Jabatan Pendaftaran Negara W.P Kuala Lumpur

Jabatan Pendaftaran Negara W.P Kuala Lumpur

Share

Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara W.P Kuala Lumpur (JPN WPKL)

13/06/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐑 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐏𝐍 𝐖𝐏 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐏𝐏𝐓𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, JPN WP Kuala Lumpur telah berjaya menyantuni warga kota melalui Program Mekar Komuniti yang berlangsung pada Sabtu yang lalu.

Program turun padang ini telah diadakan bersempena dengan sambutan Hari IPPTAR 2026: Teras Cemerlang bertempat di IPPTAR, Angkasapuri.

Sepanjang program berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang, pihak JPN WP KL telah menyediakan pelbagai perkhidmatan terus kepada pengunjung, termasuklah:
Khidmat nasihat urusan pendaftaran (Kelahiran, Kematian, Kad Pengenalan & Perkahwinan).
Serahan dan semakan borang rasmi JPN.
Kaunter runding cara isu-isu pendaftaran.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) atas kolaborasi ini sempena sambutan ulang tahun ke-55 mereka, serta penghargaan buat seluruh warga kota yang hadir memeriahkan kaunter kami.

JPN sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan terbaik dan inklusif dibawa terus ke dalam komuniti!

Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫







Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias

Photos from Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia's post 13/06/2026

Setiap kelahiran di Malaysia wajib didaftarkan tapi Jangan keliru, kerana pendaftaran kelahiran di Malaysia tidak bermaksud seseorang itu automatik menjadi warganegara Malaysia.

Anda mungkin pernah melihat pasangan bukan warganegara datang ke JPN untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka. Namun, tidak bermakna anak tersebut akan menerima Sijil Kelahiran berwarna hijau.

Bagi kes anak kepada bukan warganegara JPN akan mengeluarkan Sijil Kelahiran Bukan Warganegara berwarna merah jambu (pink). Ini menunjukkan kelahiran telah didaftarkan secara sah, tetapi bukan bukti kewarganegaraan Malaysia.

Ringkasnya:
Daftar kelahiran = rekod kelahiran
Kewarganegaraan = ditentukan oleh undang-undang

Saifuddin Nasution Ismail
Kementerian Dalam Negeri (KDN)



12/06/2026

𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐑𝐌𝟓,𝟎𝟎𝟎 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus memperketat tindakan penguatkuasaan demi melindungi integriti dokumen rasmi negara dengan membawa seorang lagi individu ke muka pengadilan atas kesalahan mengemukakan maklumat palsu.

Melalui tindakan penguatkuasaan Ops Terancang Bil. 31/2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN WPKL telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun pada hari ini, 11 Jun 2026. Tangkapan dilakukan di pejabat JPN WPKL selepas sistem saringan mengesan pernyataan tidak benar yang dikemukakan dalam urusan pendaftaran dokumen rasmi.

Kes telah dibawa untuk prosiding pendakwaan pada hari yang sama di Mahkamah Majistret 7, Kuala Lumpur. Berdasarkan pertuduhan, individu berkenaan (OKT) didapati telah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan Kad Pengenalan Kali Pertama di Bahagian Kad Pengenalan JPN WPKL.

Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959. Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda yang tinggi, pemenjaraan, atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret Puan Amira binti Abd Aziz, individu tersebut telah mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman berikut:
Denda: RM5,000.00. Penjara: Lapan (8) bulan sekiranya gagal menjelaskan denda. Individu tersebut telah menyelesaikan bayaran denda berjumlah RM5,000.00 sepenuhnya.

Prosiding pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JPN Kuala Lumpur, manakala minit pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puan Nadia Eleena binti Jamaluddin Akbal. Siasatan kes diketuai oleh Pegawai Penyiasat.

Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫







Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias

11/06/2026

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐄-𝐇𝐀𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐑𝐌𝟑,𝟓𝟎𝟎 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐔𝐊𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝟏𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui tindakan penguatkuasaan Ops Terancang Bil. 30/2026, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN WPKL telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing pada 3 Jun 2026 (Rabu). Tangkapan dilakukan di pejabat JPN WPKL selepas hasil siasatan mengesan penyelewengan maklumat dalam urusan permohonan dokumen rasmi.

Kes telah dibawa untuk pendakwaan pada hari ini di Mahkamah Majistret Jenayah 9, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berdasarkan pertuduhan, individu berkenaan (OKT) didapati telah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan Kad Pengenalan Kali Pertama (12 Tahun).

Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawahmPeraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Akta 78). Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda atau pemenjaraan bagi memastikan integriti sistem pendaftaran kad pengenalan negara sentiasa terpelihara.

Di hadapan Majistret Puan Faezahnoor binti Hassan, individu tersebut telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman berikut:
Hukuman Denda: RM3,500.00.
Hukuman Penjara: Empat (4) bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Individu tersebut telah menyelesaikan bayaran denda berjumlah RM3,500.00 sepenuhnya. Barisan Pendakwaan dan Siasatan Prosiding pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JPN Kuala Lumpur, manakala minit pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puan Nor Aisyah binti Mohamed Zanyuin. Siasatan kes diketuai oleh Pegawai Penyiasat. Semasa prosiding berlangsung, individu berkenaan tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫







Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias

10/06/2026

Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPN) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pemain bola sepak kebangsaan, Saudara Akhyar Rashid atas kesudian beliau hadir ke pejabat JPN bagi menguruskan pendaftaran kelahiran anakanda beliau.

Pihak JPN juga amat menghargai ucapan penghargaan serta maklum balas positif yang diberikan oleh beliau terhadap kecekapan petugas dan perkhidmatan kami. JPN akan terus komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Saudara Akhyar sekeluarga atas kelahiran cahaya mata baharu.

Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫







07/06/2026

𝐌𝐘𝐊𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑?? 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄?

Ramai yang mula tertanya-tanya dan ada yang terus bergegas ke kaunter kerana bimbang kad pengenalan sedia ada tidak lagi boleh digunakan.

Fakta yang perlu anda tahu:
MyKad sedia ada yang masih berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan kekal sah untuk semua urusan rasmi serta urusan harian termasuk:
• Urusan kerajaan
• Urusan perbankan
• Penebusan subsidi
• Bantuan Kerajaan
• Dan lain-lain urusan berkaitan pengenalan diri

Tiada keperluan untuk tergesa-gesa atau FOMO menukar kepada reka bentuk MyKad baharu.

Pengenalan MyKad dengan struktur atau reka bentuk baharu bukan bermaksud semua rakyat wajib menukar kad pengenalan mereka serta-merta.

Gunakan MyKad sedia ada seperti biasa selagi ia masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat. Dapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫





04/06/2026

𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍

Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫







Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Jabatan Penerangan WPKL

01/06/2026

"𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐈, 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐈, 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐈"

Biarpun bertugas di celah bangunan pencakar langit Kuala Lumpur, adat tidak dilupa, identiti tetap dijaga, kebanggaan terus terpahat di dada.

Selamat Menyambut Hari Gawai kepada Seluruh Warga Kerja JPN WPKL. Oooha!

Disediakan oleh:
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐉𝐏𝐍)
𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫







Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Badrul Hisham bin Alias

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Sembah takzim daripada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.



Photos from Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia's post 29/05/2026

29 Mei 2026

Kenyataan Media JPN: Pelaksanaan Pengeluaran & Gantian MyKad Sturuktur Baharu Secara Berfasa.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1
Kuala Lumpur
50551

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00