12/06/2026
Pasukan Simpanan Persekutuan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasukan Simpanan Persekutuan, Government Organization, Kuala Lumpur.
12/06/2026
12/06/2026
09/06/2026
08/06/2026
MAJLIS AMANAT DAN SERAHAN BENDERA KEJOHANAN RAGBI 10'S PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, 8 Jun 2026 – YDH Komander Pasukan Simpanan Persekutuan telah menyempurnakan Majlis Amanat dan Serahan Bendera Kejohanan Ragbi 10's Pasukan Simpanan Persekutuan yang berlangsung di Mess Pegawai Kanan PSP Kuala Lumpur.
Majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pasukan ragbi PSP yang akan mewakili pasukan dalam Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Polis Negara 2026 di Negeri Sembilan, di samping meniupkan semangat juang, disiplin dan kebersamaan dalam kalangan para pemain serta pengurus pasukan.
Dalam amanatnya, YDH Komander PSP menegaskan bahawa penyertaan dalam arena sukan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kecergasan fizikal warga pasukan, malah menjadi medium terbaik dalam memupuk nilai kepimpinan, semangat berpasukan, integriti serta daya tahan mental yang tinggi. Beliau turut berharap agar kontinjen PSP dapat mempamerkan aksi terbaik, menjaga nama baik pasukan dan mengharumkan nama Pasukan Simpanan Persekutuan.
Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan Jersi Pasukan dan bendera kejohanan oleh YDH Komander PSP sebagai simbolik pelepasan rasmi pasukan ke kejohanan tersebut. Penyerahan bendera ini turut melambangkan kepercayaan dan harapan seluruh warga PSP agar kontinjen ragbi dapat memberikan komitmen serta prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.
03/06/2026
MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN KAWALAN KEHORMATAN DAN PERASMIAN PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS KE-15
3 Jun 2026 (Rabu) – Majlis Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan dan Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas telah berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib di Kompleks Seri Putra, Perlis.
Dif-dif jemputan serta para tetamu kehormat hadir dan mengambil tempat sebelum istiadat rasmi bermula. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bersama pasangan masing-masing turut mengambil tempat.
Kawalan Kehormatan Utama dari Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur bergerak masuk ke Dataran Kompleks Seri Putra sebagai simbol penghormatan tertinggi kepada keberangkatan tetamu-tetamu kenamaan. Kawalan Kehormatan Utama dari Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur tampil dengan persembahan yang segak, kemas dan bergaya, mencerminkan tahap disiplin, profesionalisme serta imej cemerlang Polis Diraja Malaysia.
Ketibaan kenamaan utama termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Speaker Dewan Undangan Negeri, YAB Menteri Besar Perlis serta DYTM Tuanku Raja Muda Perlis disusuli dengan istiadat tabik hormat.
Kemuncak majlis menyaksikan keberangkatan tiba DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, seterusnya menerima Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan Utama, selaras dengan istiadat dan protokol Diraja.
Selesai istiadat di dataran, Kebawah Duli-Duli Tuanku berkenan berangkat ke Dewan Persidangan, Aras 3 bagi menyempurnakan Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15.
Majlis diakhiri dengan keberangkatan pulang Kebawah Duli-Duli Tuanku serta dif-dif kenamaan dalam suasana penuh tertib dan teratur.
01/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
50560
