10/06/2026
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) TAHUN 2026
"LGM komited menjadi sebuah organisasi yang terulung, "berintegriti dan bebas rasuah"
LGM telah menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan anggota Lembaga Pengarah LGM. IBR ini dianjurkan khusus bagi memenuhi objektif antirasuah LGM selaras pensijilan MS ISO 37001 yang melibatkan Badan Pentadbir.
Langkah strategik ini bertujuan untuk memperkukuh komitmen anggota Lembaga Pengarah serta Pengurusan LGM secara self-declaration [MB1.1]dalam memastikan pematuhan dan pencegahan rasuah di LGM. Sesi menandatangani IBR tersebut telah disaksikan oleh PKPj Wan Mohd Rosli bin Wan Daud, Ketua Cawangan, Cawangan Kerajaan dan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
IBR akan dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan semua pegawai dan pekhidmat LGM sebagai komitmen dalam menzahirkan kesediaan untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam melaksanakan tugas.
Laporkan aduan/ketidakpatuhan/pelanggaran kod etika dan tatakelakuan:
UNIT INTEGRITI, LEMBAGA GETAH MALAYSIA
Hubungi Talian Integriti: 03-9206 2077/2176/2168
Saluran pemberi maklumat: [email protected]; atau
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA): https://lgm.spab.gov.my/
05/06/2026
Dapatkan info terkini pasaran getah
1. Harga rujukan getah LGM terkini (SMR, lateks & harga di peringkat ladang)
2. Kenapa harga getah naik turun
3. Berita terkini industri getah & ekonomi — tempatan dan global
4. Senarai pembekal getah serta produk getah
Jom, Muat turun MRE App secara PERCUMA Sekarang!!
iOS : https://apps.apple.com/my/app/malaysian-rubber-exchange/id6746357524
Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mre.android
04/06/2026
MRIC 2026 | Transforming Rubber for Tomorrow: Policy, Technology, and People at the Core
Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menyertai dan menyokong penganjuran MRPMA Rubber Industry Conference (MRIC) 2026 yang berlangsung pada 3–4 Jun 2026 di EMHUB Event Hall, Kota Damansara, Selangor. Persidangan anjuran Malaysian Rubber Products Manufacturers' Association (MRPMA) dengan sokongan Malaysian Rubber Council (MRC) ini menghimpunkan kira-kira 150 peserta daripada pelbagai latar belakang industri getah dari dalam dan luar negara.
Bertemakan “Transforming Rubber for Tomorrow: Policy, Technology, and People at the Core”, persidangan selama dua hari ini menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju industri getah melalui perkongsian mengenai dasar dan strategi, teknologi serta inovasi, trend industri dan amalan kelestarian yang bakal membentuk masa depan sektor getah global.
Majlis pembukaan dimulakan dengan ucapan oleh Naib Presiden merangkap Pengerusi Penganjur MRIC 2026, Raja Sellamuthu, diikuti ucapan pembukaan dan perasmian oleh Dato’ Dr Zairossani Mohd. Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia. Beliau turut menyampaikan pembentangan bertajuk “Enhancing Rubber Downstream Industry Ecosystem in a Volatile Global Landscape Through MRB Strategic Roadmap 2026 – 2030” yang mengupas strategi memperkukuh ekosistem industri hiliran getah dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar.
Turut mewakili LGM sebagai pembentang ialah:
🔹 Dr Fatimah Rubaizah dengan tajuk “Innovation for Tomorrow: Shaping a Sustainable Future for the Rubber Industry”.
🔹 En Muhammad Safie Sijamsir dengan tajuk “Development of AI-Driven Knowledge Assistant for Rubber Manufacturing”.
🔹 Puan Nursaraliza Shamsul Bahri dengan tajuk (MSNR Trace) From Plantation to Product: Transparent, Traceable, Sustainable.
🔹 Dr Nurul Suhaira Abdullah dengan tajuk “Microwave-Assisted Coagulation of Epoxidized Natural Rubber (ENR 25): Process Optimization and Efficiency Analysis”.
Penyertaan LGM dalam MRIC 2026 mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memacu transformasi industri getah negara melalui penyelidikan, inovasi teknologi, pendigitalan serta amalan kelestarian yang mampu meningkatkan daya saing industri di peringkat global.
Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii
04/06/2026
KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI SIRI 2/2026
18 - 21 MEI 𝟐𝟎𝟐6 (ISNIN - KHAMIS) – Telah berlangsung siri kedua Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Kursus ini merupakan kerjasama antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). Seramai 97 orang peserta telah terlibat dalam siri kali ini yang terdiri daripada kumpulan pelaksana pelbagai bahagian/unit LGM.
Pelbagai modul dan aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang tempoh empat (4) hari para peserta menjalani kursus di pusat latihan tersebut. Objektif utama kursus ini adalah untuk memperkukuh nilai patriotisme, integriti, dan pemahaman terhadap konsep Malaysia MADANI di kalangan kakitangan awam.
Majlis penutup untuk siri kedua ini telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohd Nor Arshad bin Kamaruzzaman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Korporat, AKM dan turut disertai oleh Encik Muhammad Aminuddin bin Kadar, Pegawai Tadbir, Unit Pembangunan Sumber Manusia, LGM.
Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat serta impak positif terhadap penerapan budaya kerja berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kalangan warga LGM.
Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii
03/06/2026
🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai! Selamat Menyambut Hari Gawai 2026! 🌾
Kami di Lembaga Getah Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga Sarawak, komuniti Dayak, dan semua yang meraikannya di mana jua berada.
Mengangkat tema "Melangkah Bersama ke Hadapan dalam Perpaduan", semoga perayaan tahun ini mengukuhkan lagi semangat kebersamaan, keharmonian, dan toleransi yang menjadi tonggak kestabilan negara kita.
Semoga musim menuai kali ini membawa limpahan rezeki, kesihatan yang baik, dan kemakmuran yang berpanjangan buat kita semua. Ooohhaaa! 🥂✨
Ikhlas daripada:
👤 Pengerusi, Ahli Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Lembaga Getah Malaysia.
Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Dato' Dr. Noraini Ahmad YB Dato' Sri Huang Tiong Sii