09/06/2026
OBESITY ✅
from
•
“𝘋𝘪𝘢 𝘨𝘦𝘮𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘴.”
Ayat ini nampak biasa. Tapi bagi orang yang sedang bergelut dengan obesiti, ayat begini boleh jatuh tepat ke tempat yang paling sakit.
Hakikatnya, obesiti bukan sekadar isu makan banyak atau kurang bergerak. Ia penyakit kronik yang kompleks. Ada faktor genetik, hormon, ubat-ubatan, penyakit tertentu, stres, tidur tidak cukup, trauma hidup, ekonomi keluarga, persekitaran makanan dan banyak lagi perkara yang tidak semua orang nampak.
Ada orang membesar dalam keluarga yang memang mudah naik berat badan.
Ada yang mengalami PCOS, masalah hormon atau perlu mengambil ubat tertentu.
Ada yang sakit lutut dan susah bergerak. Ada yang kerja syif, tidur terganggu, hidup penuh tekanan, lalu makanan menjadi tempat paling mudah untuk mencari sedikit rasa lega.
Ini bukan bermaksud usaha tidak penting. Pemakanan, aktiviti fizikal dan rawatan tetap penting.
Tetapi pendekatan kepada obesiti perlu lebih berperikemanusiaan. Bukan dengan menghina. Bukan dengan menyindir. Bukan dengan menjadikan tubuh seseorang sebagai bahan lawak.
Obesiti perlu dibantu dengan ilmu, sokongan dan rawatan yang betul. Bukan dengan rasa malu yang ditambah setiap hari.
Berat badan boleh berubah. Tapi luka daripada kata-kata orang, kadang-kadang jauh lebih lama untuk sembuh.
Sumber :
05/06/2026
OBESITY
from
•
Analisis Program Saringan Kesihatan (HSP) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 2023 hingga 2025 mendedahkan satu realiti pahit, di mana 59.2 peratus pekerja yang disaring disahkan mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, profil risiko kesihatan ini kebanyakannya dikesan dalam kalangan pekerja yang berada dalam lingkungan usia 40 hingga 59 tahun.
Lebih membimbangkan, saringan tersebut turut mendedahkan profil risiko penyakit kronik yang lain dalam kalangan pekerja:
59.24 peratus dikesan mempunyai masalah kolesterol tinggi.
19 peratus daripada mereka menghidap diabetes.
17.45 peratus pekerja mempunyai tekanan darah tinggi.
Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! Terima Kasih!
03/06/2026
PrEP ONE Pill, “ZERO WORRY”, small PILL big Protection
DAILY PrEP
Taking one pill every single day. It is ideal for continuous protection and reaches full efficacy after 7 days for a**l s*x, and 20-21 days for vaginal s*x.
ON-DEMAND PrEP (2-1-1 method)
Taking two pills 2 to 24 hours before s*x, one pill 24 hours after, and a final pill 48 hours after the first dose.
BE SMART, TAKE PrEP!
22/05/2026
Jagalah kesihatan
Satu kenyataan yang membimbangkan bagi sistem kesihatan negara. Berdasarkan statistik terkini, 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia kini menghidap Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD).
Trend peningkatan ini sangat kritikal memandangkan lebih 50,000 individu kini sedang menjalani rawatan dialisis secara rutin.
Sekiranya tiada intervensi awal dilakukan, angka ini diunjurkan mencecah 106,000 kes menjelang tahun 2040.
Sumber: Level Foundation My
16/05/2026
HPV VIRUS boleh menyebabkan KANSER PANGKAL RAHIM.
Lakukan pemeriksaan PAP SMEAR & HPV VACCINE bagi wanita sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan HPV
LELAKI juga perlu ambil HPV VACCINE bagi mengelakkan jangkitan HPV juga
Lebih 10,500 wanita di Malaysia dikenal pasti positif virus papiloma manusia (HPV hasil inisiatif saringan kanser serviks oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak lima tahun lepas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, angka itu adalah daripada Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks 2021-2030, yang telah memeriksa lebih 160,000 wanita di seluruh negara.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG untuk berita terkini dalam dan luar negara.