14/06/2026
Rejimen Askar Jurutera DiRaja
Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) menerbitkan berita-berita semasa mengenai aktiviti RAJD.
14/06/2026
β¨ Jurutera Profesional RAJD: Nadi Kepakaran & Ketahanan β¨
Di sebalik setiap rekabentuk strategik dan operasi lapangan, Jurutera Profesional RAJD berdiri teguh sebagai perancang dan pelaksana. Mereka menghubungkan kepakaran teknikal dengan semangat perwira, menjadikan pembinaan dan pertahanan negara sentiasa terjamin.Komitmen mereka jelas. Kemahuan Untuk Menang.
01/06/2026
28/05/2026
πππππππ πππππππππ πππππ ππππππππ
SUNGAI BESI, 28 Mei 26 β Ketua Jurutera, Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh telah melaksanakan lawatan kebajikan ke atas Mej Ahmad Farouq bin Ishak di kediaman beliau di Kem Perdana Sg Besi.
Beliau telah menghidap penyakit _Chronic Psoriasis_ dan masih di bawah pemantauan Doktor Pakar Dermatology Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Lawatan kebajikan ini sebagai tanda keprihatinan yang berterusan serta komitmen Rejimen Askar Jurutera Diraja dalam memastikan kebajikan warga dan ahli keluarga terjaga.
Lawatan kebajikan seperti ini bukan sahaja memberi sokongan moral kepada warga RAJD yang sedang diuji dengan cabaran kesihatan, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga RAJD terhadap warganya yang memerlukan bantuan.
Turut hadir semasa lawatan kebajikan ini ialah Pengarah Cawangan Operasi, Kol Norhisham bin Hassan dan PS 1 Sumber Manusia, Lt Kol Mohd Ridfazrin bin Razali.
-Disediakan oleh Sel Koordinasi, Jab RAJD.
26/05/2026
πππππππππππ ππππππ πππππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ ππππ ππ/ππ
πππππ: Penuntut Kursus Bakal PTT Kanan RAJD Siri 40/26 telah melaksanakan Majlis Makan Malam Rejimental yang merupakan sebahagian dari modul kursus pada 20 Mei 2026 bertempat di Sapper SNCO's Hall, Wisma Bintara RAJD Kluang. Seramai 85 penuntut kursus telah terlibat dalam pelaksanaan Majlis MMR ini yang disempurnakan oleh Ketua Jurulatih Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) iaitu Lt Kol Mohd Shofian bin Mohd Sharir.
Pelaksanaan MMR ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penuntut di dalam menganjurkan majlis yang penuh istiadat mengikut tatacara yang betul serta mengekalkan adat sistem pemerintahan rejimental di sesebuah wisma sekaligus mempamerkan pengetahuan etika berwisma.
Ketua Jurulatih mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penuntut atas penganjuran majlis MMR serta telah menamatkan kursus dengan baik dan menyeru semua penuntut agar mengaplikasikan setiap pelajaran yang telah diperolehi sepanjang pelaksanaan kursus di dalam penugasan rutin semasa di pasukan.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Lt Kol Shamsul Nazriq bin Supaat, Ketua Kajian Doktrin, Ketua Bahagian Bantuan Latihan serta Jurulatih-jurulatih.
-πΌππ π‘ππ‘π’π‘ πΎπππ’ππ’π‘πππππ πππππ ππππ‘πππ π·ππππ‘
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
