MAKNA DATARAN PERWIRA MUZIUM PDRM
Bulan dan bintang
BULAN DAN BINTANG mencerminkan kehidupan beragama di Malaysia, khasnya agama Islam yang dijadikan agama Persekutuan. Ini selari dengan prinsip Rukun Negara yang pertama, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
Simbol keris
SIMBOL KERIS mencerminkan keberanian, kepahlawanan, jati diri dan kesetiaan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara demi keamanan dan perpaduan negara Malaysia.
Lingkaran warkah
LINGKARAN WARKAH secara kronologi sangat sesuai dan informatif kerana terdapat susunan nama yang dipahat atau diukur merentasi masa. Ini mencerminkan pengiktirafan dan kebanggaan negara kerana keperwiraan, keberanian dan kesetiaan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia.
Muzium Polis Diraja Malaysia
Muzium PDRM menjadi lambang pencapaian dan kemegahan PDRM dari dahulu hingga kini
Galeri A di Muzium PDRM menyediakan pameran, diorama, ilustrasi dan model berkaitan insititusi kepolisan daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga tahun 1994.
Terdapat dua lagi galeri pameran yang ditawarkan kepada pengunjung dengan pengisian berkaitan sejarah-sejarah penting di dalam PDRM. Inginkan cerita yang lebih lanjut?
Muzium PDRM dibuka kepada umum bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali pada hari Isnin dan cuti umum Muzium PDRM ditutup kepada umum.
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ ๐๐๐๐ฅ๐๐ / ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Pengarah Muzium Polis Diraja Malaysia, ACP Mohammad Sabri bin Hj. Abd Kadir turut bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Muzium PDRM Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / Tahun 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga Aidiladha ini mengeratkan silaturahim, menyuburkan kasih sayang, serta menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
โPengorbanan itu bukan tentang kehilangan, tetapi tentang keikhlasan dalam memberi demi sesuatu yang lebih bermakna.โ Insha Allah ๐คฒ
Ikuti Media Sosial Rasmi Muzium Polis Diraja Malaysia
๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐๐ : Muzium Polis Diraja Malaysia
https://www.facebook.com/share/1J76MkKvhN/?mibextid=wwXIfr
๐ ๐ป๐๐๐ป๐๐ : Muzium Polis Diraja Malaysia
https://www.tiktok.com/.pdrm?_r=1&_t=ZS-96g947Issfo
๐๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐ : royalmalaysiapolicemuseum
https://www.instagram.com/royalmalaysiapolicemuseum?igsh=NG0yend2Zjlxc3Vz
21 Mei 2026, Jumaat - Lawatan daripada Tadika Little Caliphs Bandar Mahkota Cheras, Little Caliphs Taman Mesra Kajang serta Little Caliphs Pinggiran Putra.
Gabungan Beberapa Tadika Little Caliphs, Kuala Lumpur telah membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Polis Diraja Malaysia, melibatkan seramai 92 pelajar dan 16 orang guru.
Menerusi sesi lawatan berpandu, taklimat diberikan bagi menambah pengetahuan sejarah dan memahami perkembangan pasukan polis di Malaysia dari zaman dahulu hingga kini. Disamping dapat mengenali peranan PDRM dalam bidang tugas, tanggungjawab dan sumbangan polis dalam menjaga keselamatan negara, Pelajar dapat melihat pameran bersejarah seperti senjata lama, kenderaan, dokumen dan artifak penting.
Muzium PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Tadika Little Caliphs Bandar Mahkota Cheras, Little Caliphs Taman Mesra Kajang serta Little Caliphs Pinggiran Putra atas kesudian memilih muzium kami sebagai destinasi lawatan. Semoga kunjungan ini memberikan inspirasi, manfaat, dan pengalaman bermakna kepada semua yang hadir.
Sehingga bertemu lagi!
๐ฎโโ๏ธ๐ฎโโ๏ธ
19/05/2026
Selamat Menyambut Hari Muzium Antarabangsa Tahun 2026
Tanggal 18 Mei setiap tahun, seluruh muzium di dunia akan menyambut Hari Muzium Antarabangsa. Tahun ini, International Council of Museums (ICOM) membawakan tema "Muzium Menyatukan Dunia Yang Terpisah".
SELAMAT MENYAMBUT HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2026
Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Muzium Malaysia
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.
Kementerian Perpaduan Negara
17/05/2026
KUALA LUMPUR, 17 Mei 2026 - Reruai Pameran dari Muzium PDRM Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Zon Tengah Muzium Negara Tahun 2026 bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Sambutan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kerajaan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh jalinan keharmonian serta membina negara bangsa Malaysia yang lebih inklusif, progresif dan bersatu padu.
Penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan Zon Tengah 2026 amat signifikan kerana bertepatan dengan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026 yang bakal diraikan di seluruh dunia pada 18 Mei ini dengan mengangkat tema โMuseums Uniting a Divided Worldโ atau
โMuzium sebagai Wadah Penyatuan Dunia yang Terpisahโ.
RERUAI PAMERAN DARI MUZIUM PDRM SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN ZON TENGAH MUZIUM NEGARA TAHUN 2026 ๐ฅ
๐๏ธ 15 - 17 Mei 2026 (Jumaat - Ahad)
๐ 10 pagi - 10 malam
๐ Muzium Negara, Kuala Lumpur
๐๏ธ MASUK ADALAH PERCUMA!
Bawa family/kawan/jiran dan mari kita meriahkan suasana dengan pelbagai reruai dan aktiviti menarik, antaranya:
๐ด Food Unites (Makan-makan!)
๐ฏ Rumah KAMI & Sukan Rakyat
๐ Persembahan Colors of Malaysia
.. dan banyak lagi!
Jom turun ramai-ramai!
Pocket Show Kumpulan Ghazal PDRM
16/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Buat para pensyarah, jurulatih dan tenaga pengajar di semua Maktab serta Pusat Latihan Polis, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala bimbingan, ketegasan, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk pegawai serta anggota polis yang berdisiplin, berintegriti dan teguh memikul amanah pasukan.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat besar nilainya dalam melahirkan insan berguna demi agama, bangsa dan negara.
'Guru Bitara Nadi Negara'
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2026
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik di Malaysia yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Buat para pensyarah, jurulatih dan tenaga pengajar di semua Maktab serta Pusat Latihan Polis, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala bimbingan, ketegasan, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam membentuk pegawai serta anggota polis yang berdisiplin, berintegriti dan teguh memikul amanah pasukan.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat besar nilainya dalam melahirkan insan berguna demi agama, bangsa dan negara.
'Guru Bitara Nadi Negara'
#16052026
Terima kasih Admin Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) shared video dari Muzium Polis Diraja Malaysia..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Muzium PDRM No 5 Jalan Perdana Bukit Persekutuan
Kuala Lumpur
50480
Opening Hours
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
