NUTP Malaysia

NUTP Malaysia

Share

NUTP merupakan kesatuan sekerja terbesar di Malaysia dengan keahlian 230,000 orang. Tel: 03-62510621

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

30/05/2026

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengucapkan Selamat Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan Hari Wesak membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua serta terus menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan dalam masyarakat majmuk negara kita.

Ikhlas daripada
Barisan Kepimpinan NUTP 🌸

Photos from NUTP Malaysia's post 27/05/2026

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH NUTP BERSAMA CAMBODIAN MUSLIM DEVELOPMENT FOUNDATION

Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil sumbangan dan sokongan ahli-ahli NUTP dari seluruh Malaysia.

Sebanyak tiga ekor lembu bersamaan 21 bahagian telah disumbangkan bagi menjayakan ibadah qurban dan aqiqah untuk saudara-saudara Islam di Kemboja.

Semoga segala amal ibadah dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta membawa manfaat dan kegembiraan kepada mereka yang menerima.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan program ini.

26/05/2026

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini menjadi penghayatan kepada erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Marilah kita bersama-sama mengambil semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. sebagai inspirasi dalam memperkukuhkan nilai kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

🕌 10 Zulhijjah 1447H
📅 27 Mei 2026 (Rabu)

Ikhlas daripada
Barisan Kepimpinan NUTP

TikTok · 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 26/05/2026

Mari ahli nutp ambil peluang memasang solar di rumah melalui program kerjasama NUTP dan path green energy. Dapatkan rebate SURIA dan rebate tambahan NUTP.

TikTok · 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 12.7K likes, 816 comments. “Kerajaan akan memperkenalkan insentif baharu menerusi program SURIA (Sustainable Rebate and Incentive Assistance) bagi menggalakkan penggunaan tenaga solar dalam kalangan rakyat. Menerusi program itu, bantuan rebat antara RM600 hingga RM3,000 akan diberikan kepada indiv...

26/05/2026

As the season of sacrifice and gratitude arrives,
May our hearts be filled with sincerity and joy.
Forgive us for any shortcomings,
And may our bonds of brotherhood grow stronger.

25/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

🌙 *Puasa Pada Hari Arafah* 🌙

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya:
“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.”
— Riwayat Muslim (1977)

🗓 9 Zulhijjah 1447H
📅 26 Mei 2026 (Selasa)

Marilah kita bersama-sama merebut peluang keemasan ini dengan melaksanakan puasa sunat Hari Arafah serta memperbanyakkan amal ibadah demi meraih keampunan dan rahmat Allah SWT.

Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati. 🤲

KAJIAN IMPAK PEMBERIAN BAUCAR BUKU GURU MADANI 2026 23/05/2026

*Kajian Impak Pemberian Baucar Buku Guru MADANI*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa *Perbadanan Kota Buku (PKB), agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)* sedang menjalankan *Kajian Impak Pemberian Baucar Buku Guru MADANI* bagi mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), khususnya guru dan pentadbir sekolah yang telah menerima Baucar Buku Guru MADANI 2025.

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan program, impak terhadap budaya membaca serta mendapatkan cadangan penambahbaikan bagi pelaksanaan program pada masa hadapan.

Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati penglibatan menyertai kajian ini melalui pautan atau kod QR yang disediakan di bawah:

✅ *Pautan Survei:*
https://www.research.net/r/BAUCARBUKUGURU

Tempoh menjawab kajian dianggarkan hanya sekitar 5–10 minit sahaja.

Segala maklumat dan maklum balas yang diberikan adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian serta penambahbaikan program sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
ℹ️ Perbadanan Kota Buku di talian 03-83204756 atau ℹ️ IDE Research Centre di talian 019-3535524 (Whatsapp).

Kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KAJIAN IMPAK PEMBERIAN BAUCAR BUKU GURU MADANI 2026 Jom sertai survei ini — pandangan anda amat bermakna!

21/05/2026

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH NUTP BERSAMA Cambodian Muslim Development Foundation - CMDF

Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas penyertaan serta sokongan tuan/puan dalam menjayakan Program Aqiqah dan Qurban ini.

Sesungguhnya sumbangan dan penyertaan yang diberikan amat bermakna dalam membantu usaha kebajikan serta memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan. Semoga segala amal ibadah dan niat murni tuan/puan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan.

Pihak NUTP juga ingin memaklumkan bahawa laporan penuh program berserta sijil penyertaan rasmi akan menyusul untuk setiap peserta

Sekali lagi, terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak NUTP dan Cambodian Muslim Development Foundation dalam menjayakan program ini.

Semoga setiap pengorbanan menjadi asbab keberkatan dan kebahagiaan buat semua

Sekian, terima kasih.

20/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN KE GRED DG10 HINGGA DG14 YANG GENAP TEMPOH PERKHIDMATAN MELAYAKKAN PADA JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2026 (FASA 2/2026)

Dimaklumkan bahawa iklan urusan kenaikan pangkat Gred DG10 hingga DG14 secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi calon yang telah genap tempoh perkhidmatan yang melayakkan pada Julai - Disember 2026 (Fasa 2/2026) akan dibuka melalui Sistem ePangkat mulai *01 Jun 2026*.

Tarikh-tarikh penting bagi iklan tersebut adalah seperti berikut:

1️⃣ Tempoh Permohonan Calon: 01 Jun 2026 (Isnin) hingga 21 Jun 2026 (Ahad)

2️⃣ Tempoh Perakuan Ketua Jabatan (PGB): 22 Jun 2026 (Isnin) hingga 05 Julai 2026 (Ahad)

3️⃣ Tempoh Perakuan Penyemak / Pengesah di JPN / Bahagian / IAB / IPGM: 06 Julai 2026 (Isnin) hingga 05 Ogos 2026 (Rabu)

‼️Pemakluman ini adalah bertujuan untuk memberikan peringatan awal kepada Ketua Jabatan untuk memastikan penilaian markah Kriteria Kecemerlangan (KC) dilaksanakan serta semua maklumat perkhidmatan dan peribadi calon telah dimuat naik, dikunci masuk dan dikemas kini di Sistem ePangkat. Calon juga wajib menyemak dan memastikan semua maklumat perkhidmatan dan peribadi adalah teratur dan membuat permohonan kenaikan pangkat dalam tempoh masa yang diperuntukkan untuk calon memohon iaitu mulai *01 Jun 2026 hingga 21 Jun 2026*.

‼️Maklumat lanjut dan salinan Surat Siaran Iklan boleh diakses melalui pautan berikut: https://epangkat.moe.gov.my/login.php

✅Maklumat Perhubungan:
KPM/JPN/Bahagian/IAB/IPG
Emel : [email protected]



Cawangan Naik Pangkat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia 13 & 15, Jalan Murai Dua, Kompleks Batu, Off Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh)
Kuala Lumpur
51100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:45