01/06/2026
Seluruh warga Primus Wellness Life Resources Sdn Bhd merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta terus memimpin negara dengan penuh hikmah demi kemakmuran rakyat dan tanah air.
Daulat Tuanku.
30/05/2026
πΎπͺ· Selamat Menyambut Hari Kaamatan & Hari Wesak πͺ·πΎ
Primus Wellness mengucapkan selamat menyambut Hari Kaamatan kepada seluruh masyarakat Sabah dan Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha di seluruh negara. β¨
Semoga sambutan yang penuh makna ini menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan rasa syukur dalam kehidupan kita yang berbilang budaya dan kepercayaan. π€π
Mari kita terus menyemai nilai kasih sayang, menghormati kepelbagaian dan membina masyarakat yang lebih harmoni demi masa depan yang lebih sejahtera bersama.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H π
Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepentingan berkongsi rezeki bersama komuniti.
Di Primus Wellness Life Resources, kami percaya bahawa kesejahteraan bukan hanya tentang kesihatan diri, tetapi juga tentang bagaimana kita saling menyokong, membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat β€οΈ
Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjalanan membina komuniti yang lebih sihat, kuat dan berdaya maju.
Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kesihatan yang baik buat anda dan keluarga.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin πΏ
11/05/2026
Seorang ibu tidak pernah benar-benar berehat.
Dalam diam, mereka terus memberi kasih sayang, kekuatan dan perhatian tanpa meminta balasan.
Kerana itu, menghargai ibu bukan sekadar dengan kata-kata tetapi juga dengan menjaga kesihatan mereka, agar terus kuat menjalani hari-hari yang penuh pengorbanan. π
Di Primus Wellness, kami percaya kesejahteraan bermula daripada penjagaan yang baik untuk diri dan keluarga melalui produk berasaskan semulajadi.
Buat semua insan bergelar ibu, terima kasih atas setiap doa, pengorbanan dan kasih yang tidak pernah habis.
Semoga terus diberikan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan setiap hari.
30/04/2026
Untuk semua wanita di Pasar Pintu..
Kami tahu bukan mudah.
Kami tahu ada penat, ada cabaran.
Tapi anda tetap datang, tetap berusaha, tetap kuat π
Selamat Hari Pekerja.
Terima kasih kerana tidak pernah berhenti mencuba.
Kami bangga dengan anda.
------------------------------------------
To all the women at Pasar Pintu..
We know itβs not easy.
We know there is tiredness and challenges.
But you still show up, keep trying, and stay strong π
Happy Labour Day.
Thank you for never stopping your efforts.
We are proud of you.
16/04/2026
π Kunjungan ke Pejabat YB ADUN Seri Setia
Primus Wellness Life Resources berpeluang mengadakan sesi perbincangan bersama Pegawai Khas YB ADUN Seri Setia, Tuan Azli dan Tuan Zulman bagi berkongsi mengenai inisiatif Pasar Pintu, yang memfokuskan kepada sokongan usahawan kecil dan komuniti setempat π
Perbincangan ini membuka ruang untuk kami memperkenalkan impak program serta meneroka potensi kerjasama pada masa akan datang.
Terima kasih atas masa dan kesudian pihak pejabat menerima kunjungan kami πΏ
21/03/2026
Di Primus Wellness, kami percaya bahawa kekuatan sebenar terletak pada kebersamaan π
Walaupun berbeza bangsa dan budaya, kami bekerja sebagai satu keluarga, saling menyokong, menghormati dan berkongsi rezeki.
Aidilfitri ini mengingatkan kita bahawa nilai kasih sayang dan perpaduan itu tiada batas. π
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami semua di Primus Wellness β¨
07/03/2026
π Salam Nuzul Al-Quran
Semoga peristiwa penuh keberkatan ini mengingatkan kita untuk terus menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
May this blessed occasion inspire us to reflect on and practise the teachings of the Quran in our daily lives.
β¨ Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran dari Primus Wellness Social Impact
06/03/2026
πΏ Kisah Inspirasi Pasar Pintu: Umi Kalsom
Umi Kalsom dari PPR Batu Muda menyertai Pasar Pintu pada tahun 2023 dengan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Selepas menamatkan latihan dan menerima sijil, beliau mendapat berita gembira apabila disahkan hamil. Namun, dengan semangat yang kuat, beliau tetap meneruskan aktiviti jualan dari rumah ke rumah.
Pada mulanya Umi Kalsom agak kurang bergaul kerana kurang keyakinan diri. Tetapi melalui Pasar Pintu, beliau mula membina keyakinan, mendapat ramai kawan baru dan pelanggan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual juga dibeli untuk keluarganya, membuatkan anak-anaknya semakin gemar makan buah dan sayur.
Pada tahun 2025, beliau kembali menyertai Pasar Pintu 2.0, kali ini berniaga di unit kedai yang lebih selesa bersama bayi yang telah selamat dilahirkan, yang kami gelarkan sebagai βBaby of Pasar Pintu.β πΆ
β¨ Kisah beliau membuktikan bahawa peluang dan sokongan mampu membawa perubahan kepada individu, keluarga dan komuniti.
-----------------------
πΏ Inspiring Story from Pasar Pintu: Umi Kalsom
Umi Kalsom from PPR Batu Muda joined Pasar Pintu in 2023 with a strong passion for business. After completing the training and receiving her certificate, she discovered she was pregnant. Despite this, she continued her door-to-door sales with determination.
Initially, Umi Kalsom was quite reserved and lacked confidence. Through Pasar Pintu, she gradually built confidence, formed new friendships and gained her own customers. The fruits and vegetables she sold also became part of her familyβs daily meals, encouraging her children to enjoy healthier food.
In 2025, she returned to join Pasar Pintu 2.0, this time selling from a comfortable shop unit together with her newborn baby, lovingly known among us as the βBaby of Pasar Pintu.β πΆ
β¨ Her journey shows how opportunity and support can create positive change for individuals, families and communities.
For more information or to support the Pasar Pintu initiative, please email us at [email protected]
23/02/2026
KENAPA PENJAGAAN KULIT PENTING KETIKA BERPUASA?
Ketika berpuasa:
β Badan mudah dehidrasi
β Kulit menjadi lebih kering
β Rambut lebih rapuh
πΏ Moringa kaya dengan antioksidan dan nutrien semula jadi
yang membantu menyokong kesihatan kulit dan rambut.
Selepas seharian berpuasa,
hadiahkan diri anda mandian yang menyegarkan dan menenangkan.
Kerana Ramadan juga tentang menjaga amanah tubuh kita.
π Segarkan diri dengan Moringa Aromatherapy Body Wash & Hair Shampoo.
---------------------------------------------------------------
WHY IS SKINCARE IMPORTANT DURING FASTING?
When fasting:
β The body becomes more easily dehydrated
β Skin tends to become drier
β Hair may become more fragile
πΏ Moringa is rich in antioxidants and natural nutrients
that help support healthy skin and hair.
After a long day of fasting,
treat yourself to a refreshing and calming shower ritual.
Because Ramadan is also about caring for the body entrusted to us.
π Refresh your senses with Moringa Aromatherapy Body Wash & Hair Shampoo.