilan kraf tangan khat Jawi.
13/06/2026
12 Jun 2026, MIRI – Festival Puisi Dunia Niah 2026 merupakan program kerjasama strategik antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dan DBP Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan Nusa Centre. Festival ini dianjurkan bagi memartabatkan kesusasteraan, memperkasakan bahasa Melayu dan membina jaringan global dalam kalangan karyawan sastera. Penggiat sastera antarabangsa dan tempatan berkumpul dalam festival ini untuk mengangkat warisan sejarah, berkongsi pengalaman penulisan sastera dan menjalin hubungan antara negara.
Majlis perasmian festival ini telah diadakan di Hotel Mega Miri, Sarawak, dan disempurnakan oleh YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Jeniri Amir dan YBrs. Dr. Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy, Ahli Lembaga Pengelola DBP; YBrs. Encik Abang Haliman Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP; YBrs. Encik Zainal Abidin Suhaili,
Ketua 1, PUTERA; YBrs. Tuan Syed Mohd Zakir Syed Othman, Pengarah, Nusa Centre dan YM Awang Suip Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah, DBP Brunei Darussalam.
Selain peserta dari Malaysia, peserta festival ini juga terdiri daripada penyair dan penulis dari Amerika Syarikat, Uzbekistan, Korea, Jepun dan Brunei Darussalam.
Saksikan Majlis Perasmian Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Zon C 2026 menerusi Laman Media Sosial DBP pada 13 Jun 2026 (Sabtu), 3.30 petang.
13/06/2026
DBP Masuk Desa: Karnival Mini Lestari Bahasa 2026 akan menemui anda pada tarikh 14 Jun 2026 (Ahad) di SMK Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jualan Buku DBP, Perpustakaan Bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Senam Seni dan Didik Hibur Bahasa, Pertandingan Mewarna, Majalah Dalam Kelas, Program Interaktif Kenegaraan "Jati Diri dan Harapan Generasi MADANI", Kem Bahasa Melayu dan Pertandingan Pantas Jawi Sekolah Menengah. Datanglah beramai-ramai!
KIRA DETIK 10 HARI: MEMARTABATKAN BAHASA, MENERUSKAN LEGASI BANGSA
Sejarah membuktikan bahawa penubuhan Asas 50 pada tahun 1950 telah meletakkan batu asas yang kukuh bagi mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai jiwa dan identiti sebuah negara yang merdeka.
Kini, selepas tujuh dekad, tanggungjawab memelihara gagasan murni ini terletak di bahu kita semua. 10 hari lagi menuju Sambutan Ulang Tahun DBP ke-70!
Sama-sama kita kekalkan momentum ini dan pastikan anda tidak terlepas video seterusnya. Tekan butang 'S**a' ❤️, tinggalkan ulasan anda, dan kongsi video ini demi kecintaan pada bahasa watan! 🎬🔗
12/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur
50460
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:30 |
| Tuesday | 09:00 - 16:30 |
| Wednesday | 09:00 - 16:30 |
| Thursday | 09:00 - 16:30 |
| Friday | 09:00 - 16:30 |
