Polis KL

Polis KL

Share

Kuala Lumpur Police Official page

Facebook Rasmi Polis Kuala Lumpur

Photos from Perumahan Desa Aman 2 KL's post 14/06/2026
Photos from AKRAB POLIS KL's post 13/06/2026
Photos from Polis Daerah Dang Wangi's post 12/06/2026
12/06/2026

MUAI ROBIC POLIS KUALA LUMPUR

Photos from Polis KL's post 12/06/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—šπ—”π—¬π—” π—›π—œπ——π—¨π—£ π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯

π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 12 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohd Azani bin Omar telah hadir ke Program Gaya Hidup Sihat Ketua Polis Kuala Lumpur bersama warga Polis Kuala Lumpur yang berlangsung di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Program Gaya Hidup Sihat pada petang ini merupakan anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur dengan pengisian aktiviti senaman Muayrobic yang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Polis Kuala Lumpur.

Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Polis Kuala Lumpur dalam membudayakan amalan hidup sihat, di samping memperkasakan tahap kecergasan, disiplin dan kesiapsiagaan warga pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta memperkukuhkan kesejahteraan mental dan fizikal dalam kalangan pegawai, anggota serta pegawai awam Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, SAC Wong Ing Fung; Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur, ACP Mahazir bin Mat Ibrahim; Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai-pegawai Rendah Polis serta Pegawai-pegawai Awam Polis Kuala Lumpur.


12/06/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—‘π—–π—¨π—₯𝗔𝗑 π—”π——π—©π—’π—žπ—”π—¦π—œ π—žπ—˜π—¦π—˜π——π—”π—₯𝗔𝗑 π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π—Ÿπ—œπ—‘π—§π—”π—¦ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔-𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯

https://www.facebook.com/share/1bmuTEmth6/?mibextid=wwXIfr


Photos from Polis KL's post 12/06/2026

MAJLIS PELUNCURAN ADVOKASI KESEDARAN LALU LINTAS BERSAMA-SAMA POLIS KUALA LUMPUR

π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 12 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohd Azani bin Omar hadir merasmikan Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas Bersama-sama Polis Kuala Lumpur bertempat di SMK Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur.

Majlis Peluncuran Advokasi
Kesedaran Lalu Lintas 2026 turut melibatkan (122) buah Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan penglibatan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur turut membuat pemeriksaan ke atas (80) buah Motosikal pelajar di SMK tersebut.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, ACP Foo Chek Seng; Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Hoo Chang Hook; Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Pegawai-pegawai Rendah Polis.

Hadir sama daripada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, En Mohamed Suraimi bin Mohamed Salleh; Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Muslim bin Mustapa; Pengetua SMK Petaling, Tuan Haji Wan Noor Azmi bin Wan Mohamed Noor; Naib Pengerusi MCPF KL merangkap Exco MCPF Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kuala Lumpur, Tuan Chang Kuang Yu dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Petaling, En Muhammad Azizi bin Abdul Rahim.


Photos from Polis KL's post 12/06/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—‘π—–π—¨π—₯𝗔𝗑 π—”π——π—©π—’π—žπ—”π—¦π—œ π—žπ—˜π—¦π—˜π——π—”π—₯𝗔𝗑 π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π—Ÿπ—œπ—‘π—§π—”π—¦ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔-𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯

π‘·π’π’π’Šπ’”π‘²π‘³, 12 Jun 2026 – Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil bin Hj. Marsus telah menghadiri Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas Bersama-sama Polis Kuala Lumpur yang berlangsung di SMK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis ini dilaksanakan sebagai platform pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat, khususnya golongan pelajar, mengenai kepentingan mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas selain memupuk budaya keselamatan jalan raya, meningkatkan kesedaran terhadap risiko kemalangan, serta membentuk sikap bertanggungjawab dan berhemah dalam kalangan pengguna jalan raya.

Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas 2026 melibatkan (122) buah Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis ini merupakan inisiatif bersama antara Polis Kuala Lumpur bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan penglibatan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur.

Turut hadir adalah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur, SAC Ravindar Singh a/l Sarban Singh; Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri bin Mohd Isa; Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Lim Chun How; Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Aziz bin Hashim; Pengetua SMK Alam Damai, Puan Tuan Zurina binti Tuan Mat; Timbalan Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, Encik Kuek Po Guan; Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Alam Damai, Puan Hajah Sharifah Aminah binti Syed Mohssain; Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai-Pegawai MCPF Kuala Lumpur serta barisan pentadbir, guru-guru dan pelajar SMK Alam Damai.


12/06/2026

MAJLIS PELUNCURAN ADVOKASI
KESEDARAN LALU LINTAS
BERSAMA POLIS KUALA LUMPUR

Photos from Polis Daerah Cheras's post 12/06/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Hang Tuah
Kuala Lumpur
55100